Murysidul
Am PAS Datuk Haron Din antara yang hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Induk Majlis Perundingan Islam (MPI) dipengerusikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Putrajaya hari ini.
Turut
hadir Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin, Presiden Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA) dan bekas pemimpin kanan PAS yang kini memimpin
Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharuddin Md Isa.
Pertemuan
itu diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook beliau hari ini.
Asyraf
Wajdi berkata pertemuan pemimpin-pemimpin politik, NGO Islam, ulama
dan cendekiawan Islam itu bertujuan membincangkan perkara-perkara
melibatkan kepentingan umat Islam.
Beliau
tidak mendedahkan perbincangan lanjut pertemuan itu.
Bagaimanapun
menurut sumber Zahid sebagai menyentuh isu “dakwah Internet” dan
penularan ajaran sesat serta ideologi barat seperti liberalisme.
Zahid
yang juga menteri dalam negeri berkata, ledakan media baharu dikenal
pasti antara punca berlakunya pelbagai krisis dalam masyarakat.
“Kita
dapati sebahagian isu-isu bersifat terpencil sering kali
diperbesarkan untuk memburukkan imej Islam dan melakukan ‘pembunuhan
karakter’ terhadap institusi agama, ketua jabatan agama, para mufti
dan juga ilmuwan Islam,” katanya.
Beliau
juga dilapor membangkitkan penularan “ajaran sesat seperti Syiah
dan Qadiani” yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
MPI
dianggotai tokoh pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli
akademik, tokoh korporat dan pemimpin NGO.
Ia
berperanan sebagai kumpulan pemikir bagi membantu kerajaan dalam
memberikan idea dan cadangan ke arah melaksanakan agenda pembangunan
negara menurut landasan syarak.
PAS
sebelum ini menyatakan kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana
pihak demi kepentingan Islam, termasuk Umno.
No comments:
Post a Comment