Semenjak
hari Khamis, nilai Ringgit berbanding USD terus meningkat. Sekaligus
menyanggah kenyataan dan kepercayaan Mahathir serta konco-konconya
bahawa selagi Najib tidak meletak jawatan, Ringgit Malaysia akan
merudum dan bernilai kecil berbanding USD sehingga akhirnya Malaysia
menjadi sebuah negara muflis.
Pagi
ini, peningkatan berlaku seterusnya apabila Ringgit dibuka lebih
tinggi berbanding US Dollar dalam peningkatan minat untuk matawang
tempatan itu.
Pada
9:09 AM, unit tempatan tersebut telah diminta pada nilai 4.07900/0850
berbanding 4.1175/1225 pada jam 5 petang Jumaat lepas.
Pengedar
berkata, matawang Amerika Syarikat diniaga lemah pada hari JUmaat
ekoran penurunan kadar upah Amerika Syarikat berbanding pertumbuhan
pekerjaan kuat yang direkodkan.
Pasaran
juga melihat Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat secara
beransur-ansur akan meningkatkan kadar faedahnya tahun ini.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding matawang-matawang lain.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding matawang-matawang lain.
Ia
mengukuh berbanding Dollar Singapura kepada 2.9630/9680 dari
2.9789/9828 pada Jumaat dan meningkat berbanding EURO menjadi
4.4840/4919 dari 4.5033/5104.
Ringgit
turut meningkat berbanding British Pound Sterling menjadi 5.7971/8072
berbanding Jumaat lepas 5.8209/8305 dan menunjukkan peningkatan
berbanding Yen menjadi 3.5919/5985 dari 3.6191/6251 sebelumnya.
(RUJUK
SINI)
Pentadbiran Najib tidak menggunakan simpanan tunai untuk mengangkat nilai Ringgit sepertimana yang dilakukan oleh pentadbiran Mahathir sehingga Malaysia kerugian RM33 bilion dalam tempoh beberapa bulan pada tahun 1997. Sekalipun didesak oleh Mahathir dan para pengikutnya agar Najib mengarahkan Bank Negara campurtangan mempertahankan nilai Ringgit berbanding US Dollar pada ketika penurunan nilai matawang tempatan tersebut tahun lepas, pentadbiran Najib kekal membiarkan Ringgit mengikut aliran pasaran.

Sesuatu
yang benar-benar menyinggung Mahathir yang dianggap Maverick kerana
cubaannya menggunakan kekuatan simpanan untuk mengangkat dan memaksa
penjagaan nilai Ringgit berbanding US Dollar yang berakhir dengan
Malaysia kehilangan lebih banyak wang tunai berbanding nilai di
pasaran pada 1990-an.
{ Baca artikel asal di sini }
No comments:
Post a Comment