Ahli
Parlimen DAP Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menasihati Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng mengikut lunas undang-undang dalam menghadapi
siasatan skandal banglo di Jalan Pinhorn dan tanah di Taman Manggis,
memetik blog MyMassa sebagai berkata.
“Bagi
saya, bila ada siasatan, kita ikut undang-undanglah. Itu sahaja.
Jangan cakap lebih banyak,”katanya.
Hanif
Yon, rakan twitter penulis pula
menggesa Guan Eng memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sesuai dengan slogan CAT
(Competency, Accountability and Transparency) yang sering
diwar-warkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
“Amalan
CAT sebagai tonggak pentadbiran Ketua Menteri Guan Eng yang mentadbir
Negeri Pulau Pinang kini pasti memberi kerjasama sepenuhnya kepada
SPRM bagi menamatkan isu ini,”katanya.
Sementara
itu, Azizi Safar mendedahkan DAP Pulau Pinang telah mengedar surat
taklimat isu semasa (di bawah) di beberapa tempat berkaitan dengan
isu Guan Eng.
“Lim
Guan Eng atur ‘road-tour’ beri penerangan kepada ahli DAP seluruh
Penang berikutan pembongkaran demi pembongkaran skandal melibatkan
Ketua Menteri Pulau Pinang.
” DAP
Penang shaken… ” Digoncang dan tergoncang…,”katanya
dalam Facebook.
No comments:
Post a Comment