Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, December 4, 2015

DONAT 10 SEN HANYA DARI ABANG DONAT DI MALURI CHERAS


SIAPA sangka, dalam situasi peningkatan kos sara hidup zaman kini, masih ada lagi peniaga yang berhati mulia menjual makanan dengan harga yang amat murah. Ini kerana peniaga ini hanya menjual donut dengan harga RM0.10 sen. Murah bukan?


Apa yang lebih mengejutkan, donut ini dijual di tengah-tengah kota metropolitan, Kuala Lumpur iaitu di Flat Maluri, Cheras. Dek harga yang murah itu, wajah peniaga ini menjadi viral di laman sosial sebaik sahaja dikongsi laman Facebook popular, Sukan Star Tv.


Rata-rata netizen dilihat memuji sikap peniaga kacak ini yang disifatkan sebagai insan yang pemurah. Difahamkan, selain berniaga donut, lelaki yang bernama Muhammad Waliuddin Chia Chen ini pernah berkhidmat di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.


Beberapa netizen yang mengenali peniaga ini menyifatkan dia sebagai lelaki yang baik akhlaknya, murah dengan senyuman dan selalu sembahyang berjemaah. Kita doakan moga-moga ‘abang donut’ ini dimurahkan rezeki. Aamiin… –


MYNEWSHUB.CC

Resepi membuat donut, sila lihat video di bawah


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.