Apa
yang sedang dialami oleh Perdana Menteri Najib Razak, sememangnya
amat memeritkan dan penuh dengan liku serta ranjau dalam cita-citanya
menjayakan Wawasan 2020, di samping terus membina negara sebaik
mungkin.
Betapa
tekanan yang diterimanya kini, tiada siapa yang boleh merasai,
melainkan susuk tubuh yang bernama Najib Razak. Serangan demi
serangan diterimanya tanpa henti, sejak bergelar Timbalan Perdana
Menteri lagi.
Bukan
kecil anak, serangan yang diterima oleh beliau tidak hanya secara
domestik, malah ianya membabitkan gerakan antarabangsa yang
dipelopori media-media barat, walhal mereka inilah yang selama
ini digelar sebagai "congenital liars" oleh mantan kepada
mantan perdana menteri, merangkap bekas kepada bekas, bekas ahli UMNO
yang masih berbekas hatinya mungkin gara-gara enggan menurut "you
must follow what i tell you, not what i did".
Sedar
tidak sedar, musuh-musuh yang nyata kepada UMNO dan Presidennya tidak
hanya berlegar di luar "circle", tetapi juga sudah mekar
dan menjalar di dalam parti itu sendiri secara terang-terangan.
Buat
pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia, kita bakal melihat
bagaimana orang-orang "UMNO" sendiri sangggup menjilat
kembali ludah-ludah mereka kepada DAP, lantas mewujudkan gerakan
untuk menumbangkan Perdana Menteri dipilih melalui sistem pilihanraya
yang telus dan adil selaras dengan Perlembagaan negara.
Sedang
ada pihak di dalam UMNO sendiri, termasuk yang sudah keluar dari
UMNO, memilih untuk memohon pertolongan dengan kafir harbi DAP, dan
golongan liberal serta pro LBGT, Perdana Menteri Najib Razak
pula memohon pertolongan dari Allah.
Semoga
doa-doa Perdana Menteri Najib Razak yang baru pulang dari ibadah
umrah di tanah suci dimakbulkan oleh Allah, dalam usahanya
mempertahankan kerajaan pimpinannya yang sedang dihujani dengan
pelbagai fitnah.
Sewaktu
ditanya oleh anak muridnya, tentang siapakah pemimpin yang perlu
ditaati atas landasan Islam yang betul, seraya menjawablah Imam As
Syafie;
"Kalau kamu ingin mengetahuinya, kamu carilah pemimpin yang banyak panah-panah fitnah menuju kepadanya maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu kerana sesungguhnya dia sedang berjuang di jalan yang benar"
Waallahua'alam.
{berita
asal di sini}
No comments :
Post a Comment