05/4/16 ~ Barisan
Nasional (BN) hari ini telah mendedahkan dokumen perjanjian jual beli
yang menunjukkan bahawa Kuala Lumpur International Dental Centre
(KLIDC) Sdn Bhd telah menjual saham tanah di Taman Manggis, Pulau
Pinang itu kepada pihak ketiga.
Pengarah
Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata perjanjian
bertarikh 11 Nov tahun lepas, juga menunjukkan bahawa harga pembelian
transaksi sub-jualan itu ialah RM70,643,628.
Abdul
Rahman berkata, perjanjian meliputi penjualan antara lain
berhubung-kait antara satu sama lain melibatkan penjualan KLIDC dan
Victoria International Medical Centre Sdn Bhd, masing-masing pada
harga RM18,643,628 dan RM52,000,000, dan syarikat yang terlibat
dimiliki oleh Datuk Tang Yong Chew dan isterinya.
“Apabila
dibaca pada masa yang sama, kedua-dua perjanjian nampaknya melibatkan
penjualan Medical Centre dan projek Hotel dengan aset teras ialah
tanah di Taman Manggis,” kata beliau.
Walaupun
penjualan tanah di Taman Manggis adalah lebih rendah daripada harga
pasaran, Abdul Rahman berkata, tanah itu kemudian dijual semula oleh
KLIDC kepada pihak ketiga bagi RM70.6 juta, dengan keuntungan
diunjurkan sebanyak RM59 juta, walaupun teras projek belum
dibangunkan.
Beliau
berkata tanah itu asalnya dijual kepada KLIDC pada 6 Jun, 2010
apabila Kerajaan Pulau Pinang menawarkannya di bawah permintaan
kontroversi untuk proses cadangan pada harga RM11.55 juta atau RM232
untuk sekaki persegi, harga yang kebanyakan pihak percaya adalah
lebih rendah daripada nilai pasaran pada masa itu.
Abdul
Rahman turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri telah dimaklumkan
mengenai transaksi tersebut dan sama ada ia telah memberi kelulusan.
Selain
itu, Abdul Rahman berkata beliau telah mengarahkan pasukannya untuk
mengemukakan perjanjian jual beli dan dokumen lain yang berkaitan
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis hari
ini.
“Kami
berharap dokumen tersebut akan membantu mereka untuk melaksanakan
tugas, tanpa takut atau memihak,” katanya.
Kepada
satu soalan, Abdul Rahman berkata, keputusan Kerajaan Pulau Pinang
untuk membina projek perumahan kos rendah pada plot tanah yang lebih
luas di Jalan S. P. Chelliah, di pusat bandar, adalah sama sekali
berbeza daripada rancangan awal di Taman Manggis.
“Di
S. P. Chelliah, satu unit berharga RM72,000 manakala unit PPRT dijual
pada harga RM35,000, walaupun kos pembinaan melebihi RM100,000,
dengan kadar sewa RM100 sebulan. Harga di S. P. Chelliah adalah dua
kali ganda dan ia tidak memenuhi permintaan golongan miskin tegar,”
jelas beliau.
Kenyataan
media Abdul Rahman :
BUKAN
SEKADAR PERSOALAN RM2.8 JUTA, NAMUN RM58 JUTA
• Pada
23 Mac 2016, saya telah mengemukakan satu bukti berkenaan isu
pemilikan hartanah yang sebelum ini dijangka untuk dibangunkan
sebagai projek perumahan mampu milik 2 fasa di Taman Manggis, Penang.
• Bukti
tersebut menunjukkan berlakunya transaksi sub-sale hartanah tersebut
dari KLIDC kepada pihak ketiga.
• Hari
ini, saya mempunyai surat Perjanjian Jual Beli tanah tersebut yang
telah ditandatangani dan dicop bertarikh pada 11 November 2015, di
hadapan saya. Harga tanah yang disebut dalam perjanjian itu melalui
transaksi sub-sale adalah RM70,643,628.00.
• Perjanjian-perjanjian
yang wujud pada jual beli ini adalah saling berkait-rapat
(inter-alia) antara satu sama lain, dan secara undang-undangnya
disebut atas satu perjanjian, iaitu:
1.
Penjualan Kuala Lumpur Kuala Lumpur International Dental Center Sdn
Bhd (KLIDC) untuk RM18,643,628; dan
2.
Penjualan Victoria International Medical Centre Sdn Bhd (VMC) untuk
RM52,000,000.
• Datuk
Tang Yong Chew dan isterinya memiliki ketiga-tiga syarikat tersebut –
KLIDC, VMC dan vendor-vendor kepada VMC, Tang Renewable Energy
Engineering – secara majoriti.
• Berdasarkan
serahan akaun yang terbaru kepada SSM menunjukkan KLIDC telah
membayar modal sebanyak RM300,000 dan nilai aset negatif yang bersih
sebanyak RM1.2 million.
• Sementara
itu, VMC yang ditubuhkan pada September 2010, dua bulan selepas
penganugerahan projek Taman Manggis, juga telah membayar sebanyak
RM500,000 dengan nilai aset negative sebanyak RM1.6 juta.
• Selanjutnya
dalam perjanjian tersebut ada menyatakan bahawa VMC juga pada Julai
2011 telah melaksanakan satu perjanjian usahasama antara KLIDC untuk
membangunkan tanah tersebut.
• Apabila
dibuat perbandingan, ternyata kedua-dua perjanjian tersebut mempunyai
persamaan ke atas jualan projek Medical Centre dan Hotel tersebut
dengan Taman Manggis sebagai aset utama mereka.
• Berdasarkan
pasaran hartanah terkini, nilai tanah komersil sepanjang Jalan Burmah
di mana lokasi tanah tersebut berada adalah RM1,000 kaki persegi,
atau lebih.
• Selepas
pendedahan yang saya bentangkan di Parlimen baru-baru ini, Ketua
Menteri Pulau Pinang telah menafikan bahawa tanah tersebut dijual
pada pihak ketiga.
Namun,
beliau tidak menyatakan bahawa tanah tersebut itu kini di bawah
pegangan pihak KLIDC dan dalam masa yang sama, penjualan saham-saham
KLIDC turut sama memberi kesan kepada penjualan tanah tersebut.
• Menurut
kebiasaan projek-projek kerajaan dan privasi perjanjian, penjualan
atau penukaran status pemilikan kepada sesebuah syarikat yang telah
dianugerahkan dengan projek hendaklah dimaklumkan dan diberi
kelulusan oleh pihak kerajaan negeri sebelum setiap penjualan saham
boleh diambilkira.
• Persoalannya,
I)
Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan penjualan
projek ini pada November 2015 dan sekaligus meluluskannya? Atau,
ii) Adakah terma umum ini tidak digunapakai dalam perjanjian antara pihak kerajaan negeri dan KLIDC?
ii) Adakah terma umum ini tidak digunapakai dalam perjanjian antara pihak kerajaan negeri dan KLIDC?
• Tanah
tersebut pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010
semasa Kerajaan Negeri DAP memberi projek tersebut melalui prosedur
RFP yang kontroversi pada harga RM11,552,208.00 atau RM232 kaki
persegi – harga yang saya yakin ramai mengetahui,
adalah jauh lebih rendah daripada nilai pasaran sebenar pada waktu
itu.
• Dengan
pendedahan di hadapan anda pada hari ini, untuk lebih jelas, tanah
tersebut yang dirancang untuk projek perumahan rakyat kos rendah,
telah dijual pada syarikat swasta untuk harga yang kononnya lebih
rendah berbanding nilai asal, namun tidak wujud sebarang aktiviti
pembinaan secara fizikal untuk hampir 6 tahun selepas penyerahan
projek.
• Projek
ini, yang telah dijual kembali kepada pihak ketiga selepas 5 tahun
kemudian – untuk harga yang lebih tinggi iaitu RM70.6 juta – dan
dijangka memberi pulangan sebanyak RM59 juta walaupun projek utamanya
masih belum dibangunkan.
• Dengan
ini, saya telah mengarahkan jawatankuasa saya untuk menghantar
Perjanjian-perjanjian Jual Beli dan dokumen-dokumen yang berkaitan,
yang telah didedahkan pada hari ini kepada pihak SPRM dan PDRM untuk
tindakan lanjut. Kami berharap agar dokumen-dokumen tersebut dapat
membantu pihak SPRM dan PDRM untuk melaksanakan tugas mereka dengan
lebih cekap tanpa prejudis.
Abdul
Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik BN
April 5, 2016
Pengarah Komunikasi Strategik BN
April 5, 2016
No comments:
Post a Comment