Wednesday, April 6, 2016

MP DAP Lapur Polis Dakwa DS @NajibRazak Beli 4 Pasang Baju Sehari Untuk Isteri Berniat Jahat



Tidak perlu menjadi pandai untuk menjadi Ahli Parlimen pembangkang. Cukuplah sekadar pandai membuat sesuatu isu mendapat paparan di muka depan media lidah pembangkang seperti Malaysiakini dan Roketkini. Gimik yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bersama veteran DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman, membuat laporan polis berkenaan di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 11 pagi semalam adalah tindakan yang kurang matang dan berunsur melakukan laporan palsu.

Laporan polis yang dibuat oleh pemimpin pembangkang berkenaan ke atas Perdana Menteri, DS Najib Razak berhubung dakwaan bahawa beliau memindahkan sejumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta) antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading. Laporan ini adalah berdasarkan butiran perbelanjaan DS Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu.

Dakwaan Lim Lip Eng di dalam Malaysiakini, 
di sini, yang mengatakan bahawa "Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari", adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berunsur fitnah, kata sumber



Adalah melucukan apabila Malaysiakini dan WSJ mengklasifikasikan gedung pakaian Jakel Trading Berhad (Jakel) sebagai "Malaysian luxury clothing". Jakel bukanlah merupakan butik mewah seperti Prada, Dolce & Gabbana, Versace dan sebagainya di United Kingdom dan Amerika Syarikat yang memungkinkan beberapa ratus helai pakaian sudah mencecah puluhan juta ringgit. Mewah sangatkah berbelanja di Jakel? Bodoh sangatkah Ahli Parlimen DAP tidak mengetahui perkara ini?

Malaysiakini dan beberapa media antarabangsa seperti WSJ cuba menonjolkan isteri Perdana Menteri membeli belah dengan begitu boros di Jakel sehingga Perdana Menteri terpaksa membayar lebih AS$14 juta kepada Jakel antara tahun 2011-2014.

Belum ada orang gila di Malaysia yang membeli pakaian bernilai jutaan ringgit di Jakel untuk kegunaan sendiri. Jika benar ianya merupakan pembelian peribadi, berdasarkan harga pakaian yang didakwa dibeli dari Jakel yang merupakan harga dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Perdana Menteri mungkin terpaksa menyewa gudang untuk menyimpan kesemua pakaian tersebut.

Tidak timbul langsung soal dan cerita Najib berbelanja secara peribadi sehingga puluhan juta ringgit di JAKEL. Memang tidak logik dan tak masuk akal..! 

Betapa bodohnya seorang Ahli Parlimen seperti Lim Lip Eng menyalak-nyalak kununnya Najib beli 5,500 pakaian setahun untuk Rosmah, bermakna 4 pakaian setiap hari sepanjang tahun. Memang bodoh Ahli Parlimen DAP ini, adakah mana mana rakyat Malaysia akan sanggup membeli 4 pakaian di kedai yang sama setiap hari....? 

Hakikatnya pembelian yang dibuat di JAKEL membabitkan Corporate and Charity Purcahses. Transaksi itu semua melibatkan Jabatan Perdana Menteri apabila perlu diadakan pembelian membabitkan aktiviti NGO dan badan bukan kerajaan seperti sumbangan pakaian meraikan anak anak yatim menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri,‎ bantuan pakaian dalam tragedi bencana seperti gempa bumi, banjir yang memerlukan kain kain selimut, pakaian dan permaidani yang baru untuk masjid masjid.

Peristiwa banjir yang melanda beberapa negeri di tanahair beberapa tahun lalu sebagai contoh memerlukan belanja yang sangat  besar untuk pihak kerajaan melaksanakan baik pulih. Sudah pastilah pembelian pembelian seperti ini munasabah. Lagi pun pihak JAKEL menjual pada harga yang lebih rendah dimana pihak mereka juga terlibat dengan tanggungjawab CSR.

Kesimpulannya, diharap juak juak murahan seperti pimpinan DAP perlu menjadi lebih matang dan bijak sekiranya mahu berkokok dan menyalak membuktikan salah laku YAB Perdana Menteri....

Begitulah cara para pemimpin pembangkang mencari isu isu remeh Cap Ayam sekaligus memperlihatkan value pemikiran mereka berada dibawah tapak kaki pimpinan UMNO-BN.


1 comment:

  1. hmmmm...lawa jugak minah tudung kaler biru ni....boleh jadi bini aku....tapi sayang....bebal nak mampuzzzz.....cina kafir harbi tu jugak yg di sokongnya.....

    ReplyDelete