AIDCNews
– 12/1/16 –Dalam tempoh enam bulan, cat hijau untuk lorong
pejalan kaki dan berbasikal yang menelan belanja RM 30 juta di Pulau
Pinang sudah mulai tertanggal.
“RM30
juta untuk mengecat laluan basikal di atas laluan pejalan kaki,
menggunakan cat yang berkualiti rendah yang hilang dalam masa 6
bulan.
“Kemudian
dapat lagi RM 30 juta untuk proses mengecat … setiap 6 bulan
mendapat RM30 juta ?,” soal Tan
Khai Beng.
Menurut Anti
Fitnah TMI cat
yang mulai tertanggal itu telah mendatangkan kemarahan warga Pulau
Pinang, yang jelas memperlihatkan penipuan kerajaan DAP Pulau Pinang
dalam pembinaan laluan basikal yang menelan belanja tidak masuk akal.
“dilihat
hasil yang dijalankan projek kerajaan negeri itu, ia jelas hanya
menelan belanja ratusan ribu kerana laluan berbasikal itu ‘menumpang’
laluan pejalan kaki sedia ada dan hanya dicat dengan warna hijau dan
putih.
“Walau
bagaimanapun, macai-macai pembangkang cuba mempertahan ‘tokong
besar’, Lim Guan Eng dengan mengatakan cat yang digunakan itu
merupakan fasa pertama dan pembinaan laluan berbasikal itu masih
dalam pembinaan lagi.
“Alasan
yang tak munasabah diberikan oleh mereka untuk mempertahankan ‘tokong
besar’ mereka. Jika laluan berbasikal itu masih dalam pembinaan,
mengapa laluan terbabit dibuka kepada orang ramai??
“Perkara
ini jelas menunjukkan DAP Pulau Pinang telah menyonglap RM30 juta
duit rakyat umat di negeri itu, apabila perbelanjaan projek
berbasikal itu yang hanya memakan ratusan ribu tetapi di ‘makap’
menjadi RM30 juta untuk poket kroni-kroni mereka,” ulasnya.
No comments:
Post a Comment