"BETUL
KE UBAT KERAJAAN MURAH TIDAK BERKUALITI?"
“Dziehan,
memang ubat yang Umi amik di hospital atau ubat kerajaan ini tidak
berkualiti ker?”.
“Ubat
Tiruan ker?”
“Hmmmm
siapa cakap ubat kerajaan ubat tiruan dan tidak berkualiti ini Umi?”
“Mak
Kiah (bukan nama sebenar) ko cakap, dia kata dia cuma amik ubat di
Hospital Swasta dan sebab itu tidak pergi Hospital kerajaan. Ubat
kerajaan tidak berkesan dan ubat murah”
“Kata
Mak Kiah ko, ubat yang mahal itu lebih baik dan bukan ubat tiruan
macam ubat hospital kerajaan”
“Ooooo...
tidak mengapa lah Umi. Pedulikan kata Mak Kiah tu... Setakat ini Umi
makan ubat Hospital berkesan atau makin teruk kencing manis dan darah
tinggi Umi?”
“Doktor
kata penyakit Umi ini terkawal”
“Haaa...
maksudnya berkesanlah tu. Pedulikan kata-kata Mak Kiah itu. Dia tak
faham pasal ubat GENERIK. Lagipun dia berduit, biarkanlah dia
dapatkan ubat-ubat mahal di Hospital swasta tu”
“Apa
benda ubat GENERIK itu, Dziehan? ”
Pernahkah
anda dengar orang berkata-kata “Ubat hospital atau ubat kerajaan
ini murah, tiruan dan tidak berkualiti" ?
Bagi
menjawab semua mitos-mitos ini dan mengenali apa itu ubat
GENERIK...Manfaatkan pembacaan berikut:
The
Saviour
Mitos
1: Ubat generik adalah ubat tiruan.
Fakta: Ubat generik bukan ubat tiruan tetapi adalah ubat yang dikilangkan setelah tempoh paten ubat berjenama asal (innovator) telah luput. Kandungan bahan aktif dalam ubat generik adalah sama dengan ubat berjenama asal dan semua ubat generik perlu dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dikilangkan, diimport dan digunakan di Malaysia. Berlainan dengan 'ubat tiruan', ia tidak dinilai kualiti,keselamatan dan keberkesanannya dan tidak berdaftar dengan PBKD.
Mitos
2: Ubat generik dibuat di kilang yang tidak mengikut piawaian dan
dianggap sebagai ubat 'tepi jalan'.Fakta : Ubat generik dikilangkan
di kilang-kilang farmaseutikal yang mematuhi piawaian Amalan
Pengilangan Baik (APB) sama seperti ubat berjenama asal. Semua ubat
generik sama ada dikilangkan di Malaysia atau diimport dari luar
negara perlu mematuhi APB sebelum boleh didaftarkan oleh PBKD.
Malaysia telah menjadi ahli Pharmaceutical Inspection Cooperation
Scheme (PIC/S) semenjak tahun 2002 yang mana piawaian yang
digunapakai adalah sama seperti yang dilaksanakan di negara-negara
maju seperti Australia, Eropah dan Amerika Syarikat. PBKD melalui
sekretariatnya iaitu Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara (ARFN)
perlu melakukan pemeriksaan APB terhadap premis-premis pengilang ubat
generik dan ubat berjenama asal yang terletak di Malaysia dan di luar
negara. Ini bermakna bahawa tahap APB pengilang ubat generik adalah
sama seperti pengilang ubat berjenama asal.
Mitos
3: Ubat generik tidak selamat.Fakta: PBKD telah menetapkan syarat
supaya ubat-ubat generik mematuhi aspek-aspek kualiti, keselamatan
dan keberkesanan seperti yang telah dikenakan terhadap ubat-ubat
berjenama asal kerana ubat generik mengandungi bahan aktif yang sama
seperti ubat berjenama asal. Oleh yang demikian, ubat generik
mempunyai kebaikan dan risiko penggunaan yang sama seperti ubat
berjenama asal.
Mitos
4: Ubat generik berharga murah, oleh yang demikian ianya tidak
berkesan untuk merawat penyakit.Fakta: Syarikat ubat berjenama asal
telah mengeluarkan belanja yang besar untuk menjalankan aktiviti
penyelidikan dan kajian klinikal, justeru perlu mengenakan harga yang
tinggi ke atas ubat untuk mendapatkan semula modal yang telah
dikeluarkan. Syarikat yang mengeluarkan ubat generik tidak perlu
mengeluarkan belanja yang tinggi untuk aktiviti penyelidikan dan
tidak perlu mengulangi kajian klinikal yang sama seperti yang telah
dilakukan terhadap ubat berjenama asal kerana bahan aktif yang
terkandung dalam ubat generik adalah sama seperti ubat berjenama
asal. Oleh yang demikian, ubat generik boleh dipasarkan dengan harga
yang lebih rendah. Namun demikian, ubat generik masih tertakluk
kepada semua keperluan yang telah ditetapkan oleh PBKD daripada aspek
kualiti , keselamatan dan keberkesanan. Rakyat Malaysia perlu sedar
bahawa 'Ubat Murah' bukan ’Berkualiti Rendah' dan perlu mengikis
persepsi negatif terhadap ubat generik, cuba dahulu, baru tahu
kesannya.
Mitos
5 : Ubat generik mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan
dalam merawat penyakit berbanding ubat berjenama asalFakta: PBKD
telah melaksanakan keperluan kajian bioekuivalens (BE) atau ujian
kesetaraan-bio terhadap ubat-ubat generik sejak tahun 1999. Kajian BE
dijalankan terhadap ubat generik bertujuan untuk membuktikan bahawa
ubat generik dapat memberi kesan yang sama dan dalam masa yang sama
seperti ubat berjenama asal. Kajian BE menggunakan manusia sebagai
subjek dan penentuan bioekuivalens adalah melalui pengukuran
kepekatan ubat generik dalam darah dan dibandingkan dengan kepekatan
ubat berjenama asal dalam darah bagi subjek yang sama. Kajian BE
merupakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan bahawa
keberkesanan sesuatu ubat generik adalah sama dengan ubat berjenama
asal dalam merawat pesakit dan keadaan ini membolehkan sesuatu ubat
generik disaling tukar gantikan dengan ubat berjenama asal.
Mitos
6: Ubat generik tidak mematuhi keperluan pendaftaran setelah
dipasarkan kerana tidak dipantau oleh pihak berkuasa.Fakta: Malaysia
mempunyai sistem regulatori farmaseutikal yang mantap dan bertaraf
antarabangsa. Setelah ubat-ubat generik didaftarkan, PBKD akan
sentiasa memastikan bahawa ubat-ubat generik tersebut masih mematuhi
keperluan pendaftaran daripada aspek kualiti, keselamatan dan
keberkesanan melalui program pemonitoran ubat-ubat berdaftar di
pasaran. PBKD tidak akan teragak-agak untuk membatalkan pendaftaran
ubat-ubat generik yang didapati tidak berkualti, tidak selamat dan
tidak berkesan serta berkuasa untuk menarik balik ubat-ubat tersebut
dari pasaran.
Jadi...
Bagi yang berkemampuan boleh dapatkan ubat inovator atau ubat asal yang berharga mahal
Bagi
yang kurang berkemampuan atau ingin berjimat, mungkin ubat generik
adalah pilihan yang bijak. Harga yang berpatutan dan kualiti dan
keberkesanan yang sama dengan ubat asal.
Ingat...
"UBAT GENERIK BUKAN UBAT TIRUAN"
Pegawai
Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Mohd Dziehan Mustapa
The
Saviour
Ubat generic adalah ubat tiruan yg dilesenkan...harganya pun lebih murah sebab pengeluar tidak perlu mengeluarkan modal untuk buat R &D...Admin jangan nak spin là..
ReplyDelete