SIAPA
sangka, dalam situasi peningkatan kos sara hidup zaman kini, masih
ada lagi peniaga yang berhati mulia menjual makanan dengan harga yang
amat murah. Ini kerana peniaga ini hanya menjual donut dengan harga
RM0.10 sen. Murah bukan?
Apa
yang lebih mengejutkan, donut ini dijual di tengah-tengah kota
metropolitan, Kuala Lumpur iaitu di Flat Maluri, Cheras. Dek harga
yang murah itu, wajah peniaga ini menjadi viral di laman sosial
sebaik sahaja dikongsi laman Facebook popular, Sukan Star Tv.
Rata-rata
netizen dilihat memuji sikap peniaga kacak ini yang disifatkan
sebagai insan yang pemurah. Difahamkan, selain berniaga donut, lelaki
yang bernama Muhammad Waliuddin Chia Chen ini pernah berkhidmat
di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.
Beberapa
netizen yang mengenali peniaga ini menyifatkan dia sebagai lelaki
yang baik akhlaknya, murah dengan senyuman dan selalu sembahyang
berjemaah. Kita doakan moga-moga ‘abang donut’ ini dimurahkan
rezeki. Aamiin… –
MYNEWSHUB.CC
Resepi
membuat donut, sila lihat video di bawah
No comments:
Post a Comment