Hazim
Ismail berkata, dia berharap ibu bapanya boleh menerima
hakikat yang dia adalah seorang gay dan atheist. Malah
mereka mesti menerima kenyataan bahawa, keadaan dirinya itu
tidak akan mengubah apa-apa pun di dunia ini.
Berita
tentang dia yang terpaksa mengemis bantuan daripada masyarakat
untuk dia meneruskan pengajiannya di Kanada serta ibunya
yang telah memotong bantuan pengajian kepadanya, telah menjadi salah
satu daripada berita menarik di media sosial.
Hazim
Ismail secara terbuka mengakui bahawa dia adalah seorang pengamal
seks sejenis dan tidak lagi mempercayai kewujudan Tuhan.
Sekaligus menyebabkan segala bantuan pengajiannya selama ini
tersekat, dan dia menyalahkan masyarakat serta
ibu bapanya yang tidak berfikiran terbuka.
Tidak
itu sahaja, Hazim Ismail juga menyatakan dia takut untuk pulang
ke Malaysia kerana bimbang natijah daripada pengakuan keadaan
dirinya.
Dalam
hal perhubungan dengan keluarganya, Hazim Ismail berkata, dia tidak
banyak tahu dan langsung tidak dihubungi oleh keluarganya.
"Mereka
memerlukan masa untuk berubah," katanya tanpa rasa bersalah
sedikit pun.
Kumpulan
G25, Laywers for Liberty, PKR dan DAP yang begitu
bersungguh-sungguh mahukan kelompok gay dan atheist
diterima dalam masyarakat Malaysia, malah menghalang mana-mana
undang-undang yang menghukum mereka, seharusnya tampil untuk
membela Hazim Ismail.
Apatah
lagi dengan bekalan nama HAZIM ISMAIL yang jelas merupakan
seorang Melayu dan menjadi Melayu bererti mewakili Islam,
memandangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menyatakan begitu,
pastinya akan menarik perhatian daripada kumpulan-kumpulan yang
mensasarkan Melayu-Islam untuk matlamat mereka.
Anehnya,
mereka tidak pula tampil dan menjadi pejuang barisan
hadapan sekalipun beberapa orang Ahli Parlimen dari DAP
menentang keras undang-undang syariah Malaysia ke atas para
penganutnya!
Macamana agaknya seorang atheist berdoa?
ReplyDeleteNasib ko la labu.. elok2 dilahirkan sebagai islam ko nk pilih jalan kehidupan begitu. Semoga mendapat hidayah allah.
ReplyDelete