Saya
rasa Tian Chua, Rafizi Ramli dan Tony Pua telah “lost track”
pelan perancangan mereka, dan mungkin juga mereka telah kehilangan
fokus pada misi utama mereka. Dan kenyataan Rafizi di bawah –
ditambah dengan kenyataan oleh Tian Chua dan Tony Pua sejak beberapa
hari lalu – memberi gambaran bahawa mereka tidak benar-benar
memahami apa yang sedang berlaku lagi.
Apa
yang Rafizi katakan (lihat di bawah) hanya lah mengesahkan bahawa
Bahri Mohamad Zin adalah agen DAP di SPRM. “Jika mereka
menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri untuk menyelamatkan
kredibiliti Najib, ianya merupakan satu strategi yang tidak baik
kerana ia akan memakan diri pula,” kata Rafizi.
Apakah
yang Rafizi maksudkan dengan bermoral? Adakah Rafizi berkata bahawa
Bahri bukan pegawai kanan SPRM yang mempunyai hubungan sulit
dengan kakitangannya, seorang wanita yang sudah berkahwin, di
pejabat? Jika ianya bukan Bahri maka siapakah pegawai tersebut? Dan
jika Bahri tidak mendedahkan siapakah pegawai itu bagaimana
mungkin beliau seorang yang bermoral dengan menutup
jenayah? Dan jika pegawai tersebut adalah Bahri maka bagaimana
mungkin beliau boleh menjadi bermoral?
Oleh
yang demikian Rafizi, Jika pegawai tersebut bukan Bahri
maka perjelaskanlah dan beritahu kami siapa pegawai tersebut
memandangkan berjuta-juta rakyat Malaysia sedang
tertunggu-tunggu nama pegawai kanan SPRM yang mempunyai hubungan
sulit dengan isteri orang di atas meja pejabatnya.
Adakah Rafizi
juga berkata bahawa Bahri tidak terlibat dalam menutup pembunuhan
Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed? Sekarang, ingat, Pakatan
Rakyat yang mengatakan bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani
Mohamed telah dibunuh. Dan Pakatan Rakyat pernah berkata bahawa SPRM
telah menutup pembunuhan ini.
Jadi,
mereka telah dibunuh dan SPRM menutup kes pembunuhan itu. Mungkin
ini bermaksud bahawa ada orang yang sangat kanan dalam SPRM
terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam menutup pembunuhan ini.
Dan Bahri adalah pegawai yang sangat kanan dalam SPRM.
Jadi,
sama ada Bahri terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam menutup
kes pembunuhan itu. Dan jika dia tidak terlibat dalam pembunuhan atau
menutup pembunuhan, memandangkan dia sangat kanan dalam SPRM,
maka beliau akan tahu siapa yang terlibat.
Oleh
itu, bagaimana pula Bahri boleh menjadi pegawai SPRM yang
bermoral? Mungkinkah seorang pegawai SPRM yang sangat
bermoral menutup dua pembunuhan? Seorang pegawai SPRM yang
bermoral akan mendedahkan penjenayah dan memastikan mereka
dipenjarakan. Seorang pegawai SPRM yang bermoral tidak akan membantu
pembunuh terlepas daripada hukuman.
Dan
bagaimana pula dengan kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff? Apakah Bahri
yang bermoral bersedia untuk mengaku bahawa SPRM, Peguam Negara dan
Ketua Polis Negara terlibat dalam kes Rosli Dahlan dan Ramli
Yusuff? Dan adakah Bahri yang bermoral bersedia untuk mendedahkan
bahawa Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff telah dibunuh kerana mereka
mahu untuk menutup fakta bahawa syarikat penerbangan nasional, MAS,
hilang RM8 bilion untuk menampung RM30 bilion kerugian Forex dan juga
untuk menutup fakta bahawa KPN mempunyai hubungan dengan kongsi
gelap Cina, perjudian, pelacuran, dadah dan sindiket Ah Long?
Ya,
Rafizi, kita memerlukan Bahri yang bermoral untuk menyatakan
kebenaran dan mendedahkan fakta-fakta tentang semua jenayah-jenayah
ini. Dia tidak boleh menjadi bermoral jika dia hanya cuba untuk
menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menutup
semua jenayah lain yang lebih serius.
Tuduhan
jenayah yang melibatkan RM2.6 bilion adalah masalah besar untuk anda.
RM8 bilion MAS dan RM30 bilion kerugian Forex (yang digabungkan
bernilai RM70 bilion hari ini) bukan pula masalah besar.
Dan ia menjadikan Bahri seseorang yang bermoral.
Biar
saya terangkan perkara ini dengan lebih jelas. Bahri seorang yang
sangat bermoral kerana dia cuba untuk menjatuhkan Perdana
Menteri. Dia tidak perlu mendedahkan pembunuhan Teoh Beng Hock
dan Ahmad Sarbani Mohamed atau fakta-fakta di sebalik kes Rosli
Dahlan dan Ramli Yusuff kerana ianya tidak melibatkan proses
untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Jadi,
jika dia berdiam diri mengenai pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad
Sarbani Mohamed, atau fakta-fakta di sebalik kes Rosli Dahlan dan
Ramli Yusuff, ianya tidak menjadikan Bahri kurang bermoral
selagi dia memberi tumpuan kepada menjatuhkan Perdana Menteri.
Ya,
ini adalah Rafizi yang merancang Langkah Kajang tetapi menafikan
bahawa Langkah Kajang itu bertujuan menggantikan Khalid Ibrahim
sebagai Menteri Besar Selangor. Dan ini adalah Rafizi yang berkata
bahawa Khalid perlu diganti kerana beliau rasuah dan kemudian
Saifuddin Nasution terpaksa memohon maaf secara terbuka kepada Khalid
untuk semua tuduhan palsu yang dibuat terhadapnya.
Lebih
baik Rafizi tutup mulut sebelum saya buat sesuatu. Saya sangat malu
kerana pernah menganggap beliau sebagai seorang pemimpin
akan datang. Beliau adalah salah satu sebab saya berpaling
menentang Pakatan Rakyat. Rafizi telah membuktikan bahawa beliau
hanyalah “pariah” politik. Adakah ini pelajar terbaik yang
MCKK keluarkan? Memalukan!
Rafizi
mempertahankan agen DAP dalam SPRM
(Malaysiakini)
– Serangan terhadap Pengarah Khas Operasi Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bahri Mohd Zin boleh memakan
diri, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli beri amaran.
Beliau
berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh
mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk
menjatuhkan pegawai kanan SPRM.
“Jelas
sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin
SPRM lain.
Ini
adalah modus operandi biasa alat-alat propaganda.
“Ia
sering melibatkan cerita yang direka untuk menjatuhkan sesiapa sahaja
yang mereka anggap sebagai ancaman,” katanya kepada Malaysiakini
hari ini.
Ahli-ahli
politik adalah tokoh masyarakat, maka ianya boleh diterima
apabila mereka menjadi perhatian masyarakat, beliau berkata,
tetapi ianya amat membimbangkan apabila serangan kini
tertumpu kepada Bahri.
“Ancaman
terhadap pegawai-pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha
untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan,” katanya.
Ia
juga adalah satu percubaan awal untuk menjatuhkan apa sahaja atau
tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB.
Rafizi
menasihatkan alat-alat propaganda bahawa “tidak ada jumlah spin”
boleh memperbetulkan kredibiliti Najib; orang ramai tidak boleh
menerima justifikasi yang diberikan dengan menutup kes terhadap
Perdana Menteri.
“Lebih
buruk lagi, jika mereka masih cuba menjatuhkan pegawai bermoral
seperti Bahri untuk menyelamatkan kredibiliti Najib, iaitu strategi
yang tidak baik kerana ia akan memakan diri mereka sendiri,”
katanya.
Artikel
asalnya di sini
No comments:
Post a Comment