Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, March 7, 2016

Nilai Ringgit Berbanding USD Naik, Najib Boleh Terus Memerintah


Semenjak hari Khamis, nilai Ringgit berbanding USD terus meningkat. Sekaligus menyanggah kenyataan dan kepercayaan Mahathir serta konco-konconya bahawa selagi Najib tidak meletak jawatan, Ringgit Malaysia akan merudum dan bernilai kecil berbanding USD sehingga akhirnya Malaysia menjadi sebuah negara muflis. 

Pagi ini, peningkatan berlaku seterusnya apabila Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding US Dollar dalam peningkatan minat untuk matawang tempatan itu. 

Pada 9:09 AM, unit tempatan tersebut telah diminta pada nilai 4.07900/0850 berbanding 4.1175/1225 pada jam 5 petang Jumaat lepas. 

Pengedar berkata, matawang Amerika Syarikat diniaga lemah pada hari JUmaat ekoran penurunan kadar upah Amerika Syarikat berbanding pertumbuhan pekerjaan kuat yang direkodkan. 

Pasaran juga melihat Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat secara beransur-ansur akan meningkatkan kadar faedahnya tahun ini.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding matawang-matawang lain. 

Ia mengukuh berbanding Dollar Singapura kepada 2.9630/9680 dari 2.9789/9828 pada Jumaat dan meningkat berbanding EURO menjadi 4.4840/4919 dari 4.5033/5104.

Ringgit turut meningkat berbanding British Pound Sterling menjadi 5.7971/8072 berbanding Jumaat lepas 5.8209/8305 dan menunjukkan peningkatan berbanding Yen menjadi 3.5919/5985 dari 3.6191/6251 sebelumnya. (RUJUK SINI)

Pentadbiran Najib tidak menggunakan simpanan tunai untuk mengangkat nilai Ringgit sepertimana yang dilakukan oleh pentadbiran Mahathir sehingga Malaysia kerugian RM33 bilion dalam tempoh beberapa bulan pada tahun 1997. Sekalipun didesak oleh Mahathir dan para pengikutnya agar Najib mengarahkan Bank Negara campurtangan mempertahankan nilai Ringgit berbanding US Dollar pada ketika penurunan nilai matawang tempatan tersebut tahun lepas, pentadbiran Najib kekal membiarkan Ringgit mengikut aliran pasaran.

Sesuatu yang benar-benar menyinggung Mahathir yang dianggap Maverick kerana cubaannya menggunakan kekuatan simpanan untuk mengangkat dan memaksa penjagaan nilai Ringgit berbanding US Dollar yang berakhir dengan Malaysia kehilangan lebih banyak wang tunai berbanding nilai di pasaran pada 1990-an.


{ Baca artikel asal di sini }


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.