Siapa
individu sebenar dalam skandal Gerbang Selangor yang membuat Azmin
berdiam diri hingga hari ini dan enggan mendedahkan penderma Rm9.8
juta.
Rm9.8
juta yang digembar gemburkan sebagai dana penderma hanyalah helah PKR
mengalih perhatian rakyat Selangor dari isu yang melanda kepimpinan
PKR mentadbir Selangor. Dengan ketirisan dalam perbelanjaan negeri
yang diuruskan PKR, maka Azmin perlu memikirkan strategi untuk
menutup kelemahannya yang mengambilalih pentadbiran Selangor selepas
menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tindakan
Adun Taman Medan, Haniza Talha yang turut bersekongkol dengan Azmin
ternyata menjadi tanda tanya kepada rakyat Selangor. Mungkin wujud
satu hubungan yang tidak diketahui antara mereka untuk membolot hasil
dari keuntungan projek berkenaan dan mengagihkan sebahagian dari laba
kepada parti sekutu.
Presiden
PKR tidak langsung mengulas mengenai ketelusan pemberian tender
projek Pintu Gerbang Selangor sepatutnya dipersoalkan oleh ahli parti
itu sendiri. Slogan Pakatan Rakyat yang menjanjikan ketelusan dalam
setiap urusan mereka kini semakin pudar akibat mabuk kuasa setelah
berjaya mengekalkan kedudukan di Selangor selama dua penggal.
Tony
Pua yang dikenali sebagai individu yang lantang dalam PAC mengenai
isu 1MDB juga tidak mengulas akan harga yang diluluskan untuk
mengecat Gerbang yang memisahkan Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Tidak dapat dipastikan mengapa Pua yang lancang mengkritik 1MDB tidak
bertindak sama dalam isu yang membabitkan PKR Selangor.
Pua
juga enggan mengulas mengenai siapakah penderma yang Haniza maksudkan
sebagai pembiaya projek berkenaan. Apakah Rm9.8 juta yang didahulukan
kerajaan Selangor (menurut Haniza akan dibayar semula oleh penderma)
itu terlalu kecil untuk Pua bersuara atau beliau dijanjikan habuan
untuk menutup mulut.
Tidakkah
tindakan DAP yang tidak mempersoalkan ketelusan PKR meluluskan
peruntukan sejumlah hampir Rm10 juta seperti menyorokkan sesuatu dari
pengetahuan rakyat Selangor.
Sebenarnya
apa muslihat Azmin enggan mendedahkan indvidu misteri di sebalik nama
penderma skandal Gerbang Selangor. Tidak dipastikan sejauh mana
manafaat projek yang membazirkan jutaan ringgit wang rakyat Selangor
semata mata untuk Pintu Gerbang.
Mana
ketegasan SPRM menyiasat perkara ini? Kalau isu novel lucah yang
tidak seberapa harganya pun SPRM mahu siasat mengapa skandal sebesar
ini hanya di pandang sebelah mata.
Aspek
keselamatan tidak di peduli oleh kontraktor yang bertanggungjawab
hingga terjadi kejadian menggantung mayat di pintu gerbang tersebut.
Kelemahan yang ketara ini dikatakan berpunca dari kontraktor yang
terpaksa membayar sejumlah wang kepada kerajaan Selangor semata mata
untuk memenangi tender pintu gerbang.
Individu
yang dikatakan sebagai penderma tidak pernah disiasat oleh SPRM
mengenai kekayaannya sehingga sanggup membiayai hingga Rm9.8 juta.
Tindakan berdiam diri pihak SPRM pula dikaitkan dengan penglibatan
salah seorang individu berpengaruh dalam agensi tersebut dengan parti
pembangkang. Malah negara telah digemparkan dengan pembongkaran
mengenai seorang isteri kepada seorang pengarah siasatan yang
menyalurkan maklumat tidak sepatutnya kepada umum mengenai siasatan
yang sedang dijalankan.
Malah
lebih memburukkan keadaan, PKR merancang untuk mengadakan ‘road
tour’ untuk membebaskan Anwar dan ini akan memakan belanja yang
besar. PKR pasti akan menagih simpati dari penderma untuk meneruskan
agenda peribadi keluarga Presiden PKR dan ini menjadi beban kepada
penderma.
Adakah
wujud unsur larikan diri dari cukai apabila Projek Pintu Gerbang yang
memakan belanja RM9.8juta dilihat menggunakan kaedah rebat mengelak
cukai yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan?
Adakah
skandal Pintu Gerbang ini ada kaitan dengan skandal DEIG yang
menggemparkan negara tidak lama dahulu?
Mengapa
Umno Selangor tidak mendesak Azmin menjelaskan pembaziran wang rakyat
yang dilakukan kerajaan PKR dalam skandal Gerbang Selangor.
SPRM
pula seperti bersekongkol dengan pembangkang dalam hal yang
membabitkan skandal wang rakyat. Mungkinkah ada rangkaian dalaman
SPRM yang memantau isu membabitkan pembangkang Malaysia dari disiasat
secara telus.
Pembangkang
dalam Dewan Undangan Negeri Selangor perlu meminta Azmin menjelaskan
perkara sebenar skandal Rm9.8 juta Gerbang Selangor dan mendesak SPRM
membuka kertas siasatan pembaziran wang rakyat yang dilakukan PKR
Selangor.
Beranikah
pihak SPRM mengambil tindakan tegas kepada PKR Selangor dan menjaga
intergriti agensi tersebut.
Bolehkah
kerajaan menggunakan duit rakyat untuk menderma dan si penderma
membayar kemudian?
Baca aritel seterusnya di sini
No comments:
Post a Comment