Ada orang bertanya kepada saya mengenai artikel RPK, terutamanya mengenai Petronas ‘bail out’ syarikat milik Mirzan Mahathir.
“‘Pada
tahun 1998, Anwar menjelaskan bagaimana beliau telah membangkitkan
kemarahan Dr Mahathir apabila beliau enggan meluluskan RM2 bilion
duit pembayar cukai untuk melakukan ‘bail out’ syarikat milik
anak Perdana Menteri itu. Malah, Dr Mahathir sendiri yang mengesahkan
perkara
ini apabila beliau berkata anaknya meminta RM2 bilion tetapi Anwar
hanya bersetuju untuk meluluskan RM1 bilion. Maka anak beliau rugi
‘RM1 bilion’ dan Dr Mahathir marah. Tetapi kemudian Petronas
telah mencatatkan keuntungan yang sangat besar terhadap ‘kerugian’
RM1 bilion anaknya, tambah Dr Mahathir.”
Saya
tak pasti sama ada benar beliau telah meminta RM2 bilion tetapi hanya
diberikan RM1 bilion oleh Anwar yang merupakan Menteri Kewangan
ketika itu, tetapi saya berpendapat yang syarikat tersebut telalu
strategik untuk tidak di ‘bail out’ kerana ia merupakan pembekal
perkhidmatan logistik yang penting dan mempunyai pegangan pasaran
kedua terbesar.
Apabila
mengkaji lebih dalam mengenai perkara ini, saya tak fikir ‘bail
out’ merupakan isu pokok, tetapi apa yang berlaku sebelum ‘bail
out’ itu lebih menarik. Ini ceritanya:
Pada
tahun 1992 pada usia 32 tahun, Mirzan Mahathir telah memperolehi 60%
saham di dalam Konsortium Perkapalan Berhad (KPB), yang ketika itu
adalah syarikat pengangkut kontena bersaiz sederhana.
Tahun-tahun
berikutnya, pegangan beliau di dalam syarikat tersebut telah mencapai
72%.
Dalam
tempoh 3 tahun pada tahun 1995, Mirzan kemudiannya membeli syarikat
perkapalan yang sangat menguntungkan Perbadanan Nasional Shipping
Line (PNSL Bhd) dengan mengambil alih saham dari pemegang saham
terbesar syarikat pegangan kerajaan PERNAS (sekarang dipanggil PNS)
dan pemegang saham kedua besar Malaysia Helicopter Service (yang
dimiliki oleh proksi UMNO Tajuddin Ramli – orang yang sama yang
membeli MAS).
Harga
yang dibayar beliau pada tahun 1995 itu adalah RM247 juta – yang
dikatakan di bawah harga pasaran.
Kemudiannya,
Mirzan dikatakan telah membeli 20% pegangan di dalam Diperdana Bhd
iaitu syarikat pengangkutan kontena (menggunakan lori) ketiga
terbesar di Malaysia dari Danny Tan (adik Vincent Tan) melalui PSM
Trading Sdn. Bhd yang kurang dikenali.
Beliau
kemudiannya menyenaraikan KPB pada awal tahun 1996 dan harga saham
melonjak naik apabila khabar angin tersebar mengatakan beliau akan
membeli MISC dan mendapat hak penswastaan West Port. Nilai Mirzan
ketika itu dianggarkan RM1.78 bilion.
Urusniaga
berikutnya yang telah menyebabkan beliau terjerumus dengan masalah.
Beberapa
bulan selepas penyenaraian, KPM membeli Pasific Basin Shipping Bulk
Ltd yang berpangkalan di Hong Kong pada harga USD240 juta dan juga
mengambil-alih hutang Pacific bernilai USD224 juta. Ketika itu USD1
bersamaan dengan RM2.50.
Perjanjian
ini dibiayai oleh pemiutang luar negara di dalam matawang asing.
Apabila
Krisis Matawang Asian melanda pada tahun 1997, USD1 melonjak dengan
sangat tinggi pada kadar USD1=RM4.88. Dan hutang asing yang diambil
oleh KPB untuk membeli Pacific membesar dengan mendadak. RM1.1 bilion
menjadi RM2 bilion.
Ekonomi
Malaysia jatuh dengan teruk, kadar faedah bank melambung tinggi. Ini
bermakna syarikat tersebut mengalami kesukaran untuk memenuhi
komitmen hutangnya dan perlu di ‘bail out’ atau akan menghadapi
risiko bangkrap.
Kemudian
pada Mac 1998, Petronas, melalui MISC telah membeli Pacific Basin
pada harga USD55 juta (yang dibeli oleh KPB dengan harga USD240 juta
setahun setengah sebelum itu).
Penganalisa
menyifatkan harga Pacific Basin itu rendah tetapi ianya adil dengan
mengambil kira kesukaran yang akan dialami oleh syarikat itu
berikutan dari krisis ekonomi yang melanda Asia.
Bahagian
seterusnya perjanjian ini yang bagi saya sangat bermasalah.
Petronas,
melalui MISC, membeli semula PNSL Bhd. pada harga USD165 juta.
Harga
beliannya adalah dalam matawang dolar, dan bukan ringgit walaupun
syarikat itu adalah syarikat tempatan dan kedua-dua penjual dan
pembeli adalah warga tempatan – yang bermakna ianya jelas jumlah
ini digunakan untuk melangsaikan hutang dolar luar negara yang
diambil untuk membeli Pacific Basin.
Berdasarkan
kadar tukaran dari RM4.00-RM4.83, ini bermakna Petronas telah membeli
PNSL pada harga RM710 juta – sebuah syarikat yang dibeli Mirzan
tiga tahun sebelumnya pada harga RM257 juta – yang memberikan
keuntungan tunai RM500 juta dalam masa 3 tahun (ini berlaku hampir 20
tahun lepas – hari ini, pada harga hari ini, keuntungan tersebut
dengan mudah boleh mencecah lebih RM1 bilion).
Penganalisa
berkata harga belian PNSL itu adil kerana syarikat itu mempunyai
kontrak harga tetap dengan pelbagai agensi kerajaan.
Memandangkan
status terdahulu PNSL sebagai syarikat milik kerajaan pada ketika
itu, ianya mempunyai kontrak tetap mengangkut arang batu untuk TNB,
simen untuk Kedah Cement, keluli untuk Perwaja Steel, LNG untuk
Petronas dan beras untuk BERNAS.
Malah
dalam situasi ekonomi paling teruk pada tahun 1998 sekalipun, PNSL
masih dinilai pada harga 3 kali ganda lebih tinggi berbanding ketika
ianya dibeli oleh Mirzan 3 tahun sebelumnya – yang jelas menujukkan
yang PNSL dibeli Mirzan pada harga di bawah harga pasaran dari PERNAS
milik kerajaan.
Dalam
era media sosial sekarang, urusniaga teruk seperti ini pasti tidak
akan berlaku. Bayangkan jika Riza Aziz mengambil alih MISC dari
kerajaan hari ini pada 1/3 dari harga sebenar dan menjualnya kembali
kepada kerajaan dengan harga 3 kali ganda?
Walaupun
ianya bukan rasuah, jelas terdapat elemen penyalahgunaan kuasa.
Selain
dari KPB, pada tahun-tahun tersebut Mirzan jugak mengawal beberapa
lagi syarikat senaraian awam seperti Pelikan Bhd dan Dataprep-Solsis
dan mempunyai pegangan saham yang tinggi di dalam syarikat seperti
Artwright Holdings, Chocolate Products – tetapi itu cerita lain
untuk kemudian hari.
July
3, 1996 WSJ: http://www.wsj.com/articles/SB836340190115850500
May
1, 1998 WSJ: http://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500
Oleh
Lim Sian
See,https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1725231524362301
{ Artikel Penuh }
APA la admin ni.. Mamat RPK ni pun nak percaya...cari makan dgn memfitnah
ReplyDeletemangkuk ini cerita betul lah...samada kau belum lahir or masih pakai diapers dan sah2 belum sunat tu sbb tak tau cerita ni
DeleteIni bukan cerita RPK, ini cerita masa Anwar di pecat. Bodoh ler cai kalau fitnah derma jadi rasuah tu boleh telan idup2.
ReplyDeleteIni ceria bail out dan main saham besar2 ni dokumentasi semua lengkap.
Cuma zaman Madey Patail Gani tk buat kes. Lapor lah byk2 pon laporan polis. Silap2 org yg lapor tu kena tangkap ISA.
Skrg Madey tgh aturkan plan baru dgn jatuhkan Najib melalui negeri2. Skrg cai kuli batak terbaru ialah Samseng Kijal Mat Said.
Semua ini krn apa? skrn dendam Madey kerana legasinya utk tetapkan Mokeris sbg Pii Emm gagal.
Gagal semasa pemilihan Ketua Pemuda UMNO di tangan KJ.
Gagal di Kedah di tangah Mat Bashah
Skrg Madey tkde pilihan dgn join dapig utk lemahkan UMNO dr luar manakala mokeris akan lemahkan UMNO dr dalam dgn parasit2 trhormat- Mohedin dan Shapei Apdal!
Jaminan Pengganti PM lebih baik? (Sinar Harian 7.3.16)
ReplyDeleteApa jaminan pengganti Najib akan menjadi Malaysia lebih baik? Inilah yang perlu difikirkan. Justeru, berhati-hatilah agar tidak terpedaya dengan perancangan licik ultra kiasu sama ada yang Islam atau tidak. Apakah kita sudah buta dengan matlamat menghalalkan cara ultra kiasu untuk mengaburi mata kita?
Ultra kiasu sedar, raja atau rakyat Malaysia tidak akan menerima ultra kiasu Cina sebagai PM. Namun, mereka sudah bersedia dengan calon ultra kiasu Melayu. Malangnya, ultra kiasu Melayu masih tidak sedar mereka diperalatkan. Jika adapun yang sedar, kuasa itu lebih utama daripada yang lain meskipun terpaksa menjadi boneka.
.....
berapa ramai di'sihir' dan dibodohkan oleh fitanh dan gerakan mahazalim madey ini utk mencapai cita2 besar politiknya untuk naikkan anaknya sbg PM... apakah malaysia akan lebih baik dengan legasinya atau rakyat akan ditipu sekali lagi dengan segala bana bntuk rompakan melalui dasar penswastaan ala penyamun itu?