Pengerusi
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, Laporan
Akhir Pengauditan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbeza seperti
Laporan Akhir Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun.
Pengerusi
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini
mengesahkan Laporan Akhir Pengauditan syarikat 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) bukan dokumen rahsia sebaik sahaja laporan PAC berhubung Kawalan
Pengurusan Urus Tadbir 1MDB dibentangkan di Parlimen.
Beliau
berkata, laporan berkenan berbeza seperti Laporan Akhir Ketua Audit Negara yang
dibentangkan di Parlimen setiap tahun.
“Pada
Mesyuarat hari ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menjelaskan selepas
Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB dibentangkan ke
Parlimen, Laporan Akhir Pengauditan 1MDB tidak lagi menjadi dokumen rahsia
rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,” kata Hasan dalam satu kenyataan, hari
ini.
Hasan
berkata, PAC ingin menjelaskan wujud kekeliruan berhubung laporan berkenaan
yang diklasifikasikan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah
Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas pembentangan laporan berkenaan Jumaat lalu.
“PAC
ingin menegaskan Laporan Pengauditan 1MDB hanya diklasifikasikan sebagai
dokumen rahsia rasmi sehingga Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus
Tadbir 1MDB dibentangkan ke Parlimen.”
Laporan
ketua audit negara (LKAN) katanya akan dibentangkan ke Parlimen setiap tahun
terlebih dahulu seterusnya menjadikan ia sebagai dokumen awam.
Beliau
berkata, ketua audit negara kemudian membentangkan LKAN kepada PAC, kemudian
jawatankuasa itu memilih beberapa topik dalam LKAN untuk dibincangkan secara
mendalam melalui mesyuarat prosiding.
“Laporan
topik yang dibincangkan PAC itu kemudian dibentangkan kepada Parlimen sebagai
dokumen awam.
“Laporan
Akhir Pengauditan 1MDB dibentangkan terus kepada PAC selaras dengan keputusan
Jemaah Menteri pada 5 Mac 2015 yang mengarahkan Jabatan Audit Negara
melaksanakan pengauditan terhadap 1MDB.”
Beliau
berkata, keputusan untuk mengklasifikasikan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan
1MDB adalah hak ketua audit negara yang mempunyai kuasa perundangan bagi
menjaga kredibiliti dan kerahsiaan Jabatan Audit Negara bagi mengelakkan ia
dibocorkan kepada pihak tidak bertanggungjawab sehingga memberikan persepsi
negatif terhadap Jabatan Audit Negara dan PAC.”
Sehubungan
itu, beliau berkata, rakyat tidak perlu berasa bimbang dan harus yakin dengan
syor serta rumusan laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Urus Tadbir 1MDB
yang dibentangkan ke Dewan Rakyat nanti kerana ia dirumuskan oleh ahli‐ahli PAC terdiri daripada parti
Barisan Nasional dan pembangkang.
No comments:
Post a Comment