Wednesday, March 9, 2016

Usul Tidak Percaya MB Terengganu, Berapa Mahathir Bayar AhmadbSaid?

KUALA TERENGGANU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menolak usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut Datuk Mohd Zuber Embong, usul yang dikemukakan oleh ADUN Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said itu tidak mengikut peraturan ketika mencadangkannya.

Usul undi tidak percaya itu dibuat oleh Ahmad Said ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum sidang berehat.

Speaker menerima usul itu kemudian menangguhkan sidang untuk meneliti usul tersebut mengikut kerangka perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri sebelum ia disambung semula 2.30 petang.

Razif memulakan tugas pada Mei 2014 sebagai menteri besar menggantikan Ahmad yang berundur setelah kemelut pertukaran kepimpinan tertinggi negeri itu.

Ahmad Said ketika itu dilapor membantah pertukaran itu, antaranya kerana ia timbul menjelang majlis perkahwinan anaknya.

Beliau malah mengambil keputusan drastik dengan keluar Umno, tetapi menyertai kembali parti itu tidak berapa lama selepas itu.

Beliau kemudian dilihat bersama dalam beberapa acara dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahatir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB.

1MDB pada mulanya ditubuhkan dengan nama Terengganu Investment Authority (TIA) ketika era kepimpinan Ahmad.

Melihat kepada senario politik semasa, tidaklah mustahil sekiranya perkembangan terkini di Terengganu ini mempunyai hubungkait dengan Tun Mahathir.

Mantan Perdana Menteri itu dilihat dalam keadaan "sangat terdesak" untuk menjatuhkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Masakan Tun M sanggup bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang, apa la sangat kalau berkomplot dengan Ahmad Said ni.

Kesian dekat Tun... daripada hidup disanjung, takut-takut esok lusa mati dihina dan dikeji rakyat Malaysia. Dalam umur yang sebegitu, eloklah sangat bagi Tun melakukan kerja-kerja amal dan beribadah. Tapi..... Najib Razak dan seluruh rakyat Malaysia pun dah cukup masak dengan Tun ni. Sanggup melakukan apa saja janji apa yang dikehendakinya tercapai.

Udah-udah le Tun....

7 comments:

  1. bodohnya tuan blog. habis tu berapa najib bayar untuk jatuhkan mukhriz? jawablah pemakan dedak tegar

    ReplyDelete
  2. Dah mcm mentaliti PKR, sesikit slhkan org.Mesti mkn dedak gred C

    ReplyDelete
  3. Blogger cai pemakan dedak tak habis2 buat fitnah. Dia ingat pembaca suka. Aku sendiri sebagai ahli umno tegar aku dan keluarga bersumpah tidak akan mengundi BN pada pru14 disebabkan fitnah dan spin grombolan cai pemakan dedak.

    ReplyDelete
  4. Berapa Tun M bayar TMY? Berapa Tun bayar Mukriz? Bro, kau ni memalukan lah bro.. Macam inilah, dah berapa lama kes 1MDB ini dah berlangsung? Hak seorang bertanya, hak rakyat yang hendak tahu kenapa ditanya jawabnya lain? Derma yang diterima? Kenapa masuk akaun peribadinya dan tidak diberitahu kepada MT-MT nya.? Adakah duit derma tersebut untuk Najib atau untuk kerajaan yang diterajui oleh UMNO? Jadi, rakyat bukan bodoh, BNM bukan bodoh dan Tun M jauh daripada bodoh.Tun M tak perlu sesiapa untuk jadi dirinya. Lihat Anwar fitnah dia katanya menerima dana daripada Israel. Siapa yang menafikan? Najib? Ada MT yang ke hadapan mengatakan yang dia tahu Dana Derma Billionwan tu? Allah dah berikan akal, pakai. Allah dah berikan hati, pakai. Allah dah berikan nafsu, kawal.

    ReplyDelete
  5. Ramai jugak yg tak senang duduk... mesti baca sampai habis petikan dlm blog...tu yg melatah tak tentu pasal...BAB ngata org no 1... org tu mkn dedak laa...org ni mkn dedak la... mcm la dia tak mkn dedak...selalu nya org kata...bukan aku kata ye!!...yg kata tu lah terlebih mkn dedak...dlm dunia ni semua org nak tunjuk BAGUS...tapi mcm TAIK.....

    ReplyDelete
  6. Semua orang madey rasuah, sprm, bnm, pdrm dan macam2 orang lagi. Lepas tu melalak kononnya negara rasuah. Padahal dia sendiri yg melakukannya. Ingatlah sesungguhnya Allah x tidur dan tahu segalanya. Baik dibalas baik jahat dibalas jahat. Inshallah Najib berjaya mengatasi masalah fitnah dengan pertolongan Allah jua.

    ReplyDelete
  7. Ye x ye lah admin. X de angin x de mendung tiba2 hujan lebat turun mencurah. Ahmad Said ni pun peliklah. Sapalah yg hasut dan bayar dia yek? Alasannya x kukuh....Pakatan dan Geng ANC ni bergerak x ikut peraturan dan undang2, main sondol je. Kan peraturan demokrasi berparlimen dah lama ada. Ikut jelah.

    ReplyDelete