Thursday, March 3, 2016

Gabungan “UMNO” & Pembangkang, Ujian Getir Najib Razak

muhyiddin anti najib

Apa yang sedang dialami oleh Perdana Menteri Najib Razak, sememangnya amat memeritkan dan penuh dengan liku serta ranjau dalam cita-citanya menjayakan Wawasan 2020, di samping terus membina negara sebaik mungkin.

Betapa tekanan yang diterimanya kini, tiada siapa yang boleh merasai, melainkan susuk tubuh yang bernama Najib Razak. Serangan demi serangan diterimanya tanpa henti, sejak bergelar Timbalan Perdana Menteri lagi.

Bukan kecil anak, serangan yang diterima oleh beliau tidak hanya secara domestik, malah ianya membabitkan gerakan antarabangsa yang dipelopori media-media barat, walhal mereka inilah yang selama ini digelar sebagai "congenital liars" oleh mantan kepada mantan perdana menteri, merangkap bekas kepada bekas, bekas ahli UMNO yang masih berbekas hatinya mungkin gara-gara enggan menurut "you must follow what i tell you, not what i did".

Sedar tidak sedar, musuh-musuh yang nyata kepada UMNO dan Presidennya tidak hanya berlegar di luar "circle", tetapi juga sudah mekar dan menjalar di dalam parti itu sendiri secara terang-terangan.

Buat pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia, kita bakal melihat bagaimana orang-orang "UMNO" sendiri sangggup menjilat kembali ludah-ludah mereka kepada DAP, lantas mewujudkan gerakan untuk menumbangkan Perdana Menteri dipilih melalui sistem pilihanraya yang telus dan adil selaras dengan Perlembagaan negara.

Sedang ada pihak di dalam UMNO sendiri, termasuk yang sudah keluar dari UMNO, memilih untuk memohon pertolongan dengan kafir harbi DAP, dan golongan liberal serta pro LBGT,  Perdana Menteri Najib Razak pula memohon pertolongan dari Allah.

Semoga doa-doa Perdana Menteri Najib Razak yang baru pulang dari ibadah umrah di tanah suci dimakbulkan oleh Allah, dalam usahanya mempertahankan kerajaan pimpinannya yang sedang dihujani dengan pelbagai fitnah.

Sewaktu ditanya oleh anak muridnya, tentang siapakah pemimpin yang perlu ditaati atas landasan Islam yang betul, seraya menjawablah Imam As Syafie;

"Kalau kamu ingin mengetahuinya, kamu carilah pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu kerana sesungguhnya dia sedang berjuang di jalan yang benar"


Waallahua'alam.



{berita asal di sini}

No comments:

Post a Comment