Apakah
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah klien Dato’ Cheah
Cheng Hye, seorang pengurus dana kelahiran Malaysia yang berpangkalan
di Hong Kong.
Perkara
ini dibangkitkan oleh WakeUp Malaya ketika mendedahkan rahsia nombor
plat kenderaan PENANG di Hong Kong yang sering digunakan Lim ketika
berkunjung ke negara itu.
Plat
kereta PENANG yang digunakan Lim itu dimiliki Dato Cheah yang menggambarkan betapa akrabnya hubungan mereka berdua.
Lim
Guan Eng meraikan Dato ‘Cheah Cheng Hye, Pengerusi & Ketua
Pegawai
bersama Pelaburan Value Partners Limited (tengah)
“Adakah
Lim Guan Eng klien Datuk Cheah?
“Berapa
banyak pelaburan yang telah dibantu dibawa masuk oleh Datuk Cheah ke
dalam Malaysia, atau secara spesifiknya untuk Pulau Pinang? Atau
tiada langsung?
“Apakah
hubungan mereka dan mengapa Datuk Cheah kerap meminjamkan kereta
beliau kepada Lim Guan Eng? adakah mereka sekadar kawan?,”
Selanjutnya,
sila baca “MisteriNombor Plat ‘PENANG’ Di Hong Kong Terjawab”
Nama
Cheah sebelum ini pernah didedahkan salah seorang kroni Lim, namun
tiada perkaitan projek yang dikaitkan dengannya di Pulau Pinang.
Berbeza
dengan kroni-kroni yang lain, mereka sekurang-kurangnya mempunyai
hubungan dengan Betty Chew (isteri Lim) atau Lim Hooi Eng (adik Lim),
namun Cheah hanya mempunyai hubungan terus dengan Lim secara
berasingan.
Selanjut,
sila baca “Kroni-KroniKetua Menteri Lim Guan Eng Didedah…”
Menurut The
Star,
Cheah asalnya seorang wartawan kini menjadi salah seorang yang paling
berpengaruh di Asia dalam perlindungan nilai dana di Hong Kong.
“Hari
ini, Cheah menggerakkan pelaburan terbesar di Hong Kong, menguruskan
dana bernilai US $ 9bill (RM28.7bil) dari pelabur di seluruh dunia.
“Tahun
lepas, beliau menjadi pemain Asia pertama yang dijemput untuk berucap
di Majlis Sarapan Graham dan Dodd acara yang berprestij di Universiti
Columbia, New York,”lapornya.
Cheah
mula menetap di Hong Kong pada tahun 1974 selepas mendapat tawaran
Standard Hong Kong sebagai wartawan kewangan dengan Asian Wall Street
Journal dan Far Eastern Economic Review.
Pada
tahun 1993, Cheah mula menceburi bidang pelaburan dengan mengasaskan
syarikat pelaburan sendiri iaitu Value Partners Limited.
Pada
tahun lepas TIBAI pernah
mendedahkan kekayaan Lim kini sudah sampai ke peringkat tidak mampu
disorok lagi.
“Lim
Guan Eng sudah terasa kehangatan apabila kemewahan yang
dipertontonkan oleh isterinya secara umum, mula mengaitkan mereka
dengan skandal kewangan melibatkan syarikat dan entiti pemaju
hartanah. Apatah lagi menerusi perlantikan isterinya yang mempunyai
kuasa terus ke atas tanah-tanah dan hartanah di seluruh Pulau Pinang,
menambahkan lagi syak wasangka, walaupun pada masa yang sama, Lim
Guan Eng cuba menggunakan kebijaksanaan akauntan dan auditor untuk
menipu imbangan perakaunan serta laporan kewangan Kerajaan Negeri
Pulau Pinang.
“Secara
jelas, Lim Guan Eng mengikut jejak langkah keluarga Lee Kuan Yew yang
telah memiliknegarakan Singapura untuk keluarga mereka sendiri,
terutama yang berkaitan dengan perumahan, hartanah dan tanah di
seluruh Singapura, sehinggakan syarikat guaman tunggal yang
menguruskan isu-isu tanah dan hartanah di negara seberang tambak itu.
“Dengan
menggunakan Tan Kok Ping yang merupakan taikun hartanah yang cuba
menguasai industri tanah dan hartanah di Pulau Pinang beberapa isu
lain termasuklah tender terbuka yang ‘tertutup’ membabitkan tapak
bekas kelab lumba kuda Pulau Pinang yang diserahkan kepada Berjaya
Group serta syarikat ‘serta-merta’ dari China yang mendapat
projek berbilion ringgit untuk terowong bawah laut Pulau Pinang,
merupakan sebahagian daripada sumber kekayaan melampau Lim Guan Eng
sekeluarga.
“Begitu
juga dengan penarahan bukit-bukau serta perampasan tanah-tanah wakaf
yang menjadi perkampungan orang Melayu tetapi tidak berdokumen untuk
dimusnahkan dan diserahkan kepada syarikat-syarikat pemaju kroni Lim
Guan Eng bagi pembangunan hartanah yang sangat mewah dan mahal, SPRM
seharusnya melakukan siasatan secara terperinci dan tidak perlu
bergantung kepada laporan awam semata-mata.
“Dengan
pendapatan dan perolehan selain pelaburan ke dalam Pulau Pinang yang
menjunam di bawah pentadbiran Lim Guan Eng, perbelanjaan besar oleh
Lim Guan Eng untuk kepentingan dirinya, dilihat sebagai satu bentuk
penyelewengan dan perompakan besar,” dedahnya.
No comments:
Post a Comment