Miss
P atau nama sebenarnya Phang Li Koon pemilik asal banglo di Jalan
Pinhorn yang dibeli oleh Lim Guan Eng telah membuka rahsia yang
selama ini cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
‘Kemunculan’
Miss P melalui akuan bersumpahnya yang dibacakan oleh Exco Kebajikan,
Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang,
Phee Boon Poh (ADUN DAP Sungai Puyu) menyebabkan orang ramai mula
tertanya-tanya siapa Miss P, apa kaitan dengan Phee dan apa kisah
sebenar di sebalik insiden tersebut.
Kisah
banglo di Jalan Pinhorn, Miss P seumpama satu ketulan ais (tip of the
iceberg) yang membongkar satu gambaran besar pentadbiran Setiausaha
Agung DAP, Guan Eng di Pulau Pinang.
Menurut Minda AIDC, ia
juga turut membongkarkan kroni-kroni Guan Eng dan aktiviti-aktiviti
bawah tanah yang cuba disembunyikan selama ini.
Akarnya
di Dewan
Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC),
di mana Tan Sri Dato’ Seri Tan Kok Ping berkuasa sebagai Presiden
selama 12 tahun dan menyerahkan Datuk Seri Choot Ewe Seng pada tahun
2012, namun beliau (Kok Ping) dan Dato’ Loh Geok Beng dilantik
sebagai Penasihat Eksekutif badan tersebut.
Ketua
Menteri Lim Guan Eng bersama Choot Ewe Seng (Presiden PCCC) .
Mesyuarat bersama Kerajaan Pulau Pinang dengan Dewan Perniagaan Cina
Pulau Pinang
(PCCC). Di belakang Ewe Seng adalah Tan Kok Ping
Miss
P, pemilik banglo yang dibeli Guan Eng juga merupakan salah
seorang Ahli Jawatankuasa PCCC itu.
Wanita
pemilik asal banglo itu, Miss P berada di bawah kepimpinan terbaharu
PCCC pimpinan Ewe Seng yang dinasihati oleh Tan Kok Ping.
Rujuk
senarai terbaharu pimpinan PCCC seperti lampiran di bawah.
Pada
tahun lepas, isteri Guan Eng sendiri, Betty Chew dilantik PCCC
sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah
badan itu, namun apabila berita
itu menjadi kontroversi,
Betty Chew menarik diri daripada mengangotai organisasi tersebut.
Rangkaian
kroni Guan Eng
Satu-satunya
isu yang paling menonjol di sebalik skandal banglo Jalan Pinhorn
milik Miss P itu adalah rangkain kroni Guan Eng.
Tan
Kok Ping, Goh Choon Lye dan Lim Guan Eng
Ia
bermula dari Tan Kok Ping, Penasihat Eksekutif PCCC sendiri.
Stop
The Lies mendedahkan
Tan Kok Ping merupakan orang kanan kepada taikun judi Sports Toto,
Vincent Tan Di Pulau Pinang.
Tan
Kok Ping juga tidak asing dengan kontroversi kerana beliau juga
adalah ketua kumpulan kongsi gelap bawah tanah kumpulan “Pheh”
atau kumpulan kongsi gelap Merah di Pulau Pinang.
“Kok
Ping juga dikaitkan dengan beberapa kejadian yang dipertikaikan
terutamanya yang pada tahun 2002 ketika beliau menjadi pengerusi
eksekutif Magnum Corp Berhad (syarikat judi milik Vincent Tan) di
mana beliau telah disoal siasat selama tiga jam oleh pihak polis di
Bukit Aman berkaitan dengan surat palsu yang didakwa digunakan untuk
mencapai kedudukannya dalam syarikat itu.
“Kenyataan
beliau direkodkan oleh pasukan B yang diketuai oleh A. Thaiveegan
daripada Jabatan Jenayah Komersial Polis Persekutuan.
“Apabila
New Straits Times melaporkan berita itu, beliau telah menyaman akhbar
itu tetapi beliau telah kalah saman itu apabila beliau gagal
membuktikan kesnya terhadap NST,” lapor Stop The Lies.
Hubungan
baik Kok Ping dengan Guan Eng amat rapat apabila beliau mewakili
syarikat Berjaya Land (milik Vincent Tan) diluluskan membeli 57.3
ekar tanah dengan harga RM459 juta walaupun harga pasaran tanah
sebenar untuk tanah Penang Turf Club (Padang Lumba Kuda Pulau Pinang)
di Gergetown adalah bernilai RM1.5 billion.
Mereka
berdua (Guan Eng-Kok Ping) digambarkan sangat rapat, sering kali
bercakap melalui telefon dan boleh berjumpa dengan Ketua Menteri
bila-bila masa tanpa perlu melalui proses temu janji.
“Pada
tahun 2011, masyarakat India Muslim sangat marah dengan Guan Eng dan
mencabar Guan Eng untuk ‘bertumbuk’ di KOMTAR dan juga kejadian
di Teluk Kumbar di mana Ketua Menteri hampir diserang oleh kemarahan
masyarakat Melayu.
“Apabila
Kok Ping mengetahuinya melalui perbualannya dengan Guan Eng, beliau
amat marah dan segera mencadangkan agar ditubuhkan skuad perlindungan
persendirian khas untuk melindungi Guan Eng.
“Kok
Ping menawarkan sumbangan RM1 juta sebagai pembiayaan awal untuk
penubuhan skuad khas itu.
“Oleh
itu, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan dan Guan Eng
melancarkannya pada 17 September 2011.
“Sudah
tentu, PPS direka secara rasmi sebagai unit sukarelawan untuk
memerangi jenayah kerana ia meronda di sekeliling bandar dengan jaket
rasmi (berwarna unggu) mereka, menaiki motosikal dan bersenjata
‘walkie talkie’ tetapi agenda tersembunyi ialah untuk menyediakan
pasukan keselamatan untuk Guan Eng di Pulau Pinang.
“Ahli-ahli
skuad PPS juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan semua
anggota exco kerajaan negeri. Mereka (PPS) diletakkan di bawah
seliaan ahli exco Phee Boon Poh,”lapornya lagi.
Phee
yang disebut oleh Stop The Lies adalah individu yang sama yang
membacakan akuan bersumpah Miss P bagi membela Guan Eng dalam isu
pembelian banglo di Jalan Pinhorn.
Pada
tahun 2014, PPS yang dinaungi Kok Ping dan diselia oleh Phee itu
menjadi kes polis apabila anggota PPS memukul individu-individu yang
mengkritik pentadbiran Guan Eng.
Ong
Eu Soon, seorang pencinta alam, aktivis NGO, ALIRAN telah
dibelasah oleh lebih kurang 10 anggota PPS kerana
mengkritik projek Terowong Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.
Ketua
Polis Pulau Pinang Datuk
Abdul Rahim Hanafi pernah
mendedahkan sesetengah anggota PPS adalah bekas ahli kongsi gelap
yang pernah terlibat dengan jenayah ugutan, samun, curi, membunuh
tanpa niat, dadah dan kesalahan mengikut Akta Kastam.
“Siasatan
polis juga mendapati seorang daripada 11 lelaki itu merupakan anggota
kongsi gelap dan lelaki berusia 50 tahun itu pernah ditahan menurut
Ordinan Darurat,”katanya.
Taikun kongsi
gelap pakai baju korporat
Loh
Geok Beng adalah bekas Timbalan Presiden PCCC di bawah kepimpinan Tan
Kok Ping.
Menurut Stop
The Lies,
sebelum ini Loh dikenali sebagai Ooi Gan @ Loh Gan.
Tan
Kok Ping (tiga dari kanan) dan Loh Geok Beng (dua dari kanan)
merupakan bekas
Presiden dan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Cina
Pulau Pinang (PCCC)
“Dia
(Loh) terkenal Pulau Pinang sebagai geng kongsi gelap yang dikenali
sebagai geng Pheh – geng kongsi gelap sama seperti Tan Kok Ping.
“Untuk
masa yang panjang, Ooi Gan @ Loh Gan adalah seorang gangster
menakutkan yang mampu melakukan keganasan dahsyat.
“Dia
terlibat dalam satu kes pembunuhan tetapi bukti tidak mencukupi untuk
mendakwanya dan kerana itu dia telah ditahan di bawah Ordinan Darurat
dan telah dibuang negeri di bawah Akta Penduduk Terhad,” dedahnya.
Selepas
tamat tempoh buang negeri, Loh kembali semula ke Pulau Pinang pada
tahun 1988 dan memulakan hidup semula sebagai kontraktor kecil yang
dikenali sebagai Wah Bee Engineering Construction.
“Dia
juga telah menukar namanya kepada yang lebih terhormat iaitu Loh Geok
Beng dan membuang dua nama alias yang berkaitan dengan sejarah gelap
dan jenayahnya,”dedahnya lagi.
Loh
dan Kok Ping yang menaja PPS sebagai pegawal keselamatan Guan Eng.
“Bersama-sama
dengan Tan Kok Ping, mereka menyediakan peruntukan awal bagi PPS –
Skuad peronda di Pulau Pinang yang anggotanya sebenarnya diambil dari
kumpulan-kumpulan kongsi gelap tetapi kini disahkan sebagai samseng
berlesen.
“Tidak
hairanlah salah satu daripada pemimpin pasukan PPS telah menyerang
wartawan dan didakwa serta didenda di mahkamah,” dedahnya.
Hasil
hubungan baik Loh dengan Lim Kit Siang dan Guan Eng, dia telah diberi
projek Kampung Buah Pala yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika
dahulu.
“Pada
27 Mac 2008, Lim Guan Eng mengeluarkan dokumen hak milik tanah baru
di Kampung Pala kepada pemaju selepas menerima RM 2.24 juta dalam
premium khas dan seterusnya pemaju yang dilantik syarikat Loh iaitu
Wabina Construction and Engineering.
“Penduduk
Kampung Pala dihalau secara paksa tanpa pampasan yang mencukupi.”
Red
Rock Hotel
Menurut Stop
The Lies,
Guan Eng mula-mula dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada
malam 8 Mac 2008 melalui satu mesyuarat di sebuah bilik hotel di Red
Rock Hotel di Jalan Macalister, Pulau Pinang.
Red
Rock Hotel adalah ibu pejabat operasi DAP secara tidak rasmi kerana
di situ juga terdapat bilik perang DAP (war room) untuk PRU12 pada
tahun 2008.
“Di
Red Rock Hotel, Lim Guan Eng “mencalonkan” dirinya sendiri
sebagai Ketua Menteri baharu Pulau Pinang dan yang bodoh adalah Chow
Kon Yeow, pemimpin paling kanan DAP Pulau Pinang yang tidak bersedia
dengan kejutan itu apabila beliau tidak boleh menyuarakan apa-apa
bantahan kepada Lim Guan Eng yang telah merampas jawatan yang
sepatutnya menjadi miliknya.”
Hotel
Red Rock Hotel dimiliki oleh kroni Guan Eng iaitu dua orang gangster
tempatan, yang bernama Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng yang berkongsi
perniagaan dalam syarikat Red Rock Construction Sdn Bhd.
“Mereka
(Lam Peng dan Nam Seng) adalah daripada kumpulan kongsi gelap “Hung
Mun” – bermaksud “Pintu Merah” dalam bahasa Cina, semua ini
diambil daripada pengaruh Maharaja Ming dari negara China.
“Mereka
telah melakukan pelbagai perkara melalui penubuhan syarikat-syarikat
Red Rock Group- yang mengendalikan aktiviti dadah, penyeludupan,
perjudian, ‘bookies’, samseng, peras ugut, pelacuran, maksiat,
pinjaman ah long, pengubahan wang haram dan kini telibat dalam
membangunkan hartanah.
“Lelaki
ini, Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng, yang memiliki Red Rock Hotel juga
menganjurkan disko dan pusat hiburan besar di Jalan Abu Sittee di
mana muzik pusat hiburan itu berdenyut dari lewat malam ke awal pagi.
“Mereka
juga merupakan pembekal pil ‘Ecstasy’ dan ‘Ketamin’ atau juga
dikenali sebagai pil ‘Happy 5’ untuk mereka yang mahukan suasana
“feng tau” (suasana disko) dan kegilaan dalam minuman keras
mereka.
“Kemudian
terdapat wanita-wanita, PRO-PRO dan pelacur yang mudah didapati untuk
pelanggan-pelanggan mereka, di Red Rock Hotel, terdapat bilik
tertentu disediakan untuk penginapan secara “jam” yang berguna
untuk kegiatan maksiat itu.”
Pemaju
hartanah dan pelacur
Stop
The Lies turut
mendedahkan tentang Low Eng Hock pemilik Ivory Properties Group
Berhad, syarikat kroni Guan Eng.
“Low
Eng Hock mendapat gelaran Datuk dan melalui perangkapnya yang
mengunakan wanita-wanita karaoke yang juga bertindak sebagai PRO
(Professional atau Prostitute), pengiring sosial (escort) dan
pelacur.
“Dia
(Low) memiliki maklumat sulit yang tebal daripada ramai pemimpin DAP
dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dari Lim Guan Eng, Phee
Boon Hock, Lim Hock Seng, Ng Wei Aik, Jeff Ooi dan lain-lain semua
dalam rekod sulit (aktiviti gelap) itu.
“Low
tahu siapa ahli politik yang telah mengadakan hubungan sulit dengan
wanita-wanita karaoke di bawah bayarannya – yang telah menyimpan
wanita-wanita itu sebagai perempuan-perempuan simpanan mereka.
“Sesetengah
daripada mereka telah dirakam dalam bentuk video, dan rakaman
gambar-gambar, semuanya boleh dijadikan bukti berguna kepada Low
suatu hari nanti..
“Ini
adalah senjata pemusnah besar-besaran kepada Low terhadap kerajaan
DAP negeri dan dia akan menggunakan senjata itu untuk memeras ugut
supaya ahli-ahli politik dapat dikekang dan memastikan keputusan
dibuat memihak kepadanya.
“Sebab
itulah dia telah mendapat hartanah di Bayan Bay dengan harga murah
dan menjadikan dia sebagai seorang jutawan untuk syarikatnya Ivory
Properties serta duit poket peribadi sendiri – sudah tentu,
sesetengah wang itu akan dimasukkan ke akaun bank rahsia Lim Guan Eng
di Hong Kong dan Taiwan.”
No comments:
Post a Comment