Friday, February 26, 2016

Dua Warga Myanmar Ditahan Susulan Tragedi Wang Kelian

KUALA LUMPUR 25 Feb - Polis telah menahan dua rakyat Myanmar untuk membantu siasatan mengenai penemuan kubur besar dipercayai mengandungi mayat mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis tahun lepas.

Ketua pasukan khas yang menyiasat kes tersebut Datuk Goh Kok Liang berkata kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditemui semasa ditahan di Depot Tahanan Imigresen di Tanah Merah Kelantan.

Goh yang juga Ketua Siasatan Jenayah Perak berkata beliau tidak dapat memberi butiran mengenai penahanan dan tempoh reman kedua-dua suspek tetapi berkata mereka dipercayai penjaga kawasan kubur itu di Wang Kelian.

"Mereka dikenal pasti melalui kawat cam oleh mangsa pemerdagangan itu sendiri. Polis masih dalam proses mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek," kata beliau kepada Bernama.

Goh berkata enam orang lagi, dipercayai rakyat Myanmar dan warga Thai dijangka direman sebaik sahaja polis dapat mengesan keberadaan mereka.

Beliau berkata polis sedang dalam proses mendapatkan waran tangkap bagi lima lelaki dan seorang wanita.

Mereka dikenal pasti November lepas, bagaimanapun polis tidak dapat menahan mereka disebabkan prosedur teknikal, kata beliau.Beliau bagaimanapun menafikan keenam-enam mereka ialah dalang sindiket pemerdagangan manusia dan berkata mereka cuma anggota bawahan dan dipercayai pembekal makanan atau penjaga.

Pada Mei tahun lepas, polis telah menemui kubur besar dan rangka manusia, dipercayai etnik Rohingya, dan 28 kem pemerdagangan manusia.

Sebanyak 139 kubur itu, sesetengah daripadanya ditinggalkan, terletak di atas bukit, setinggi beratus-ratus meter dari paras laut. 

Susulan kes tersebut, polis Thailand bulan lepas mendakwa 88 orang termasuk seorang jeneral atas tuduhan berhubung kes pemerdagangan manusia.

Thursday, February 25, 2016

Saya Tengok Bapa Saya Jilat Seluruh Badan Mama




Murid sekolah sekarang semakin kreatif. Pendedahan mereka tanpa batasan. Seperti yang kita maklum, pendidikan awal bermula dari rumah. Ini bermakna perlakuan ibu bapa adalah pembelajaran paling awal untuk anak-anak.

Setiap perlakuan ibu bapa akan diperhati oleh anak-anak. Setiap sentuhan ibu bapa jadi contoh kepada anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu berhati-hati dalam setiap perilaku mereka di rumah.



Sebuah karangan murid yang dipercayai ditulis oleh murid sekolah rendah telah disebarkan oleh gurunya. Tulisan tersebut begitu jujur menceritakan perilaku ayah ke atas ibunya. Walaupun ianya seolah-olah membawa maksud lain kepada murid tersebut, namun impaknya begitu besar kepada pengalaman beliau.



Penerbitan The Malaysian Insider Disekat





Gov't blocks The Malaysian Insider 
25 Feb 2016, PM 5:36
Updated 25 Feb 2016, PM 6:12 
The Malaysian Insider news portal has been blocked by the Multimedia Communications and Multimedia Commission (MCMC). 
Users of telco Celcom who tried to access the site were shown the official MCMC page for a blocked site, with the message saying the website was barred because "it violated national laws". 
According to the notice, The Malaysian Insider violates Section 263(2) of the Communications and Multimedia Act which states that internet service providers (ISPs) must comply with MCMC or other authorities to prevent an offence. 
The website is still accessible via other ISPs. 
Read on https://m.malaysiakini.com/news/331711

Adalah dipercayai TMI
ditutup kerana menyiarkan berita palsu yang bertujuan untuk putarbelit sesuatu yang tidak benar tentang SPRM.

1899014_1030035030404921_1782190621_n




Rakyat Pulau Pinang Buta, Pekak dan Hati Mati Kata Lim Guan Eng



Peperangan diantara wartawan ini dengan LGE nampaknya semakin berat. Wartawan berbangsa Cina ini nampaknya sudah tidak tahan lagi dengan sifat cauvinis yang dibuat oleh LGE.
Respon penulis akhbar berbahasa Cina kepada ucapan Lim Guan Eng Ahad lalu yang berkata " ... hanya orang yang buta, pekak dan hati yang mati sahaja tidak nampak pencapaian yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang":

"Betul, orang Pulau Pinang memang buta, kerana mereka tidak nampak kerajaan negeri jual tanah, tidak nampak kerajaan negeri tidak ambil tindakan tegas terhadap pemaju yang menggondolkan bukit secara haram, dan juga tidak nampak kerajaan sedia menjalankan projek tambakan laut yang boleh merosakan ekosistem di laut."

"Betul, orang Pulau Pinang pekak, kerana orang Pulau Pinang tidak boleh mendengar suara dan rintihan nelayan yang membantah dan merayu kerajaan Pulau Pinang tidak menjalankan projek tambakan laut; tidak dapat mendengar para pencinta anjing menyeru kerajaan negeri berhenti bunuh anjing, dan juga bantahan orang Pulau Pinang dalam isu penggondolan bukit."

"Betul, hati orang Pulau Pinang sudah mati, sudah jadi "mayat yang hidup", kerana kerajaan Pulau Pinang tidak dapat membantu mereka membeli rumah kos sederhana rendah, tambahan lagi beri peluang kepada pemaju tamak buli pembeli rumah, membeli rumah yang berkeluasan 700 kaki persegi dengan harga yang satu kali ganda lebih daripada RM72,500. "

Penulis itu juga berpendapat, memandangkan ramai orang Pulau Pinang telah buta, pekak dan hati sudah mati, kerajaan Pulau Pinang harus menyediakan lebih banyak tempat letak kereta bagi orang OKU.


Ralyat Malaysia terus tertipu dengan Yahudi terkutuk, Rupert Murdoch




Sebagaimana yang Dr Mahathir pernah kata tentang Rupert Murdoch [baca SINI], Yahudi tua lagi terkutuk itu membohong lagi. Menurut Dato Salleh Keruak [baca Snapshot 2016 terbaru SINI], wujudkah maklumat dari sumber-sumber yang kononnya mereka ada tetapi tidak dedahkan???

Sedihnya ramai orang Malaysia sudah tertipu dengan permainan kata-kata putarbelit dari Rupert Murdoch Yahudi tua lagi terkutuk yang berperanan sebagai Dajjal akhir zaman yang menguasai dunia.

Dato Rahman Dahlan dilaporkan berkata dan dipetik dari NST berikut:

"The WSJ continues to ignore these facts, while continually failing to provide any evidence to back up their wild accusations – which all originated with the Prime Minister's opponents, who only care about their own political gain, no matter what the cost to Malaysia." he said in a statement, today.

Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar laporan terbaharu yang dikeluarkan Wall Street Journal (WSJ), sebagaimana laporan Astroawani. 

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu mendakwa tindakan berkenaan sengaja dibuat malah mengesahkan agenda penentangan Malaysia yang diperjuangkan akhbar berkenaan.

"WSJ terus dengan sengaja mengabaikan fakta sahih, sambil mendakwa laporannya berkaitan Malaysia tidak pernah dipersoalkan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Rahman menegaskan isu 1MDB dan derma kepada Perdana Menteri tiada sebarang kaitan dan ini telah disahkan pelbagai pihak berkuasa Malaysia termasuk Peguam Negara.

"WSJ memilih untuk tidak menghiraukan semua fakta ini, dan terus mengemukakan apa yang disebut sebagai bukti untuk menyokong tuduhan liar mereka.

"Semuanya berpunca daripada penentang Perdana Menteri menerusi Kempen Anti-Najib, yang hanya mengutamakan kepentingan politik mereka tanpa menghiraukan kesannya terhadap Malaysia," tegasnya.

Tuduhan berulang tidak berasas dan tanpa bukti ini bertujuan memburukkan Malaysia dan pembangunan ekonominya dengan menggunakan fakta yang tidak sahih.

Kerajaan tegasnya lagi tidak akan berdiam diri dan akan tetap meneruskan usaha memantapkan ekonomi negara.

Wednesday, February 24, 2016

Hampir 14 Billion Disimpan Di Singapura?

Agenda DAP ialah menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua. Selepas lawatan Lee Kuan Yew ke Pulau Pinang sebagai permulaan tampuk kekuasaan DAP ia sudah menunjukkan hala tuju DAP di negara ini. Lihat sahaja cara DAP menutup kg Melayu di Singapura kini sudah berlaku di Pulau Pinang. 

Tahun 2011-2014 sepanjang pentadbirannya LGE  lebih 1,100 ekar tanah telah pun dijual oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak luar samada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Jumlah hasil jualan ini dianggarkan mencecah RM 12.5 bilion.

Segalanya bermula pada tahun 2011 dimana kerajaan negeri menjual sebidang tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion. Ini dikuti oleh pejualan 110 ekar lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM 6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM 600 juta kepada P. E Land.

Pada 2014, kerajaan DAP Pulau Pinang dengan 4 transaksi jual beli dilakukan. Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM 57 juta kepada Paramount Group.

Sebidang lagi tanah berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan diakhiri dengan penjualan 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.09 bilion kepada Temasik Holding. 

Apa yang sebenarnya DAP lakukan?Pengumpulan dana besar-besaran? Mengapa dalam masa lima tahun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju proksi DAP?

Kemanakah wang RM 12.5 bilion ini pergi dan dibelanjakan?

Credit : MyMassa

Tuesday, February 23, 2016

Siapa Biaya Wall Street Journal Untuk Terus Menipu

Wright wsj


Memang wajar 1MDB menafikan sekeras-kerasnya tuduhan fitnah jahat The Wall Street Journal. Terkini lihat sahaja bagaimana masih ada usaha mengitar semula serangan rekayasa fitnah daripada WSJ berhubung kononnya perkhidmatan dua bekas syarikat juruaudit 1MDB – Ernsts & Young dan KPMG ditamatkan selepas mereka menyoal mengenai usaha sama syarikat pelaburan negara itu dengan PetroSaudi International, kata editor The Wall Street Journal (WSJ) Tom Wright.


Paling menarik editor tersebut tanpa rasa bersalah menuduh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memecat kedua firma tersebut atas kapasitinya sebagai Pengerusi jemaah penasihat 1MDB.
Alasan PM Najib membuang mereka sebagai panel juruaudit 1MDB adalah kerana firma tersebut kononnya mempunyai soalan mengenai perakaunan yang berkaitan dengan cara pelaburan yang berkaitan dengan usah sama dengan PetroSaudi pada 2009.
Editor WSJ menegaskan kononnya beliau tahu mengenainya berdasarkan dokumen dalam draf Laporan Ketua Audit Negara.
Amat memalukan apabila editor WSJ, Wright disoal mengapa firma audit setakat ini tidak melaporkan sebarang penyelewengan dalam 1MDB. Beliau dilaporkan menjawab bahawa berdasarkan minit mesyuarat 1MDB, Deloitte ada menerima aduan mengenai penyelewengan tetapi tidak dapat mencari bukti sebarang salah laku.
Adakah laporan yang diterima sudah cukup kuat disandarkan sebagai bukti atau bila bukti ditemui maka sahlah wujudnya bukti?
Nampaknya media asing ini sememangnya begitu serius ingin ‘menebus’ malu bahawa mereka selama ini berbohong di dalam isu 1MDB dan terpaksa mengitar semula segala tuduhan dengan cuba membawa cerita dalam dimensi atau sudut penipuan yang baru.
Nampak ketara seakan wujudnya kerjasama yang amat erat antara media asing dengan media pro pakatan  yang kemungkinan dibayar oleh kelompok yang berkepentingan politik di negara ini.

Staf Jabatan Audit Agen Kepada DAP?


dap


DAP akan melancarkan serangan baru ke atas 1MDB. Laporan Ketua Audit Negara akan dimuktamadkan namun sebelum ia dapat diselesaikan, DAP telah memberi salinan laporan ini kepada Sarawak Report.


Ia seolah-olah DAP mempunyai pengintip di pejabat Ketua Audit Negara, seorang wanita Cina, dan  pegawai inilah yang menyeludup keluar laporan Ketua Audit Negara, bersama-sama dengan laporan juruaudit syarikat, dan menyerahkannya kepada DAP.
Mereka akan memutarkan cerita bahawa bukan hanya ada satu laporan Audit Negara, sebenarnya, beberapa variasi yang berbeza wujud dari laporan tersebut. Mereka akan mengatakan bahawa laporan Ketua Audit Negara yang akan ditunjukkan kepada orang ramai akan menjadi ‘positif’ manakala  Laporan Ketua Audit Negara yang sebenar adalah ‘negatif’, yang disembunyikan dari pengetahuan umum.
Sarawak Report akan mendedahkan – Laporan Ketua Audit Negara negatif yang sepatutnya telah disembunyikan dari pengetahuan umum. Atau sekurang-kurangnya ini adalah cerita yang mereka akan beritahu kita.
Dalam apa yang mereka panggil laporan ‘sebenar’ Audit Negara’, mereka akan keluarkan (‘hilangkan’) dokumen-dokumen penting tertentu seperti kertas Lembaga Pengarah dan sebagainya, terutama yang berkaitan dengan kelulusan untuk pelbagai perkara. Kemudian mereka akan mengatakan bahawa semua perkara ini dilakukan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah (laporan yang mereka dedahkan tidak mempunyai kertas kelulusan Lembaga maka ini akan menjadi ‘bukti untuk menyokong dakwaan itu).
Mereka cuba “pre-empt” laporan Ketua Audit Negara supaya apabila laporan itu dikeluarkan kelak tidak lama lagi,  ia akan memberikan gambaran yang positif, dan mereka akan mengatakan bahawa ini adalah bukti yang dipalsukan sedangkan laporan sebenar, yang mereka keluarkan lebih awal, adalah yang sebenar dan ianya negatif dan bukan positif.
Masalahnya adalah, akibat serangan terlebih dahulu ini, orang akan percaya laporan yang bocor, iaitu negatif, bukan laporan rasmi, yang positif.
Di mahkamah pendapat umum, orang akan percaya laporan yang bocor, yang diterbitkan oleh Sarawak Report, dan bukannya laporan sebenar, yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara. Dan ini adalah mengapa mereka perlu “pre-empt”  laporan Ketua Audit Negara dengan memperkenalkan laporan palsu ini dan kemudian memberi amaran kepada rakyat bahawa Ketua Audit Negara akan mengeluarkan satu lagi versi laporan yang palsu dan telah diubah untuk melihat baik.
Ini akan memberi kesan yang sama sepertimana pengumuman Peguam Negara. Sarawak Report kononnya telah menerbitkan ‘kebenaran’, oleh itu apa sahaja kata Peguam Negara, telah menjadi satu pembohongan.
Cuma mereka tidak pernah menjangka yang Malaysia Today akan tahu rancangan mereka dan “preempt” lebih awal serangan mereka. Akhirnya, Malaysia Today mengalahkan mereka dengan mendedahkan penipuan mereka sebelum mereka boleh melancarkan serangan dengan mendakwa Ketua Audit Negara sebagai penipu.

PM Najib Pegang Tiga Prinsip Kekalkan Beliau Dalam Politik



Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpegang kepada tiga prinsip sejak melibatkan diri dalam politik 40 tahun lepas, dan tidak akan menghancurkan UMNO yang telah dibina Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Prinsip paling utama yang dipegang adalah perbanyakkan kawan daripada lawan, katanya.
Dalam dewan ini misalnya, Kelab Sahabat N87 yang hadir, sentiasa setia bersama saya selama ini dalam keadaan senang, cemas, tetap bersama saya,” katanya ketika berucap pada majlis tahlil bersempena ’40 Tahun Najib Razak dalam Politik’ semalam.
Majlis berkenaan dianjurkan oleh Kelab Sahabat Najib Razak N87 yang terdiri daripada bekas ketua pemuda UMNO sezaman dengan Najib.
Datuk Seri Najib menjelaskan beliau juga memegang prinsip tidak pernah bertanding untuk menjatuhkan sesiapa dalam politik.
Rekod saya dalam setiap pertandingan kalau ada kosong baru saya bertanding, dengan ini saya tidak akan jatuhkan sesiapa,” katanya.
Prinsip ketiga pula adalah tidak pernah membeli undi dalam parti.
Allahyarham ayahanda saya yang membina UMNO dan saya takkan menjadi anak yang menghancurkan parti,” tegas beliau.
Perdana Menteri berkata biarpun beliau disifatkan penyabar oleh rakan politiknya, namun mengakui kesabaran beliau ada hadnya terhadap mereka yang cuba mencalar kredibiliti kepimpinannya.
Ya…saya penyabar, saya setuju. Tetapi sabar ada had juga. Jangan fikir saya diam boleh buat sesuka hati, dan jika sudah melebihi had saya akan bertindak tetapi mestilah berdasarkan fakta dan kepentingan kerajaan,” katanya.

{ Video }: Gadis Jerit Panggil Mak, Terkejut Sultan Datang Rumah



SULTAN Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengejutkan penduduk Kg Lepau, Kota Tinggi apabila tiba-tiba muncul tanpa sebarang pemberitahuan awal, 6 Februari lalu.


Malah gara-gara terkejut melihat kedatangan baginda, seorang gadis yang dirakam dalam video dikongsikan di Facebook Sultan Ibrahim Official kelihatan memanggil ibunya, “Mak! Mak! Sultan Johor datang..”




Sumber Video: Facebook Sultan Ibrahim Official

Dalam video berkenaan, Baginda turut kelihatan menyapa tiga wanita yang sedang berehat di pangkin luar rumah dan turut berkenan bersalaman dengan bayi yang didukung oleh salah seorang mereka selain berhenti di sebuah kedai runcit.
10994344_548977501935614_5204880440804616568_o
10258678_548977608602270_6436284259519816937_o
12768332_548977661935598_6676226606783740072_o
12716277_548977731935591_5670740759174310488_o
Bagaimanapun, penduduk Kg Lepau sebenarnya sudah terbiasa dengan sifat rendah diri Baginda yang sememangnya dikenali gemar mendekati penduduk kampung tersebut apabila bercuti di Sebana Cove berdekatan.
Sebana Cove yang tenang dan damai merupakan antara kawasan kegemaran Baginda untuk bercuti pada hujung minggu.
Saya suka melawat ke kampung-kampung dan berbual bersama orang-orang kampung dengan secara santai, tanpa tatacara istiadat yang ada ketika kunjungan rasmi.
Ia juga memberikan saya pandangan secara sepintas lalu kepada gaya kehidupan harian mereka dan saya mendapat tahu mengenai banyak perkara dengan cari ini,”titah Tuanku Sultan Ibrahim, sebagaimana dimuat naik di Facebook ‪#‎sultanibrahimofficial‬. – MYNEWSHUB.CC

Friday, February 19, 2016

Ski, luxury boat dan kereta mewah bukan kemewahan juga?


Blog Dr Mahathir menimbulkan isu mengenai majlis perkahwinananak Najib dan Rosmah lalu terus menuduh ianya bermewah-mewah.

Kadang kala agak melampau membaling batu sedangkan diri berada dalam rumah kaca.

Habis begitu, tidakkah bermewah-mewah cucu Dr Mahathir boleh pergi ski dan punya boat mewah?




Tambah pula dengan kereta berikut:






Kereta Porsche Cayenne siapa pula berikut:

Kereta Mukhriz



Mungkin alasannya adalah mereka ni ahli perniagaan berjaya. Baca 
SINI dan fikirkan 


Seterusnya

Datok pada Najib Orang Kaya Muar, Datuk kepada Mukhriz siapa?




.... Tun Dr Mahathir Mohamad crossed the line two days ago in his Blog posting titled 
Corruption in Malaysiawhen he touched on the matter of weddings — which clearly he meant last year’s wedding of Prime Minister Najib Tun Razak’s daughter, Nooryana Najwa, to Daniyar Kessibayev from Kazakhstan.

For the Kazakhs, as for the Malays as well, weddings are considered the most important event in your life. Weddings in Kazakhstan are celebrated on a grand scale, more often than not turning into a festival lasting days or even weeks. Wedding ceremonies and the rituals associated with them have always held a special place in the life of the Kazakh people and are considered a big deal in Kazakh culture and tradition.

Hence there is no question of not having a grand wedding for the daughter of a Prime Minister who is about to get hitched to a relative of the President of Kazakhstan. Not doing so would not only be a slight to the Kazakh in-laws but would also not be in keeping with Malay culture and tradition.

Dr Mahathir’s criticism of this wedding was done in bad taste and demonstrates his desperation if he can stoop so low as to not respect Kazakh and Malay culture and tradition. Any Malay can tell you that you just do not criticise Malay culture and tradition, and someone’s daughter’s wedding is one such culture and tradition you do not touch unless you want to be regarded as 
biadap or uncouth.

By the way, Najib’s grandfather was the founder and co-owner of a 50-year old company that has a market capitalisation of RM40 billion and revenue of about RM20 billion a year. Surely someone from that family background can afford a decent wedding for his children.

We do not even know who Dr Mahathir’s father back in India was and yet his children are all multimillionaires and billionaires. Maybe we should focus on that issue rather than discuss the wedding of someone else’s children.



Anyway, the groom’s family paid for that wedding so what’s the big deal? Do you still feel the MACC should investigate this? Then what about investigating where Dr Mahathir’s children got their billions from? From their grandfather in India as well?



Kejuruteraan: Pemohon Cina disukai berbanding Melayu




Kajiselidik mendapati syarikat kejuruteraan Cina dan Melayu lebih cenderung memilih calon Cina.


Syarikat Melayu juga lebih cenderung memilih permohonan pekerjaan daripada seorang Cina berbanding Melayu meskipun kedua siswazah kejuruteraan itu sama layak, menurut satu tinjauan.
Fakta mengejutkan itu ditemui dalam kajiselidik pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr Lee Hwok Aun, bersama Pengarah Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah, Muhammed Abdul Khalid.
Bagi kerja kejuruteraan, kemungkinan syarikat milik Melayu memanggil pemohon Melayu untuk ditemuramah adalah lebih rendah berbanding syarikat milik Cina,” kata Hwok.
Kajiselidik itu juga mendapati kemungkinan individu yang fasih dialek Cina dipanggil untuk ditemuramah adalah lebih tinggi – samada pemohon Cina ataupun Melayu.
Fasih berbahasa Cina merupakan ciri penting dan merupakan kelebihan kepada pemohon Melayu dan Cina.”
Hwok mendapati menetapkan fasih berbahasa Cina sebagai salah satu syarat kelayakan kerja mengurangkan peluang pemohon Melayu mendapat kerja.
Justeru, beliau mencadangkan pihak berkuasa supaya mengharamkan majikan meletakkan syarat sebegitu rupa untuk jawatan-jawatan kosong kerana ia merupakan satu amalan diskriminasi.
Maka, penemuan kajiselidik yang menunjukkan pemohon Cina lebih berkemungkinan untuk dipilih bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan kejuruteraan di syarikat-syarikat kejuruteraan swasta berbanding pemohon Melayu meskipun sama layak adalah tidak mengejutkan.
Diskriminasi yang berlaku sangat khusus hinggakan apabila permohonan kerja pemohon-pemohon yang sama layak diserahkan, majikan lebih cenderung memanggil pemohon Cina untuk temuramah,” kata Hwok di satu kuliah di Universiti Nottingham.
Menjelaskan alasan disebalik diskriminasi pekerjaan itu, Hwok berkata ia barangkali angkara praanggapan di dalam syarikat-syarikat Cina.
Syarikat yang rata-rata kakitangannya Cina merasakan calon Melayu dari segi sosial dan budaya tidak dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran tempat kerja mereka.
Syarikat terbabit juga merasakan calon Melayu diberi keutamaan untuk kerja-kerja di sektor awam, lantas, sektor swasta perlu memainkan peranan sebagai pengimbang.”
Hwok juga mendapati kebanyakan syarikat Cina dan syarikat asing lebih cenderung memilih pemohon Cina


Tuesday, February 16, 2016

Mahathir Berkomplot Dengan Jenayah ‘Insider Trading’ Memanipulasi Bursa Saham




MEMERANJATKAN!

SAYA Tidak Tahu tentang Kesalahan MEMBELI Saham Sendiri ..” Lawak bodoh!

Jika surat ini adalah benar, ini bermakna bahawa Mahathir boleh melakukan berkomplot untuk memanipulasi pasaran saham – yang akhirnya menyebabkan ramai pelabur runcit tinggal seluar dalam dan muflis.

Low Thiam Hock yang terkenal denan panggilan Repco Low, boleh dikatakan sebagai ‘share operator’ terbesar pada ketika itu, yang memanipulasi harga saham Repco Holdings.

Kemuncak yang melibatkan Repco Holdings Malaysia, tidak boleh disangkal telah berlaku insiden terbesar memanipulasi pasaran – sekurang-kurangnya, ia adalah tindak balas spekulasi yang dahsyat dan tidak diduga di pertengahan 90-an ketika pasaran saham negara cergas ketika itu.

Cuba fikirkan – saham Repco diniagakan sekitar RM5.00 pada tahun 1996, telah dimanipulasi sehingga setinggi RM140.00 setahun kemudian dan pada tahun 1998 menjunam kepada RM2.98. Kaunter itu telah digantung pada tahun 2000 dan dinyahsenaraikan tiga tahun kemudian (bermakna menurun kepada KOSONG @ ZERO @ YILEK!) – menyebabkan ribuan pelabur kehilangan semua wang mereka.

Masalahnya ialah bahawa daam pada permainan Repco, di satu pihak mereka bermain di pasaran saham secara total dan di pihak lain pula mereka mengedar borang-borang merah jambu.

Ia adalah seperti satu pesta di mana semua orang membuat keuntungan secara melampau!
Akhirnya kita tahu bahawa ia adalah berdasarkan kepada manipulasi secara rasmi dan dipersetujui di peringkat tertinggi.

Dan apabila pesta itu berakhir, rakyat biasa dibiarkan mengendong kantung kosong dan mengalami kerugian mengejutkan.
Low Thiam Hock, yang lebih dikenali sebagai “Repco Low” di kalangan pasaran saham, pada 11 Jan 2016 baru ini didapati bersalah kerana memanipulasi saham Repco Holdings Bhd. Beliau kini menanti hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan meminta Low dihukum antara lima hingga lapan tahun penjara dan juga menuntut kos pendakwaan RM3.02 juta.

Jika surat ini adalah benar, Tun Mahathir mesti bertanggungjawab untuk membantu dalam memanipulasi pasaran saham negara kita dan bertanggungjawab untuk kerugian pelabur runcit yang tidak terkira banyaknya.

Dimaklumkan bahawa surat yang pertama kali “didedahkan” oleh RPK hari ini datang daripada kes mahkamah Repco Low yang baru sahaja selesai beberapa minggu lepas. Ini bermakna surat ini telah menjadi maklumat umum

Selepas kejatuhan saham Repco dan kejatuhan Bursa Malaysia pada tahun 1998, penyertaan pelabur runcit dalam pasaran saham kita tidak seperti dulu lagi.

Mahathir tidak perlu sebut kaunter yang patut dibeli kerana Repco Low memiliki Repco dan sudah tentu beliau akan berusaha untuk melonjakkan kaunter sendiri … mengong!

Bagaimana pelabur asing akan mempunyai keyakinan dalam pasaran saham kita jika mengetahui bahawa bekas Perdana Menteri kita sendiri sebenarnya terlibat secara aktif dalam memanipulasi pasaran perkadaran mengejutkan itu bersama “share operator” diantara yang paling terkenal?

Maklumat lanjut:


Sunday, February 14, 2016

Melayu Pulau Pinang DAP Tersungkur Disebabkan Fatwa PRU Lim Guan Eng

dap halau melayu

Democratic Action Party (DAP) yang telah ditubuhkan selama 51 tahun sejak tahun 1965 tidak pernah mengubah polisi politik mereka. Dikenali sebagai sebuah parti sosialis, DAP telah menyertai Socialist International bertempat di Zurich, Switzerland pada 1967.
Parti yang masih berpegang kepada kehendak Lee Kuan Yew ini sebenarnya bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan semua kaum seperti yang mereka gambarkan. Ideologi sebenar DAP hanyalah kerana impian pemimpin PAP yang mahu menguasai Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik.

Jika diteliti dengan baik kedudukan hairaki dalam DAP berkisar kepada satu keluarga sahaja iaitu Dinasti Lim. Bermula dengan kedudukan Lim Kit Siang selaku Setiausaha Agung dan kini di lantik sebagai ketua pembangkang di parlimen, jawatan itu diserahkan pula kepada anaknya Lim Guan Eng.

Senarai penuh jawatankuasa DAP juga tidak memperlihatkan slogan DAP yang memperjuangkan hak samarata rakyat Malaysia. Kebanyakan dari jawatan tertinggi mereka di monopoli satu kaum dan kaum lain hanya sekadar pelengkap dan menjaga hati.
Kebelakangan ini kedudukan DAP semakin goyah apabila dilanda pelbagai kontroversi. Selepas DAP mengambil alih Pulau Pinang daripada Barisan Nasional, sikap sebenar DAP semakin terserlah. Pesta menjual tanah P.Pinang yang dilakukan Guan Eng hingga kini tidak terjawab.

Pendapatan kerajaan DAP di Pulau Pinang yang mengalami defisit sejak mengambi alih pentadbiran menjadi antara faktor mengapa mereka melakukan jualan tanah di P.Pinang. Lihat sahaja kepada pembentangan belanjawa P.Pinang yang saban tahun mengalami defisit hingga Guan Eng terpaksa merayu peruntukan dari kerajaan Persekutuan menjadi bukti jelas DAP tidak tahu mengurus kewangan negeri.

Guan Eng juga melakukan pembaziran wang rakyat dengan peojek mengecat laluan basikal yang menelan belanja hingga RM30 juta sedangkan Sabah juga berbuat demikian dengan kos yang jauh lebih murah.

Malah sekutu kuat mereka PKR yang memerintah Selangor juga terpaksa mewujudkan pelbagai projek bayangan untuk mengaburi mata rakyat. Projek Gerbang Selangor yang bernilai RM9.8 juta dikatakan dibiayai oleh penderma namun hingga kini identiti penderma tidak didedahkan oleh Azmin Ali.

Skandal yang menghantui PKR Selangor kini berjangkit kepada DAP P.Pinang apabila satu demi satu pembaziran wang rakyat terbongkar sejak DAP dan PKR bergabung dalam Pakatan Harapan.

Dana politik DAP yang dikaitkan dengan penglibatan Israel sebagai sumber utama juga tidak dijawap oleh Kit Siang. DAP menafikan dakwaan Mohammad Razali Abdul Rahman yang membongkar tentang sumber dana berkenaan dan latihan yang diberikan kepada pimpinan DAP dari pihak Israel.

Namun demikian Razali mahu Kit Siang mendakwanya di Mahkamah jika DAP merasakan beliau membuat penipuan.Malangnya hingga kini DAP masih tidak berani mendakwa Razali di muka pengadilan keran takut perkara sebenar akan terbongkar. “Bagi saya, DAP bukan takut dengan isu RM1.2 billion ini, dia (DAP) cuma takut rahsia di mana mereka dilatih akan terbongkar.”

Hingga kini isu Dana RM1.2 biliion masih tidak dijawap dan DAP hanya berani menafikan tanpa sebarang penjelasan. Rakyat mahukan penjelasan dari DAP dan bukan penafian tetapi apa yang mampu di buat oleh Kit Siang hanya ugutan membawa perkara ini ke Mahkamah. Malah DAP juga akan mendakwa akan menyaman seorang ahli PAS yang turut meminta penjelasan berkenaan dana tersebut.

DAP yang menjadi sekutu kuat PKR di Selangor turut mempunyai rangkaian dalam industri ‘Spa’ sebagai satu cara melindungi sumber dana politik parti mereka, malah Guan Eng pernah mengakui sumber dana mereka turut datang dari judi lumba kuda. Mereka turut berselindung dibalik jamuan makan malam dan jualan meja untuk mengutip wang rakyat dan disalurkan kedalam kantung parti.

Jika di teliti DAP sebenarnya banyak menyembunyikan perkara penting daripada pengetahuan rakyat berkaitan sumber dana mereka.Sampai bila DAP mahu menipu rakyat dengan pelbagai alasan dan penafian.

Rakyat Pulau Pinang telah kehilangan tapak warisan mereka kerana kerakusan DAP dan kini tiada apa yang mampu dilakukan kerana semuanya telah terlambat dan Guan Eng mampu tersenyum kerana sebahagian dari percaturan DAP telah berjaya dilaksanakannya.

Rakyat perlu menolak kehadiran DAP dalam politik Malaysia kerana parti tersebut hanya mahu memuaskan nafsu politik mereka dan bukannya menawarkan keselesaan kepada rakyat dan negara.
  • PRU14.tv

Suspek Pembunuh Amin Beyond Dapat Ditangkap?


20160214_213022

Kes pembunuhan aktivis Melayu Pulau Pinang, Syed Amin Jainul Abidin memang benar-benar menggemparkan negara. Manakan tidak, beliau ditembak berkali-kali pada awal pagi minggu lalu atas sebab yang sehingga kini masih menimbulkan banyak tanda tanya banyak pihak.
Allahyarham yang dikenali sebagai aktivis Melayu yang paling lantang bersuara menentang kebiadaban Kerajaan DAP Pulau Pinang menindas penduduk Melayu di Pulau Pinang. Kematian Allahyarham Syed Amin ini nyata diratapi oleh ramai pihak memandangkan cara Allahyarham menemui ajalnya.


FB_IMG_1455449935931_1

Secara tiba-tiba telah menjadi viral dilaman-laman sosial Facebook dan Whatsapp hari ini bahawa pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah berjaya menahan seorang suspek pembunuh Syed Amin. Suspek berketurunan Melayu ini dikatakan ditahan di rumahnya.

Mengikut maklumat yang diviralkan berkenaan, semasa serbuan, pihak PDRM berjaya menemui sepucuk pistol jenama Glock 18C Austria 9X19 Austria berwarna Hitam, bernombor siri ESR 315 tanpa kelopak (megazine) dan peluru di rumahnya semalam.

Suspek yang berusia 25 tahun ini dipercayai mempunyai 2 rekod kesalahan lampau dimana dikehendaki oleh Balai Polis Bukit Jelutong dan dan Kepong. Namun begitu, tidak dapat dipastikan kesahihan maklumat yang sedang disebarkan di media sosial sejak hari ini.

Andai benar pihak PDRM berjaya memberkas suspek berkenaan, ini adalah kejayaan terhebat PDRM yang dapat menyelesaikan kes berprofil tinggi yang telah banyak menimbulkan persepsi sejak kejadian berkenaan.

Sumber

Sultan Johor Pandu Sendiri Kerata Api Dari JB ke Segamat


sultan-johor-pandu-keretapi

Sekitar jam 9.45 pagi hari ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memandu sendiri kereta api untuk kali kesembilan dari Stesen JB Sentral ke Segamat.
Tuanku dilaporkan berangkat dari Istana Pasir Pelangi dan tiba di Stesen JB Sentral kira-kira jam 9.30 pagi.

Sumber Berita Harian melaporkan, baginda memandu tren sewaan khas bagi perjalanan Johor Bahru-Kuala Lumpur dengan diiringi dua pemandu lokomotif Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Mohd Kamal Asmawi dan Supawi Ismail.

Sebelum memulakan perjalanan, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin telah mengetuai bacaan doa sebelum tren berkenaan memulakan perjalanan.

Perjalanan yang mengambil masa kira-kira empat jam itu menelusuri lapan stesen KTMB itu membabitkan tren enam gerabak dengan anggaran jarak sejauh 180 kilometer.

Untuk rekod, Sultan Johor memiliki lesen memandu kereta api Kelas 26 sejak 28 Jun 2010. Disepanjang perjalanan itu juga, baginda turut meninjau keadaan kebersihan dan kemudahan pengangkutan di laluan rel demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.


Sumber