Berita
tentang Mahathir menjemput kuasa asing untuk campurtangan hal ehwal
politik di Malaysia, hebat diperkatakan sepanjang minggu ini.
Mahathir pula memilih untuk mendiamkan diri dan menunggu saat yang
sesuai untuk mengeluarkan kenyataan terbaru.
Bagaimanapun hari ini, Dr. Mahathir menafikan yang beliau berbuat begitu. Sebaliknya beliau berkata yang beliau tidak meminta campurtangan asing untuk menjatuhkan
Najib.
Hairan
juga kerana Mahathir adalah orang yang paling kalut mendesak Najib
untuk menyaman WSJ dan Sarawak Report, tetapi dia sendiri tidak
pernah berani menyaman mana-mana media asing walaupun sepanjang 22
tahun pentadbirannya.
Peluang
untuknya membersihkan namanya daripada dicemari label PENGKHIANAT dan
PENDERHAKA sudah terbuka luas dengan menyaman akhbar The Weekend
Australia kerana menfitnahnya.
Ada
berani?
Barry
Wain adalah salah seorang journalist, wartawan dan editor The Asian
Wall Street Journal yang merupakan anak syarikat The Wall Street
Journal, telah menghasilkan sebuah buku berjudul 'The Malaysian
Maverick' di mana tuduhan ke atas Mahathir menggelapkan wang negara
berjumlah RM100 bilion, tidak pernah dicabar oleh Mahathir
sehinggalah Barry Wain meninggal dunia pada Februari 2013 di
Singapura. ( Baca Sini dan Sini )
Barry
Wain juga berasal dari Australia.
Cabaran
Mahathir ke atas Najib, sekarang berbalik ke batang hidungnya
sendiri. Mampukah dia menyaman dan membersihkan dirinya daripada
tuduhan menderhaka kepada Malaysia dengan menjemput kuasa-kuasa asing
untuk masuk campur dalam hal ehwal negara ini?
Atau
pun dia akan terus berputar belit memberikan jawapan-jawapan genius
seperti biasa?
hahahahah..dah bile plak tun penah nak saman org nie? bos dedak ko yang beria nak nyaman tp x tersaman-saman smpai skang nie mangkuk oii...dah bepuluh selasa dah nie...bile nak nyaman nyer...tolong tanyekan...pastu kot2 bos dedak ko tau sape owner good star ltd ngan aabar pjs limited td suh die tanye ape kabar yea..
ReplyDeletep/s: ko mmg dedak sejati yg xkan approved komen ni...tp jujur nak tanye bape dedak ko dapat?
alang-alang tanyekan skali pasal nie...
ReplyDelete"Pada masa yang sama, PAC juga mahu pihak polis melakukan siasatan kerana 1MDB dan Kementerian Kewangan tidak menyerahkan penyata akaun bank dan dokumen untuk mengesahkan pemilikan firma-firma asing yang terlibat, jelas mereka.
Sejumlah AS$7 bilion tunai dan aset cair 1MDB tidak dapat disahkan.
“Ini menimbulkan kebimbangan setelah 'pelaburan' dan tunai 1MDB hilang tanpa dapat dikesan,” kata anggota-anggota PAC pembangkang itu.
Jumlah berkenaan ialah :
AS$1.03 bilion yang dibayar kepada Good Star Ltd, yang turut dipersoalkan oleh Bank Negara Malaysia;
AS$3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Ltd sebagai “deposit sekuriti”, “pembatalan opsyen” dan “sekuriti nilai ditambah”;
AS$940 juta dalam “unit” di BSI Bank, Singapura ; dan
AS$1.56 bilion dalam pelaburan oleh 1MDB Global Investment Ltd."
Nak gak tau hujah dari pihak ko...tapi fakta yea bukan auta