Thursday, February 11, 2016

Aktivis Pembela Nasib Melayu Pulau Pinang Maut Ditembak

Allahyarham salah seorang aktivis yang turun ke komtar membela orang dalam kesusahan. Semoga Allah tempatkan Roh beliau di tempat orang orang yang beriman.- Persatuan Muka Buku Pulau Pinang.

GEORGETOWN: Seorang tauke restoran nasi kandar dan pengusaha kedai cuci kereta maut ditembak lima das dari jarak dekat oleh dua lelaki tidak dikenali di Jalan Datuk Keramat, di sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta Mercedes Benz dipercayai berhenti di depan sebuah kedai motosikal sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zakaria Ahmad, berkata seorang daripada suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu. 

Beliau berkata, empat das tembakan mengenai badan peniaga berkenaan dan satu das lagi mengenai bahagian kepala, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi. Suspek juga, katanya, turut melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), yang sedang bertugas mengawal premis perniagaan berdekatan, namun tersasar. 

"Siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dilakukan bagi mengenal pasti motif serangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi.






1 comment:

  1. Salam Takziah buat keluarga beliau...Al Fatihaha..

    Mohon jasa baik pihak tuan pautkan link blog saya yang kerdil ini

    http://zulcomz.blogspot.my/

    terima kasih

    ReplyDelete