Sunday, September 18, 2016

Begitu Murah Maruah Melayu Dibeli. Cukupkah Hanya sekadar Meminta Maaf?

Di sinilah bijaknya Lim Guan Eng yang cukup faham struktur serta perangai orang Melayu, walau sehebat mana pun Melayu itu malah walau setinggi langit pun gelaran yang ada pada pangkal nama Melayu berkenaan.

Lim Guan Eng tahu, cukup dengan kata-kata muluk, cukup dengan kata-kata yang dikehendaki dan mahu didengar oleh orang Melayu, kemarahan akan segera reda. Malah untuk memadamkan terus kemarahan yang masih membara serta mencipta husnu zhon yang bukan-bukan, perkataan MAAF akan diungkapkan.

Selepas itu, segala-galanya kembali seperti asal. Orang Melayu akan segera melupakan kemarahan yang mereka rasakan. Bahkan mereka akan menjadi lebih lembut, lebih lunak dan lebih mesra walaupun kahak bertepek di atas kepala mereka.

Alasan yang acapkali diberikan ialah, Islam mengajar umat Islam untuk saling maaf dan memaafkan!

Jeff Oii menyertai pimpinan besar DAP lain telah berkali-kali membuktikan kebenaran ini. Mereka sengaja mencetuskan kemarahan dari kalangan orang Melayu tetapi kemudian membiarkan sebahagian orang Melayu-Islam sendiri yang akan bertindak sebagai penampan mereka, menyelesaikan masalah dengan nilai-nilai agama.

Blog tersohor The Saviour yang lantang membidas para pemimpin DAP agak kecewa atas sikap Melayu-Islam akan mudah cair kalau dinasihati berunsurkan agama.

Melayu-Islam sebahagian yang lain pula, akan mudah hilang tumpuan apabila diberitahu mereka sengaja dicucuk-cucuk dan dihasut-hasut agar marah kerana itu adalah modus operandi pihak kerajaan yang sedang kepanasan dan mahu mengalihkan tumpuan.

Kecenderungan untuk menuntut Jeff Oii memohon maaf setelah keceluparan dan kebiadapannya, sedang berleluasa sekarang ini. Tidak sahaja dari kalangan PAS, bahkan dari UMNO malah dari PERKASA juga. Seolah-olah permohonan maaf Jeff Oii itu akan menyelesaikan dan mengharmonikan segala-galanya.

Jeff Oii dari awal lagi telah bertegas dia tidak salah. Kenyataannya telah diphotoshopkan oleh "cybertrooper" UMNO. Walaupun selepas itu dia menarik balik kenyataannya dan memberitahu semuanya adalah perbuatannya sendiri, kenyataan menyusul Lim Guan Eng menerusi SETPOLnya, Zairil Khir Johari seperti satu jenakaria yang sekadar membuktikan betapa lemahnya orang Melayu sendiri.

Tak habis-habis dengan desakan meminta maaf. Adakah itu sahaja yang mampu dilakukan oleh para pemimpin Melayu tak kira dari parti apa pun? Apakah kerana keputusan proses mahkamah banyak memberikan kelebihan dan kemenangan kepada para pemimpin DAP, maka tuntutan permohonan maaf secara terbuka sahaja yang mampu dibuat oleh para pemimpin Melayu?

Dalam ketika UMNO dan Melayu-Bumiputera masih lagi ada kuasa di negara ini, begini keadaannya. Bayangkanlah kalau UMNO dan Melayu-Bumiputera sudah tidak ada kuasa lagi atau Melayu-Bumiputera berada di bawah kepimpinan DAP, apa pula yang akan berlaku?

Agak-agaknya kalau pemimpin atau Ahli Parlimen UMNO atau PAS yang mengeluarkan kenyataan serupa Jeff Oii kepada mana-mana pemimpin DAP yang meninggal dunia, apa tindakan yang akan dibuat oleh DAP?

Adakah sebahagian daripada mereka menyatakan, kenyataan tersebut telah diubahsuai oleh "cybertrooper" yang mahu melaga-lagakan Melayu dan Cina? Adakah akan ada yang menggunakan elemen agama untuk menyejukkan keadaan?

Atau DAP akan segera mengambil tindakan undang-undang yang mana mereka tahu, keputusannya akan menyebelahi mereka?

Friday, September 9, 2016

Malaysia Akan Bangkrap Sebab Hutang? 103.4% Pada 1985 Tidak Bangkrap Pun!!!

1. Kebelakangan ini, terdapat mesej-mesej mengelirukan yang tersebar menerusi Whatsapp tentang ekonomi negara kita yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat negara ini.

2. Kebanyakan mesej tersebut tertumpu kepada Hutang Kerajaan semasa, yang mana nisbah Hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 53.4% pada 30 Jun 2016. Kadar nisbah ini menunjukkan berapa banyak hutang kerajaan berbanding saiz KDNK.

3. Kegelisahan berlaku dan tuduhan-tuduhan dibuat memandangkan nisbah tersebut menghampiri had 55% yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Seandainya kadar tersebut melepasi had yang dibuat, Malaysia berada dalam masalah besar.

Beberapa mesej yang tidak bertanggungjawab malahan telah menuduh Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya kita melepasi had 55%.

4. KDNK merupakan ukuran nilai semua barangan serta perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu. Dalam bahasa yang lebih mudah, KDNK boleh diterjemahkan sebagai saiz ekonomi kita.

5. Hasil dari tahun-tahun di mana pertumbuhan ekonomi baik - terutama sekali semenjak tahun 2009 - KDNK tahunan Malaysia semasa dianggarkan pada kadar RM1.2 trilion pada 30 Jun 2016 iaitu 17 kali lebih besar berbanding saiz ekonomi negara ini pada tahun 1986 dan 3 kali ganda lebih besar berbanding saiz ekonomi negara ini pada tahun 2003.

Secara logiknya, jikalau ekonomi negara kita meningkat, secara tidak langsung membolehkan negara meningkatkan kadar hutang dengan syarat-syarat tertentu berbanding pada masa lepas di mana pendapatan negara tidak tinggi.

6. Nisbah Hutang Berbanding KDNK semasa adalah 53.4%, walaupun tinggi berbanding tahun 40.1% pada tahun 2007, ia masih di bawah kadar bolehurus.

7. Tahap ini tidak terlalu tinggi jikalau dibandingkan dengan tahap masa lampau seperti dalam tempoh antara 1980 sehingga 1985 apabila nisbah Hutang Berbanding KDNK meningkat dari 44% menjadi 103.4% dan kekal di atas tahap 55% sehingga tahun 1994.

8. Oleh kerana, amat tidak munasabah sekiranya Malaysia melepasi tahap 55% Hutang Berbanding KDNK, Malaysia akan menjadi bankrap atau negara ini akan berhadapan dengan masalah besar seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sekiranya kita tidak menjadi bankrap pada 103.4% dalam tahun 1985, bagaimana pula kita akan bankrap pada kadar 55%?

8. Tahap hutang negara ini perlu dilihat dalam kaitannya dengan pendapatan dan tidak hanya berdasarkan kepada jumlah mutlak.

Sebagai contoh: Seorang individu yang pendapatan tahunannya adalah RM120,000 akan berasa selesa untuk meminjam RM60,000 bagi membeli sebuah kereta berbanding individu lain yang pendapatannya cuma RM6,000 setahun tetapi mempunyai hutang sebanyak RM7,000.

Contoh ini secara kasarnya menunjukkan situasi saiz ekonomi dan tahap hutang negara ini pada tahun 2016 berbanding tahun 1985.

9. Pada tahap semasa 53.4%, Malaysia disenaraikan pada tangga 71 tertinggi daripada 178 buah neara. 70 buah negara yang memiliki nisbah tertinggi berbanding Malaysia termasuklah negara-negara seperti Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, nisbah Hutang Berbanding KDNK adalah bolehurus dan ekonomi negara kita masih lagi menikmati kadar pertumbuhan 5% untuk tahun 2015 dan 4.1% untuk pertengahan tahun 2016.

10. Walaupun harga komoditi semasa yang rendah, kesan-kesan BREXIT dan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk melepasi tahap 55% dan akan terus menguruskan kewangan dengan secara berhemah dan bertanggungjawab.

11. Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu seharusnya mengelak daripada menyebarkan maklumat yang salah atau terlibat dalam taktik menakut-nakutkan yang mengakibatkan hilang keyakinan para pelabur dan konsumer ke atas ekonomi negara ini. Perbuatan sebegitu adalah mensabotaj ekonomi negara sendiri.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, tidak akan berkongsi atau menyebarkan maklumat-maklumat dan propaganda salah.

12. Secara keseluruhannya, rancangan transformasi kerajaan kini terbukti berjaya dengan polisi-polisi yang baik yang sekarang menunjukkan keputusan yang kukuh. Semua rakyat Malaysia seharusnya memberikan tumpuan kepada kejayaan tersebut memandangkan negara ini berjaya dikemudi dalam keadaan keadaan ekonomi global yang tidak menentu kini.

13. Saya tidak ragu-ragu bahawa Perdana Menteri dan kerajaan ini akan terus memastikan Malaysia terus menikmati pertumbuhan ekonomi, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan terus membangunkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.

Dato' Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Friday, September 2, 2016

Jika Skandal Dengan Isteri Orang Itu Fitnah, Kenapa Muhyiddin Takut Untuk Saman

Seperti dijangkakan, reaksi yang ditunjukkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad berhubung ketidak boleh percayaan Muhyiddin untuk mengetuai sesebuah parti, nyata agak keras.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi Malaysia Kini sebentar tadi, beliau memperlekehkan dakwaan skandal beliau dengan isteri orang dan melabelkan para penyokong Perdana Menteri hanya tahu menjaja kisah seks sebagai modal utama untuk mempertahankan Datuk Seri Mohd Najib dan mengalih perhatian rakyat berhubung isu yang beliau perjuangkan, iaitu isu 1MDB, lapor  PRU14.tv

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menafikan sebarang skandal dengan individu yang bernama Nika Gee seperti yang didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin di dalam akuan bersumpah melibatkan Muhyiddin sebelum ini. Kes berkenaan masih berjalan di Mahkamah dan sememangnya nama Muhyiddin ada terkandung dalam afidavit yang difailkan oleh bekas suami Nika Gee.

Dalam hal ini, cukupkah sekadar menafikan sahaja tanpa perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendedahkan kecurangannya? Seperti yang beliau nyatakan dalam temubual yang sama dengan Malaysia Kini, beliau mencabar Datuk Seri Mohd Najib menyamannya jika kenyataan beliau berhubung isu 1MDB itu fitnah, kenapa beliau sendiri takut untuk menyaman Raja Petra atau bekas suami Nika Gee itu sendiri?

Tiada keperluan untuk Datuk Seri Mohd Najib menyaman beliau kerana semua dakwaan yang dibuat oleh Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir sebenarnya telah di sahkan tidak benar oleh PDRM, SPRM, BNM, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara. Malah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang negara juga turut mengesahkan Datuk Seri Mohd Najib langsung tidak terlibat dalam mana-mana salah laku membabitkan 1MDB.

Datuk Seri Mohd Najib tidak perlu untuk mengadakan sidang media setiap hari untuk menerangkan kedudukannya dalam isu 1MDB. Berlainan dengan Muhyiddin, sehingga kini seoalh-olah menjadi burung kakak tua yang berulang kali menafikan skandalnya dengan isteri orang tanpa ada sebarang tindakan undang-undang diambil untuk membersihkan namanya.

Timbul persoalan, siapa yang kini menjadi anak jantan dalam isu yang membabitkan diri mereka? Adakah Muhyiddin atau Datuk Seri Mohd Najib? Jika masih ingat, Datuk Seri Mohd Najib menjemput mana-mana pihak untuk menyiasat dirinya dalam isu 1MDB. Beliau sedia dihadapkan ke mahkamah andai didapati beliau melakukan sebarang kesalahan.

Bagi Muhyiddin pula, beliau lebih senang mengalunkan irama penafian tanpa sedikitpun berhajat untuk mengambil tindakan undang-undang. Adakah ini langkah anak jantan seperti yang beliau laungkan sebentar tadi? Bagaimana pula mentor beliau Tun M yang sehingga kini cukup takut untuk mengheret mana-mana pihak yang mendakwa beliau melesapkan RM 100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya?

Adakah beliau mahu mengatakan bahawa Tun M pengecut dan tidak berani mendakwa mana-mana pihak yang kononnya memfitnah dirinya? Sebenarnya, bukan hanya kisah kecurangannya sahaja yang telah didedahkan, tetapi bagaimana beliau melesapkan RM 4.077 bilion dalam satu projek 1BestariNet yang jelas gagal sama sekali hasil daripada kerjasama dengan YTL yang diterajui oleh kroni utama Tun M, Tan Sri Francis Yeoh.

Muhyiddin harus sedar, bukan hanya kecurangannya dengan Nika Gee sahaja yang sudah terdedah, malah isu yang membabitkan dirinya dengan Istana Johor sepanjang beliau menjadi Menteri Besar juga sudah didedahkan kepada orang ramai. Apa yang pasti, kem Datuk Seri Najib tidak terlalu kemaruk seks sehingga menjaja kisah kecurangannya dengan Nika Gee sahaja untuk menjatuhkannya.

Thursday, September 1, 2016

Lontaran Dadu Mahathir Yang Terakhir


Gerakan ini mengambil masa 30 bulan dan RM1.4 bilion untuk dilaksanakan. Pada 29 Julai 2015 langkah pertama untuk menggulingkan Najib gagal. Kemudian pada 26 Julai 2016 langkah itu gagal juga. Mahathir menyalahkan tiga Tan Sri atas kegagalan ini. Mahathir mahu tiga Tan Sri turut diseret bersama sekiranya “kapal tenggelam”. Jadi ketiga-tiga mereka perlu membuat keputusan sekarang sama ada “jatuh” dengan Mahathir atau lari menyelamatkan diri.

Budak berusia sepuluh tahun dihantar ke pejabat pengetua kerana memanggil rakan sekelasnya bodoh. “Minta maaf,” kata pengetua, dan budak lelaki itu berpaling kepada rakan sekelas beliau dan berkata, “Saya minta maaf anda bodoh.”
Ya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meminta maaf, seperti dia lakukan baru-baru ini dalam catatan blog beliau, anda perlu mengkaji permohonan maaf beliau dan melihat maksud di sebaliknya. Mahathir tidak pernah meminta maaf, tidak pernah dalam satu juta tahun pun, jadi jika dia melakukannya maka anda perlu bertindak dengan cara Trojans perlu melayan kuda kayu, iaitu dengan terlampau berhati-hati, prejudis dan syak wasangka.
Selain daripada ‘permohonan maaf’ beliau kerana menghapuskan kuasa daripada empat cabang kerajaan (Eksekutif, Perundangan, Kehakiman dan Raja) dan menumpukan semua kuasa ini di tangan hanya Eksekutif (Perdana Menteri), Mahathir mengejutkan negara dengan mendedahkan kewujudan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga mendedahkan bahawa PM akan berjaya digulingkan jika tiga Tan Sri tidak dikhianati oleh salah seorang daripada mereka sendiri.
Konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri memang wujud dan konspirasi gagal kerana pengkhianatan oleh salah seorang daripada rakan-rakan pengkomplot mereka. Malah, Malaysia Today telah mendedahkan perkara ini lebih daripada setahun yang lalu tetapi hanya sekarang Mahathir mengakuinya. Jadi mengapa hanya sekarang dia mengaku selepas menafikan dan mengatakan yang ia satu pembohongan sejak tahun 2015? Seabnya sama seperti mengapa beliau memohon maaf atas apa yang dia lakukan 25 tahun yang lalu (menghapuskan kuasa Raja-Raja dalam peranan semak dan imbang). Dia mahu untuk “mencuci tangannya” atas apa yang berlaku.
Untuk makluman, mula-mula Mahathir berkata pada awal minggu ini bahawa Najib telah digulingkan jika Abu Kassim Mohamed (Ketua Pengarah SPRM), Abdul Gani Patail (bekas Peguam Negara) dan Zeti Akhtar Aziz (bekas Gabenor Bank Negara) tidak dikhianati. Salah seorang daripada tiga tan sri telah mengkhianati dua pengkomplot yang lain, kata Mahathir.
Pada hari berikutnya, Mahathir mengubah cerita beliau dan berkata bahawa sebenarnya terdapat konspirator keempat yang mengkhianati tiga tan sri tersebut- Abu Kassim, Gani dan Zeti. Apabila ditanya sama ada tan sri keempat adalah Ketua Polis Negara, Mahathir enggan menjawab dan memberikan alasan rasa takut akan ditangkap sebagai sebab dia tidak boleh menamakan orang tersebut.
Menurut Raja Petra, meneka tan sri ke empat yang Mahathir maksudkan begitu mudah. Ada empat orang yang mengetuai Pasukan Petugas Khas – Abu Kassim, Gani, Zeti dan Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Jadi, jika Abu Kassim, Gani dan Zeti telah dikhianati oleh orang yang keempat, maka pengkhianat ini adalah Ketua Polis Negara. Adakah anda memerlukan PhD untuk meneka?,
Sebenarnya, memang benar terdapat empat orang mengetuai Pasukan Petugas Khas – Abu Kassim, Gani, Zeti dan Khalid, menurut Raja Petra lagi. Tetapi Pasukan Petugas ini telah ditubuhkan secara haram tanpa persetujuan atau pengendorsan Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri. Dalam erti kata lain, ia adalah satu bentuk operasi rahsia atau sulit seperti yang dilaksanakan oleh CIA biasanya dalam Black Ops. Kerja Pasukan Petugas Khas bukanlah untuk menyiasat jenayah, seperti yang mereka dakwa. Tugasnya adalah untuk melakukan jenayah – menggulingkan Perdana Menteri.
Tambahan pula, Pasukan Petugas telah ditubuhkan dua bulan selepas kertas pertuduhan untuk menangkap Najib dibuat. Mereka memberi alasan kononnya Pasukan Petugas telah ditubuhkan untuk menyiasat kisah Wall Street Journal (WSJ) mengenai 1MDB.
Sebenarnya Pasukan Petugas telah ditubuhkan sebelum cerita WSJ timbul. Jadi bagaimana mereka boleh mengatakan yang Pasukan Petugas telah ditubuhkan sebagai tindak balas kepada kisah WSJ sedangkan cerita WSJ itu dibuat selepas penubuhan Pasukan Petugas? Dan sejak bila pula Pasukan Petugas Khas ditubuhkan sebagai tindak balas kepada laporan akhbar? Jika mereka berbuat demikian maka Malaysia akan mempunyai beribu-ribu Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk setiap cerita akhbar.
Apabila Ketua Polis Negara menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena, dia menarik diri daripada Pasukan Petugas Khas, yang sebenarnya didepan konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri. Kemudian polis cawangan khas berjumpa Ketua Polis Negara dan mengancamnya, menurut Malaysia Today.
Pertelingkahan berlaku di antara orang nombor dua daripada Cawangan Khas dan Ketua Polis Negara. Mereka marah Ketua Polis Negara menarik diri apabila beliau menyedari bahawa ia adalah satu Pasukan Petugas haram. Mereka boleh dikatakan mengancam Ketua Polis Negara dengan bermacam-macam cara. Mereka memerlukan Ketua Polis Negara dalam konspirasi kerana mereka perlukan polis menangkap Najib pada 29 Julai 2015. Cawangan Khas, AG, SPRM atau Bank Negara tidak boleh berbuat demikian. Polis yang perlu berbuat demikian.

Anwar-arrest
SWAT team menangkap Anwar pada malam 20th September 1998 
dengan arahan tembak hingga mati jika diperlukan.

Malah, mereka bimbang pihak keselamatan Perdana Menteri mungkin menghalang penangkapan Najib. Jadi mereka memerlukan pasukan SWAT polis untuk menangkap Najib sebagaimana mereka menahan Anwar Ibrahim di rumahnya pada malam 20 Sep 1998 (gambar di atas). Kemudian jika pengawal peribadi Najib campur tangan pasukan SWAT boleh menembak mereka mati seperti yang mereka lakukan terhadap Bentong Kali ketika dia sedang tidur di atas katil, menurut Raja Petra lagi.
Dan ini menjelaskan mengapa apabila Peguam Negara dan Timbalan Perdana Menteri telah disingkirkan dua hari sebelum 29 Julai 2015, nombor satu dan nombor dua dari Cawangan Khas juga telah dipecat. (Dan selepas itu nombor dua Cawangan Khas mengadakan sidang akhbar secara terbuka berikrar taat setia kepada Mahathir).

Hamid-Bador
Hamid Bador, orang nombor dua Cawangan Khas, berikrar taat setia kepada Mahathir – “Saya tidak akan berpaling menentang Tun Dr Mahathir walaupun bagaimana sekali pun.”

Jadi Mahathir sangat sakit hati dengan Ketua Polis Negara atas kegagalan rampasan kuasa 29 Julai 2015 dan atas sebab itu beliau menuduh Ketua Polis Negara mengkhianati tiga Tan Sri. Itu mungkin benar untuk gerakan 29 Julai 2015 tetapi Ketua Polis Negara tidak terlibat dalam gerakan 26 Julai 2016. Jadi mengapa beliau cuba untuk mengaitkan Ketua Polis Negara juga?
Ia adalah cubaan untuk membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Mahathir marah dengan tiga Tan Sri dan beliau mahu kenakan mereka. Kemudian dia berfikir jika dia akan “membunuh” tiga Tan Sri, dia mungkin juga boleh “membunuh” tan sri ke empat dan “get four for the price of three”. Itulah sebabnya selepas membabitkan tiga Tan Sri dalam konspirasi dan pengkhianatan, pada hari berikutnya dia mengubah ceritanya kepada empat Tan Sri – bak kata pepatah Melayu, alang-alang mandi biar Basah.

Tunku-Aziz-1

Utusan-26-August-2016

Jadi sekarang tiga Tan Sri – Abu Kassim, Gani dan Zeti – telah dituduh. Mereka menubuhkan Pasukan Petugas Khas sebelum laporan WSJ pada 1MDB dan kemudian memberitahu yang ia ditubuhkan (yang bermaksud selepas) cerita WSJ itu. Kemudian mereka membuat kertas pertuduhan sebelum penubuhan Pasukan Petugas Khas (apabila ia sepatutnya dilakukan selepas siasatan oleh Pasukan Petugas).
Dan orang yang menuding jari pada tiga Tan Sri (dan hari seterusnya mengubah cerita itu kepada empat Tan Sri) adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Pembangkang baru bagi Pakatan Harapan, pengasas (Kempen Anti-Najib) ANC itu, dalang Kempen Selamatkan Malaysia, arkitek Deklarasi Rakyat, dan pengasas parti semua Melayu baru, Pribumi.
Mahathir benar-benar marah sepanjang bulan lepas sejak 26 Julai 2016 – hari Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun, membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail , dan bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Abu Kassim Mohamed – tiga Tan Sri telah mengelakkan dia dan enggan menerima panggilan telefon beliau.
Seperti apa yang Malaysia Today melaporkan bulan yang lalu – selepas pengumuman the US Justice Department dan Peguam Negara AS dari 20 Julai 2016 – tiga Tan Sri sepatutnya telah mengadakan sidang akhbar semasa majlis makan malam perpisahan Abu Kassim-26 Julai, kemudian Mahathir akan mengadakan sidang akhbar di Jakarta dengan media antarabangsa.
Sebelum mereka boleh mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur dan Jakarta, Khairul membuat laporan polis, dengan itu memusnahkan segala-galanya. Petang itu, Abu Kassim berlari-lari ke pejabat Najib untuk cuba untuk bertukar arah (pengkhianatan yang pertama) tetapi Perdana Menteri enggan berjumpa dengannya. Petang itu, Gani tidak menghadiri makan malam perpisahan Abu Kassim supaya dia boleh menjauhkan dirinya daripada konspirasi (pengkhianatan kedua) kerana unsur kejutan kini hilang dan ia akan menjadi sia-sia untuk meneruskan. Kemudian, semasa makan malam perpisahan Abu Kassim, apabila media bertanya Zeti untuk mendapatkan komen beliau, daripada berkata apa yang dia sepatutnya berkata, dia hanya berkata ‘tiada komen’ (pengkhianatan ketiga).
Itu adalah pengakhiran sidang akhbar Kuala Lumpur manakala sidang media Mahathir di Jakarta juga terpaksa dibatalkan. Sejak itu tiga Tan Sri telah mengelak dari Mahathir kerana mereka tahu mana-mana kerjasama dengan Mahathir hanya akan membuktikan laporan polis Khairul sebagai betul.
Ketua Polis Negara juga sangat bijak. Beliau mengumumkan bahawa laporan polis Khairul adalah berdasarkan sangkaan semata-mata atau andaian, oleh itu polis tidak akan mengambil langkah selanjutnya. Selagi tiga Tan Sri menjauhi Mahathir maka mereka selamat. Apabila mereka bertemu dengan Mahathir dan mula merancang tindakan lanjut, Ketua Polis Negara boleh membuka kes itu berdasarkan apa Khairul laporkan – yang bererti bahawa konspirasi sememangnya wujud.
Jadi Mahathir tahu ketiga mereka memilih jalan selamat. Jika mereka jaga kelakuan maka tiada apa yang akan berlaku. Tetapi jika mereka terus menjadi anjing Mahathir, maka satu siasatan ke atas perbuatan khianat mereka mungkin akan dilancarkan.
Oleh itu Mahathir menuding jari ke arah mereka. Ini adalah mesej Mahathir kepada mereka bahawa mereka tidak boleh memilih jalan selamat. Jika dia “jatuh” maka dia akan membawa mereka bertiga bersamanya. Jadi, jika mereka fikir mereka boleh menjauhkan diri daripadanya maka mereka silap. Nasib mereka terikat kepada nasib Mahathir.
Kini tiga Tan Sri sedar bahawa mereka adalah “collateral damage” semata-mata. Mahathir telah menunjukkan, bahawa apabila sudah terlalu terdesak, dia tidak akan teragak-agak untuk “membunuh” mereka. Menurut Mahathir, mereka bertiga terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Najib tetapi ia gagal kerana mereka telah dikhianati (dan pengkhianatan hanya boleh berlaku dalam konspirasi). Dan Mahathir menambah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi itu.
Mahathir tahu bahawa satu-satunya cara ketiga-tiga mereka membebaskan diri adalah dengan mengatakan yang mereka telah dipaksa untuk menyertai konspirasi. Oleh itu, mereka tidak mempunyai pilihan dan tidak menyertai secara sukarela. Ini bermakna ketiga-tiga boleh “membunuh” Mahathir. Jadi, sebelum mereka berbuat demikian, Mahathir melemparkan mereka di bawah dahulu. Jadi sekarang mereka tidak boleh menggunakan cerita yang Mahathir memaksa mereka sebagai alasan mereka.
Apabila Mahathir mula-mula menuding jari pada tiga Tan Sri, ramai menyangka bahawa kali ini orang tua yang nyanyuk telah ditiup. Sebenarnya Mahathir tahu dengan tepat apa yang dia lakukan. Sebelum tiga Tan Sri boleh membocorkan rahsia, Mahathir cepat “cuci tangan” dengan mengenal pasti mereka sebagai konspirator dan mengatakan bahawa mereka telah dikhianati dan mengisytiharkan bahawa dia tidak terlibat dalam konspirasi itu.
Mahathir meletakkan tiga Tan Sri (dan kemudian cuba untuk meletakkan keempat) dalam perahu dan menolak mereka ke tengah-tengah tasik tanpa memberi mereka pendayung. Dan satu-satunya orang yang boleh membawa mereka semua kembali dengan selamat ke pantai adalah Mahathir. Jadi, menyokong Mahathir atau lemas, adalah mesej mudah. Dan jika anda cuba untuk belot maka anda akan mati.
Untuk memahami kemarahan Mahathir anda perlu mengimbas kembali ke awal tahun 2014 apabila seluruh plot bermula. Dan plot itu sebenarnya dicadangkan pada akhir 2013, hampir tiga tahun yang lalu (READ: Pro-Anwar site says it’s all about making Mukhriz the PM).
Selama 18 bulan dari awal 2014 hingga Julai 2015 Mahathir berkomplot dan merancang. Bahawa gerakan 18 bulan menelan belanja RM600 juta dan melibatkan, antara lain, mensabotaj IPO 1MDB, menyekat pinjaman bank kepada 1MDB, membentuk satu Pasukan Petugas Khas (haram), memalsukan bukti, menjual maklumat dan dokumen yang bocor, memalsukan kertas pertuduhan, ditambah memberi rasuah kepada wartawan dan penulis blog di UK, Amerika Syarikat, Australia, dan lain-lain, untuk menulis cerita-cerita negatif Najib, keluarga dan 1MDB.
Pendek kata, 1MDB akan membawa Najib ke bawah dan ia akan berlaku pada 29 Julai 2015. Tetapi ia tidak berlaku dan sebaliknya pengkomplot semuanya dipancung satu demi satu.
Setelah gagal untuk menggulingkan Najib pada 29 Julai 2015, Mahathir cuba undi tidak percaya di Parlimen pada bulan Oktober dan perkara yang sama pada Perhimpunan Umno pada bulan Disember, kedua-duanya juga gagal.
Selepas gagal cubaab rampasan kuasa pada 29 Julai 2015 , Mahathir menghantar Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang ke Amerika Syarikat dan beberapa negara lain untuk cuba mendapatkan negara-negara asing untuk terlibat. Pada akhir 2015, Dr Mahathir berkata mereka tidak mempunyai pilihan tetapi melainkan mendapatkan bantuan daripada negara-negara asing memandangkan Parlimen Malaysia dan Umno tidak akan memecat Najib.
Kemuncaknya pada sidang media 20 Julai 2016 oleh Peguam Negara US,  Loretta Lynch dan Jabatan Kehakiman.
Jadi pada 29 Jul 2015 langkah untuk menggulingkan Najib gagal selepas 18 bulan dan RM600 juta dibelanjakan. Tetapi sekarang telah digantikan dengan langkah 20 Jul 2016 yang mengambil masa selama setahun dan RM800 juta lagi. Tiga puluh bulan dan RM1.4 bilion – ia merupakan kiraan dalam masa dan wang. Dan kali ini ia tidak akan gagal seperti pada bulan Julai 2015.
Tetapi kesilapan demi kesilapan berlaku, Malaysia Today telah menulis tentang perkara ini sebelum itu, yang anda boleh baca di sini:
Menurut undang-undang Murphy,‘anything that can go wrong will go wrong’. Dan banyak perkara tidak kena pada 26 Julai 2016. Dan jika Mahathir tidak boleh menyelamatkan keadaan maka ia adalah “game over” untuknya.
Beberapa hari yang lepas, Tamrin Ghafar mengumumkan bahawa dia meninggalkan Mahathir. Dan dia adalah hanya satu daripada mereka yang telah berbuat demikian sejak beberapa bulan lepas. Dua pemimpin bahagian Umno dari Johor dan seorang dari luar Johor juga telah mengubah fikiran mereka. Sejak beberapa bulan yang lepas, ramai yang bertindak seperti tiga Tan Sri telah menyembunyikan diri dan enggan menjawab panggilan Mahathir.
Mukhriz anak Mahathir telah hilang kerja sebagai Menteri Besar Kedah. Anak beliau Mokhzani pula mungkin didakwa atas “insider trading” dan boleh dipenjarakan. Anak beliau Mirzan juga tidak selamat. Perkara terakhir yang Mahathir mahu adalah melihat ketiga-tiga anak-anaknya “habis”. Sebagaimana yang mereka katakan, tidak ada hukuman yang paling teruk kepada ibu bapa untuk “mengebumikan” anak mereka. Dan dalam kes Mahathir kita bercakap mengenai tiga anak beliau.
Mahathir berharap Raja-Raja akan campur tangan dan membantu menggulingkan Najib. Walau bagaimanapun, Raja-Raja membenci Mahathir dan lebih suka melihat dia yang “dikebumikan”. Setakat ini hanya Sultan Johor secara terbuka menghentam Mahathir tetapi ramai Raja-Raja lain berkata apa HRH berkata, cuma tidak secara terbuka.
Jadi apa lagi yang Mahathir ada? Ahli politik bersara,  ahli-ahli politik tahun 70-an dan 80-an, pesara pegawai kanan kerajaan yang digunakan untuk mengetuai jabatan tetapi kini ketakutan mereka mungkin dipenjarakan kerana pengkhianatan, dan orang-orang seperti Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang, Zainuddin Maidin, Kadir Jasin dan ramai yang “barang tamat tempoh” dan tidak boleh merancang strategi jika kehidupan mereka bergantung padanya.


ASAL BUKAN UMNO, ASAL BUKAN NAJIB, ASAL BUKAN 1MDB, PENGHINAAN KE ATAS MELAYU-BUMIPUTERA DAN ISLAM PUN TAK MENGAPA!!!




Semuanya bermula sebagai ASALKAN BUKAN UMNO...

Kemudian menjadikan ISU 1MDB sebagai matlamat menghalalkan cara... atau lebih tepat lagi menutup motif dan objektif sebenar perjuangan.

Ketika pro-Najib dan pro-Mahathir bercekau tentang 'siapa yang lebih benar', isu 1MDB terus menjadi penghangat perbalahan. 1MDB dijadikan sebagai kambing hitam untuk menyalahkan pentadbiran Najib, sekalipun penjelasan demi penjelasan, penerangan demi penerangan, bukti demi bukti tentang keupayaan dan perubahan 1MDB di bawah pentadbiran Arul Kanda berbanding di bawah pengurusan terdahulu yang telah bercempera, dengan sebahagian daripada mereka melarikan diri daripada tindakan undang-undang di Malaysia, dibuat dari semasa ke semasa. Tuduhan-tuduhan bahawa 1MDB telah mengalami kerugian besar dan kerugian besar tersebut terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia, bertukar menjadi penjualan aset iaitu tanah kepada pihak asing seolah-olah negara ini tidak ada Kanun Tanah Negara yang jelas terpampang mengenai pemilikan asing ke atas tanah di dalam negara ini setelah kumpulan anti 1MDB gagal menunjukkan bukti sepertimana yang mereka laung-laungkan selain hanya HEARSAY sepertimana yang kerap diperakui oleh Mahathir dan Muhyiddin.

Kemudian muncul pula gelombang #TANGKAPMO1 yang dijayakan oleh pelajar-pelajar universiti dari bangsa Melayu yang diketuai oleh seorang pelajar perempuan yang bidang pengkhususannya adalah linguistik Arab dengan pembiayaannya pula adalah daripada pinjaman PTPTN.

Maka dalam kecelaruan dan semangat membara untuk menuntut keadilan dan kebenaran itulah, satu pihak lagi yang selama ini bertepuk tangan dan bersorak apabila golongan majoriti berpecah dan bercekau antara satu sama lain, menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.

Gerakan LGBT dan Liberalisme yang sentiasa menunjukkan bahawa Islam adalah sebuah agama jumud, manakala penganutnya pula adalah golongan gasar yang masih bangga dengan panah, pedang dan kuda, telah menganjurkan satu majlis MENGHINA ISLAM dan INSTITUSI ISLAM beberapa hari lepas di Petaling Jaya.

Dengan beralasankan ia adalah satira semata-mata dengan tujuan bergurau, anugerah diberikan kepada individu atau entiti yang tidak mengiktiraf kepercayaan kaum LGBT yang mahu umat Islam mengiktiraf mereka. Antara yang diberikan anugerah oleh gerakan yang memperjuangkan kebebasan seks itu adalah Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Ada yang seronok dan meloncat-loncat. Medium pro mereka membesar-besarkan cerita tersebut tanpa sebarang sanggahan kecuali segelintir yang dapat melihat apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh pihak terbabit.


Kemudian, hakim Mahkamah Sesyen Kajang memutuskan bahawa Presiden ISMA, Abdul Zaik Abdul Rahman bersalah di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 setelah mengeluarkan artikel berjudul "Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan" di laman web Isma dua tahun lalu.

Mei lalu, mahkamah yang sama membebaskan Abdul Zaik atas tuduhan utama kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan namun mengarahkan beliau untuk membela diri atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Teresa Kok dan Lim Lip Eng dari DAP segera mengambil kesempatan dengan mendesak Abdul Zaik meminta maaf kepada masyarakat Cina di seluruh Malaysia dengan alasan, Abdul Zaik bertuah kerana tidak dipenjarakan setelah mahkamah mendapati dia bersalah kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan. 

Kedua-dua orang ini yang cukup terkenal dengan provokasi-provokasi ke atas orang Melayu, India dan umat Islam, bertindak seperti cacing naik ke mata walaupun Abdul Zaik hanya didapati bersalah kerana menerbitkan artikel tersebut berbanding melakukan hasutan seperti yang terkandung dalam Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.


Pada masa yang sama, Teng Chang Kim mewakili DAP dalam Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan penghapusan diskaun 10% bagi pemilikan aset di kalangan Melayu-Bumiputera. Ada pembelaan ke atas keputusan tersebut dengan hujah, Melayu tidak berkemampuan untuk membeli hartanah mewah. Jadi kewujudan diskaun tersebut tidak mendatangkan sebarang makna dan penghapusannya juga lebih memudahkan.


Lim Guan Eng dalam perutusannya, sekali lagi beretorik tentang rasisme dan eksploitasi agama demi kemerdekaan negara. Namun orang yang sama jugalah, menggalakkan provokasi ke atas agama dan umat Islam termasuklah yang terbaharu menerusi cetakan sebuah hadis di punggung patung beruang yang terdapat dalam satu pameran di tengah padang di Pulau Pinang sempena Hari Kebangsaan. 




Patung-patung tersebut kemudiannya telah dipindahkan dan dihilangkan apabila Netizen memuatnaik gambar-gambar ke Facebook dan tindakan provokasi tersebut menerima kecaman teruk daripada Netizen lain.

Persoalannya sekarang ialah, mengapa provokasi ke atas Islam dan umat Islam begitu berleluasa tetapi tidak pula dianggap sebagai satu bentuk ekploitasi agama? Apakah kerana ianya Islam? 


Melayu-Bumiputera dan umat Islam sentiasa disibukkan dengan isu-isu yang telah disensasikan dan diperbesar-besarkan. Tidak sukar untuk menaikkan sentimen Melayu-Bumiputera dan umat Islam yang berasakan mereka serba tahu dan serba bertanggungjawab. Namun mereka juga tidak sedar, bahawa mereka sebenarnya sedang diserang di sebalik sokongan yang diberikan oleh puak berkenaan kepada mereka. 

Hanya kerana ASALKAN BUKAN UMNO... ASALKAN BUKAN NAJIB... dan ASALKAN BUKAN 1MDB!!!

[ Baca artikel asal di sini ]