Sesuatu
yang kurang diperkatakan sekarang tentang Mahathir adalah tentang
MALUnya dia, TERCALARNYA EGO, bahkan Mahathir baru sedar bahawa
selama ini, ketika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22
tahun, integriti dan kredibilitinya di kalangan para pemimpin negara
Arab, khususnya Arab Saudi tidak setanding langsung dengan Najib
Abdul Razak.
Ketika
memuncak kepercayaan bahawa Najib Abdul Razak telah menyonglap duit
1MDB sebanyak RM2.6 bilion dan dimasukkan ke dalam akaun peribadinya,
segala penafian yang diberikan, langsung tidak diterima. Malah
pemberitahuan bahawa wang tersebut datangnya dari keluarga diraja
Arab Saudi dianggap sebagai satu bahan jenaka terutama apabila Dr
Mahathir sendiri menyatakan, TIDAK ADA RAJA ARAB GILA YANG AKAN
MEMBERIKAN DERMA BERBILION RINGGIT KEPADA NAJIB ABDUL RAZAK.
Mahathir
cuba menjadikan dirinya sebagai contoh bagaimana kedekutnya raja-raja
Arab untuk membantunya dalam bentuk kewangan walaupun dalam beberapa
isu termasuklah penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Kuala
Lumpur, derma-derma turut datang dari negara-negara Arab.
Tidak
seperti Mahathir dalam tempoh 6 tahun pertama sebagai Perdana
Menteri, Najib Abdul Razak mempunyai hubungan yang amat rapat,
khususnya dengan keluarga Diraja Arab Saudi.
Pengesahan
daripada sumber-sumber keluarga diraja Arab Saudi sendiri bahawa
derma tersebut datangnya dari mereka, nampaknya cuba diherotkan oleh
penyokong Mahathir dan Mahathir sendiri. Sukar untuk mereka menerima
kenyataan bahawa Najib menerima dana bantuan untuk pilihanraya bagi
pihak UMNO untuk menentang Pakatan Rakyat pada 2009-2013 pada ketika
Pakatan Rakyat menerima bantuan mencurah-curah dari pihak asing.
DOSA
TERBESAR NAJIB adalah merampas semula kemewahan yang telah
dianugerahkan oleh Mahathir kepada kroninya selama lebih dua dekad.
Kini,
Mahathir melahirkan keazamannya untuk bekerja dengan pihak
pembangkang untuk tujuan terus menyerang Najib dan membuktikan
keegoannya mengatasi segala-galanya.
"Saya
akan bekerja dengan sesiapa sahaja. Malah saya akan bekerja dengan
pembangkang sekiranya ia adalah satu kebaikan kepada negara,"
katanya dalam video interview dengan Bloomberg Business apabila
ditanya sama ada dia mahu bekerjasama dengan bekas pemimpin
pembangkang, Anwar Ibrahim pada masa hadapan.
Bekas
Perdana Menteri itu juga berasakan pembangkang akan memenangi
Pilihanraya Umum 2018. Mahathir juga berkata Barisan Nasional akan
kehilangan lebih banyak sokongan pada PRU akan datang sekiranya Najib
Abdul Razak kekal sebagai Perdana Menteri.
Semasa temuramah, Mahathir mengulangi pendiriannya bahawa siasatan ke atas 1MDB perlu dibuka semula dan pengakuan Najib yang dia tidak bersalah, tidak boleh diambil kira.
Semasa temuramah, Mahathir mengulangi pendiriannya bahawa siasatan ke atas 1MDB perlu dibuka semula dan pengakuan Najib yang dia tidak bersalah, tidak boleh diambil kira.
Agak
malang kerana kerugian ratusan bilion ringgit wang negara yang dibuat
oleh Mahathir sepanjang dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun,
tidak pernah disentuhnya. Malah Mahathir langsung tidak mendesak agar
siasatan dibuat termasuklah isu-isu membabitkan penganugerahan
projek-projek besar kepada kaum kroninya selain anak-anak
lelakinya.
Kata Mahathir, sepanjang dia menjadi Perdana Menteri, memang terdapat masalah politik tetapi tidak seperti mana yang dihadapi oleh negara sekarang ini... SESUATU YANG SEDANG DIDUSTAI OLEH MAHATHIR MEMANDANGKAN MALAYSIA BEBERAPA KALI HAMPIR MUFLIS di bawah Mahathir sepanjang 22 tahun pentadbirannya berbanding isu-isu yang sengaja ditimbulkan oleh Mahathir ke atas Najib Abdul Razak.
Ego Mahathir jelas apabila walaupun terdapat penjelasan dan pengakuan daripada Arab Saudi sendiri bahawa wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah wang derma keluarga diraja tersebut, Mahathir masih tidak dapat mempercayainya kerana dia sendiri bukannya seorang jujur. Sukar untuk orang sepertinya menerima kenyataan apabila ada orang yang menerima wang derma yang cukup banyak, menggunakan sebahagian dan kemudian memulangkan bakinya kepada Arab Saudi semula.
Mahathir kata, dakwaan tersebut perlu dibuktikan dengan bukti-bukti berdokumentasi... sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun apabila ianya membabitkan DERMA! Sama seperti dia menerima derma daripada YTL atau Vincent Tan dan Ananda Krishnan, tidak ada dokumentasi yang dijadikan bukti.
Mahathir semakin jauh daripada realiti. Malah Mahathir semakin malu kerana dia sebenarnya tidaklah sehebat mana berbanding Najib di mata keluarga diraja Arab Saudi yang secara berterus-terang memberitahu, mereka telah menderma sejumlah wang kepada Najib secara peribadi untuk politik UMNO pada PRU-13.

{Baca berita asal di sini}
No comments:
Post a Comment