AIDCNews-
15/1/16 – Selepas lima hari pendedahan ahli perniagaan Datuk Chan
Swee Teik berkenaan salah laku seorang Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Pulau Pinang, semua pimpinan parti menutup mulut daripada
membicarakan isu itu lagi.
Pada
9 Januari lalu, Chan yang dikenali sebagai Jackie mengadakan sidang
media mendedahkan ADUN PAP Pengkalan Kota Pulau Pinang, YB Lau Keng
Ee gagal membayar balik hutang melebihi RM200,000 yang dipinjam
daripadanya sejak daripada Mei 2013.
“Selepas
sidang media oleh Jackie Chan seminggu lepas, tiada apa-apa (respon),
tiada satu perkataan daripada DAP terutamanya dari kumpulan rasis di
Pulau Pinang. Semua tutup mulut.
“Portal-portal
(pembangkang) Malaysiakini, Malaysian Insider dan Malaysia Chronicle
menggelapkan (tidak menyiarkan sidang media Jackie itu). Dapat
tawaran projek baharu ?, “kata Tan
Khai Beng dalam
Facebook hari ini.
Dalam
sidang media Jackie itu beliau turut menunjukkan gambarnya bersama YB
Lau dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membuktikan
beliau merupakan penyokong DAP.
“Saya
pernah jumpa dengan pihak atasan DAP Pulau Pinang, minta mereka
tolong kejar YB Lau pulangkan duit saya itu, tetapi gagal.
“Maka
saya pun minta pekerja saya cari YB Lau, akhirnya YB Lau pula buat
laporan polis, mendakwa keselamatannya terancam.
“Saya
hendak selesaikan masalah ini dalam cara yang mudah, asalkan beliau
pulangkan amaun itu, di mana saya telah memberi diskaun kepadanya,
tapi beliau enggan berbuat demikian.
“Sekarang
beliau tidak mahu menjawab telefon saya, dan cara beliau melayan saya
tidak seperti dulu, semasa beliau ingin pinjam duit daripada saya.
Masa itu, tiap-tiap hari boleh jumpanya.
“Tambahan
lagi, saya penyokong DAP, sering kali pinjam duit dan tolong DAP, YB
Lau tahu semua ini,”kata Jackie.
Beliau
turut berharap agar penasihat DAP, Lim Kit Siang campur tangan untuk
menyelesaikan isu tersebut.
“Saya
berharap dengan adanya sidang akhbar ini, pemimpin DAP di peringkat
nasional seperti Lim Kit Siang boleh bantu saya mengendalikan masalah
ini,”katanya lagi.
Selanjutnya,
sila baca “PenyokongMinta Lim Kit Siang Selesaikan Masalah Intergriti ADUN DAP“
No comments:
Post a Comment