Saya
yakin kenyataan itu sebagai reaksi berikutan hambatan UMNO yang 50
tahun mengheret rakyat khususnya masyarakat Melayu ke arah politik
sempit perkauman.-Sheikh
Omar Ali Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor – Roketkini
Rata-rata
dalam semua kenyataan yang dikeluarkan oleh kepimpinan DAP dalam
semua jawatan memainkan isu yang mengatakan UMNO adalah sebuah parti
yang berfahaman perkauman dan mengamalkan politik yang sempit.
Kenyataan
yang dikeluarkan oleh kebanyakan kepimpinan DAP ini semuanya bersifat
propaganda yang mana untuk menutup isu yang sebenarnya diamalkan oleh
parti tersebut. Politik perkauman dalam istilah sebenarnya ialah
mendominasikan satu satu kaum dalam apa juga bidang termasuk
politik.
Dalam
hal ini UMNO dengan gabungannya iaitu barisan Nasional adalah sebuah
parti yang dianggotai kepelbagaian kaum didalamnya. Adakah ini
perkauman jika dibandingkan dengan DAP yang mana menubuhkan
pakatan harapan akan tetapi masih menjalankan prinsip kepartian
dengan cara berlandaskan hal masing masing.
Jika
dikatakan DAP bukan sebuah parti yang perkauman , kita boleh melihat
bagaimana pembohongan dan penipuan berlaku dalam dalam CEC yang mana
melihat individu yang kalah boleh menolak kemenangan jika ianya
dimenangi oleh kaum lain.
Ini
amat jelas bahawa DAP adalah sebuah parti yang amat perkauman jika
dibandingkan dengan prinsip yang diamalkan oleh Barisan Nasional.
Barisan Nasional dalam apa juga pemilihan dan juga perebutan
jawatan diperingkat tertinggi menerima keputusan dan melantik
sesiapa yang dipilih melalui sistem demokrasi yang diamalkan secara
telus. Teluskah DAP dalam CEC?
Jangan
kerana kebencian yang meluap-luap kepada orang Melayu, semua yang
dilakukan walaupun pada hakikatnya benar semuanya ditidakan
kebenarannya. ‘DAP agaknya tidak pernah melakukan sikap perkauman
sehingga lenyapnya 26 buah kampung di Pualu Pinang yang mana rata
rata adalah orang Melayu, Kenapa ianya tidak dilakukan terhadap
perkampungan haram orang Cina dan peniaga Cina yang melanggar undang
undang .
Terus
terang dinyatakan bahawa DAP hanya tidak perkauman diatas kertas dan
ucapan sahaja, akan tetapi DAP adalah sebuah parti yang mengamal
sikap rasis yang amat kejam dan tindakan mereka tidak
pernah dibuat oleh mana mana pemimpin Barisan Nasional.
Sakit
hati dan terasa tercabar bila melihat PAS-UMNO yang semakin
menjadi akrab sejak mutakhir ini, Tiada cara lain DAP ialah dengan
menabur fitnah dimana mengatakan PAS telah menerima sebahagian dari
wang dari UMNO , ditambah dengan serangan fitnah mereka
terhadap 1MDB yang mana syarikat ini dimanopoli oleh orang
Melayu di kawasan strategik yang kini mereka tidak dapat
menguasainya.
Anti-Islam
dan anti-Melayu, adalah sikap yang memberi kesan terhadap orang
Melayu dimana telah menunjukkan sikap yang sebenarnya terhadap Agama
Islam dan Melayu. Mana tidaknya kumpulan sokongan yang bergerak
diatas platform NGO iaitu G25 telah menyuarakan satu cadangan yang
tidak masuk akal dimana halal haram dalam agama Islam telah
diperkotakkatikkan.
Diwaktu
ini dimanakah Amanah yang dikatakan berjuang untuk Islam
dalam politik? Amanah hanya mampu melihat tanpa sepatah kata
berhubung dengan isu halal haram Agama Islam diperjudikan oleh G25.
Kenapakah Amanah tidak pernah bersuara?
DAP
sekarang dikatakan memfokuskan untuk mengangkat isu sebenar yang
membelenggu rakyat dalam beberapa siri program yang dibuat
seperti melepaskan batuk ditangga sahaja. Impian Malaysia diwujudkan
adalah untuk memancing dan memperngaruhi mana mana kampung untuk
mereka lihat kebaikan “membela rakyat” yang dilakukan.
Semua
ini adalah sekadar untuk memancing undi, dan sebagaimana biasa DAP
akan terus menuntut bayaran pembalasan dari segala usaha yang mereka
lakukan terhadap program Impian Malaysia jika sekiranya mereka menang
dikawasan itu.
Kita
telah melihat bagaimana “imbuhan yang dituntut” oleh DAP di Pulau
Pinang iaitu sebahagian besar telah kehilangan segalanya.
Sumbangan RM100 kepada warga tua, Tahfiz dan berbagai lagi
telah menjurus kepada “pembayaran balas budi” yang sebelum ini
dilakukan oleh DAP.
Rakyat
tidak boleh dibiarkan terus hanyut dengan permainan dan propaganda
DAP yang terus mengusung agenda perkauman sempit. Sikap perkauman dan
kepura puraan DAP ini semestinya disedari oleh semua pihak termasuk
orang Melayu khasnya.
“Kita
Letakkan Melayu dibawah tapak kaki kita” ungkapan ini pernah
dikeluarkan oleh pemimpin mereka- Apakah ini sedang menunjukkan
bahawa ini adalah perbuatan tidak menindas? Berpijaklah dibumi
yang nyata, politik hanya bersifat sementara, manakala
kehancuran satu satu bangsa itu tidak dapat mengembalikan apa
yang akan hilang nanti.
Oleh
yang demikian kita tidak boleh terus menerus mengikut rentak tari
yang dimainkan DAP. DAP dan Amanah tidak akan berhenti dari kerangka
perkauman dan akan terus menerus melakukan propaganda memburukkan
UMNO dan Barisan Nasional.
Berhubung kerjasama UMNO-PAS telah memberi isyarat betapa DAP
gagal membawa soal perpaduan dalam kelompok mereka sendiri.
Sikap kuku besi dan dictator yang diamalkan oleh pemimpin DAP telah
menjurus kepada penubuhan Amanah sebagai ganti kepada PAS.
Ketempangan
polisi DAP dalam urus tadbir sosial ekonomi dan amalan rasuah yang
membarah sehingga banyak wang rakyat dibazirkan sehingga penjualan
tanah tanah kepada krooni di Singapura tanpa ada tentangan pun dari
Amanah.
Amalan
pembaziran projek yang tidak manafaat telah diangakat sebagai projek
rakyat tetapi DAP terus memanipulasikan hak hak rakyat dalam
pemilikan rumah terutama rumah mesra rakyat yang digagalkan dan
tidak pernah diluluskan oleh pemerintah DAP . Bukan kah ini satu
penindasan yang nyata?
Kenapa
Amanah yang hanya Amanah pada isu kepentingan saja tidak mahu
bersuara dalam hal ini. Pada satu kidah yang lain pula saorang ADUN
terpaksa merayu, menanggis untuk mendapatkan bajet untuk kawasannya.
Puncanya adalah kerana ADUN tersebut adalah Melayu. Tetapi
bagaimana jika sebangsa dengan DAP. Sudah pasti kita tahu
jawapannya.
Oleh
yang demikian, rakyat harus bangun dan membuka lembaran baru,
mencipta gelombang rakyat yang sebenar dengan keluar dari agenda
perkauman sempit ciptaan DAP dan Amanah. Seterusnya mengangkat isu
sebenar yang menghimpit rakyat di Pulau Pinang seperti isu ekonomi,
polisi pengagihan hak rakyat dan menentang sikap rasis yang
teah menjadi amalan DAP sejak berkurun lamnya.
Kita
sedar, jika sebahagian dari kita orang Melayu terus menari mengikut
rentak tari DAP, ia tidak lebih dari sekadar mengukuhkan lagi
kekuatan mereka. Seharusnya kita terus melakukan kesedaran minda agar
Melayu tidak terus menjadi mangsa penindasan dan kezaliman DAP yang
hanya berjuang untuk satu bangsa sahaja.
UMNO/
Barisan Nasional konsisten mengambil langkah mendidik rakyat
dan tidak akan sekali-kali merendahkan maruah serta kebijaksanaan
yang dimiliki rakyat. Kita amat yakin rakyat tidak bodoh dan
tidak akan terus kekal diperbodohkan oleh DAP yang terus menerus
memerangkap mereka dengan agenda sempit perkauman.penindasan dan
kezaliman mereka terhadap bangsa lain.
Jika
UMNO dan Barisan Nasional dapat kekal atas landasan ini,
mendidik dan memberikan penerangan secara lebih agresif, proaktif dan
konsisten kepada rakyat khususnya masyarakat Melayu, saya yakin
perubahan politik di Pulau Pinang akan berubah jika tidak banyak
sedikit pun sudah dapat memberikan impak kepada politik tanah air..
Pilihan
Raya Umum (PRU) ke-14 bakal berlaku lebih kurang dua tahun dari
sekarang. Saya optimis, jangka masa itu lebih daripada cukup untuk
UMNO dan Barisan Nasional berbuat sesuatu bagi membela rakyat
dalam apa juga program , pembelaan dan perkongsian hasil negara
dalam kepebagaian bentuk.
Saya
tegaskan, DAP terus menakut-nakutkan masyarakat Malaysia dengan
api perkauman sempit sedangkan skandal “tersilap kira” RM2
Biliion, DEIG, Kehilangan RM7.68 Billion, Penjualan tanah tanpa wang,
cukai zalim, Penindasan dan pengusiran 26 buah kampung Melayu,
skandal Pintu Gerbang RM9.8 juta dan RM30 billion sebagainya
bukti jelas Pakatan yang selama ini telah mengkhianati
amanah dan merompak wang rakyat, dengan berselindung di sebalik
slogan membela Melayu!
- PRU14.tv
No comments:
Post a Comment