Thursday, February 11, 2016

Pengusaha Restoran Syed Amin Seperti Tahu Saat Kematiannya, Seperti Status Di Facebook



Pemilik restoran nasi kandar yang juga merupakan pemilik sebuah pusat cucian kereta, Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut pagi tadi akibat ditembak sebenarnya seperti sudah tahu tragedi berkenaan akan menimpanya.

Di dalam status laman Facebook beliau bernama Amin Beyond, telah memuatnaik satu status bersama gambar satu kejadian tembakan dalam kereta dimana dia meramalkan perkara yang sama mungkin akan menimpa dirinya suatu hari nanti.

Menerusi gambar dan status tersebut, Syed Amen menyatakan bahwa dia tidak takut kerana baginya hidup dan mati adalah ketentuan Allah.

Beliau memuatnaik status berkenaan kerana pernah menerima ugutan sedemikian atas kerja-kerja yang dilakukannya.

Menurut sumber beliau adalah seorang aktivis yang aktif membantu penduduk Pulau Pinang dan berdasarkan laporan sebuah akhbar, pada 2014 dua buah kereta di dalam premis kedai mencuci kereta miliknya telah dibakar.

Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Ikon Bumiputera pada tahun 2008.
Syed Amen ditembak mati ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya kira-kira jam 3.30 pagi tadi di hadapan sebuah kedai pameran motosikal berkuasa tinggi di George Town.




1 comment:

  1. Sepatutnya kena tahan Lim Guang Eng dan siasat kongsi gelap mana yang bernaung dibawah DAPig penang skrg.

    Penang Polis xdak kuasa maa.. Kongsi Gelap cina ada banyak kuasa.. tokong Lim sudah promise!

    Sapa lawan tokong Lim..lu measti kena maaa..ckp banyak tkmau laa...

    aci siasat la life behind lim guang eng.. mesti kena punya... cuma Melayu je bodoh.. lembab.. kena pulak Melayu jahanam spt Melayu2 penjilat ketom permatang pauh.. Rashid Timb menteri dan Malik Kassim munapik tu..
    Nasib baik ada india Muslim atau mamak yg masih berani lawan dan pertahankan islam dan bumiputera di Penang..

    Melayu betol mana ada telor maaa

    ReplyDelete