Untuk
menguasai kuasa di Malaysia, DAP tahu mereka hanya perlu
menjahanamkan UMNO dan apa-apa sahaja institusi berasaskan
Melayu-Bumiputera. Matlamat DAP untuk menguasai PRU-13, sudah semakin
berjaya setelah mereka berjaya memecah-belahkan satu lagi parti
Melayu iaitu PAS menjadi Parti Amanah Negara selain menimbulkan
kecurigaan dan syak wasangka di dalam parti
tersebut.
Masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan DAP sekarang ini, telah berjaya disembunyikan dengan berita-berita membabitkan Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir, Muhyiddin Yassin, Perhimpunan Anti Najib 27 Mac dan gelagat para penyokong PROTUN yang cukup yakin dapat menggulingkan Najib Abdul Razak dalam tempoh yang terdekat ini.
Secara tiba-tiba berita tentang Lim Guan Eng dan gaya hidup mewah Betty Chew hilang dari radar apabila tumpuan diberikan kepada perpecahan dalam UMNO dan cita-cita serta harapan untuk melihat UMNO ruyup dalam tempoh terdekat.
Isu-isu membabitkan penyelewengan wang yang sangat besar oleh Lim Guan Eng, penambakan laut, pembayaran terlebih nilai serta pembayaran besar yang dibuat untuk kerja-kerja tidak bermutu bahkan menjadi lelucon seperti laluan sesikal di atas laluan pejalan kaki dengan menggunakan cat murah, selain pembotakan puncak bukit dan penjahanaman alam sekitar di Pulau Pinang, langsung tidak lagi disentuh dan dilupakan begitu sahaja.

Lim
Kit Siang terus bercakap tentang pertemuannya dengan Mahathir
untuk menggulingkan Najib Abdul Razak. Para pemimpin DAP
bertaraf anak-anak ikan pula terus bercakap tentang perkara-perkara
remeh termasuklah harga roti canai walaupun kawasannya di Kelang
merupakan antara penghidap demam denggi tertinggi
di Malaysia.
Begitu juga dengan penghinaan yang dibuat oleh para pemimpin DAP ke atas ibadah umrah Najib Abdul Razak walaupun mereka sebenarnya amat memusuhi Islam.
Kerja DAP dan Kit Siang nampaknya sudah hampir selesai. DAP terselamat sekali lagi!!!

{Baca berita asal di sini}
No comments:
Post a Comment