■ Projek
pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
diistilahkan sebagai 'Projek Gajah Putih'. Ianya dibina semasa Tun
Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia melibatkan juga 'pinjaman
dari Luar Negara' untuk jangka masa selama 25 tahun yang dijamin oleh
kerajaan Malaysia.
■
Pelan
pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila Lapangan Terbang
Antarabangsa Subang (kini Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah)
tidak lagi mampu menampung bilangan penumpang yang semakin meningkat.
■
Lokasi
KLIA terletak di daerah Sepang, Selangor hampir 50km jaraknya dari
ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah RM8.5 bilion
atau AS$3.5 bilion telah dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998.
■
Pada
bulan Julai 1994, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir atas nama
kerajaan Malaysia telah meminjam 50.3 billion Yen atau RM1.17 billion
(RM1 = 43.10 Yen) daripada kerajaan Jepun melalui Japanese
International Cooperation Agency (JICA) atas tajuk membiayai
sebahagian kos membina Lapangan terbang KLIA.
■
Pinjaman
bernilai 50.3 billion Yen diluluskan oleh kerajaan Jepun bagi jangka
masa 25 tahun dengan kadar faedah 3% dan pada 7 tahun pertama
kerajaan Malaysia tidak perlu membayar apa2 kepada kerajaan Jepun.
■
Sehingga
kini pinjaman tersebut masih lagi ditanggung oleh kerajaan Malaysia
pimpinan DS Najib. KLIA Berhad adalah agensi yang digunakan untuk
meminjam daripada Official Development Assistance (ODA) di bawah
kerajaan Jepun sehingga sekarang seperti yang tercatat di dalam
Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015.(Sila klik link di bawah
dan lihat m/s 279 Lampiran
6)
http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-ag/terbitan/penyata-kewangan-kerajaan-persekutuan/book/83-penyata-kewangan-tahun-2015/4-penyata-kewangan-kerajaan-persekutuan
http://www.anm.gov.my/index.php/arkib-ag/terbitan/penyata-kewangan-kerajaan-persekutuan/book/83-penyata-kewangan-tahun-2015/4-penyata-kewangan-kerajaan-persekutuan
■
Penyata
kewangan yang bertarikh 31 Disember 2015 menunjukkan, kerajaan masih
menanggung RM320 juta hutang pembinaan KLIA kepada kerajaan Jepun.
Persoalan: Adakah Masih Tun Mahathir mahu menafikan yang beliau
pernah meminjam DANA dari luar negara?. Dan pinjaman tersebut juga
dijamin oleh kerajaan Malaysia?.
■
Suatu
ketika dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'anak emas' dan
sekutu kuat Tun Mahathir. Beliau dibawa masuk ke dalam UMNO oleh Tun
Mahathir pada 29hb Mac 1982. Pada 1hb Disember 1993, DSAI memenangi
kerusi Timbalan Presiden UMNO. Dan beliau telah dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tahun 1993 sehingga tahun 1998,
DSAI memegang 2 portfolio penting di dalam kerajaan Malaysia iaitu
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan secara serentak.
■
Landskap
pentadbiran yang mengutamakan kronisme dan nepotisme telah merubah
segala2nya. Sejarah Konflik pengukuhan kuasa dan perluasan pengaruh
antara Tun Mahathir dan DSAI dapat dilihat dengan jelas pada 4
perhimpunan agung UMNO (PAU) sehingga PAU tahun 1998.
■
Di
PAU 1998 juga, DSAI menerima serangan berupa cetakan 2 naskah buku
yang diedar kepada sesiapa yang hadir secara percuma bagi membongkar
kegiatan tidak bermoral DSAI melalui buku “Talkin Untuk Anwar”
dan “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM” oleh Khalid
Jafri.
■
Tun
Mahathir mendakwa ada usaha2 campurtangan pihak asing untuk
menjatuhkan beliau dengan menamakan DSAI sebagai pengganti Perdana
Menteri disebabkan beliau enggan menerima pakej bantuan Tabung
Kewangan Antarabangsa, IMF bagi memulihkan ekonomi pada 1997. Pada
2hb September 1998 DSAI dipecat dari segala jawatannya yang ada di
dalam kerajaan.
■
Pada
21hb September 1998 beberapa pengikut DSAI telah ditahan mengikut
Seksyen 73 (1) ISA 1960 dituduh terlibat dalam kegiatan yang boleh
memudaratkan keselamatan negara.
■
Antara
yang ditahan ialah Datuk Kamaruddin Jaafar (kini MPs PKR Tumpat), DS
Zahid Hamidi (kini TPM), Asmaon Ismail, DS Dr. Zamberi Abd. Kadir
(kini Menteri Besar Perak), Profesor Dr. Sidiq Baba, Kamarudin Mohd.
Noor, Tamunif Mokhtar, Amidi Datuk Abdul Rahman, Ahmad Azam
Abdul Rahman, Mukhtar Redhuan, Shaharuddin Badaruddin dan Abdul Halim
Ismail.
■
"Lawan
Tetap Lawan" itulah motto DSAI! Menerusi siaran berbayar saluran
CNBC Amerika pada24hb September 1998 DSAI menuduh keluarga Perdana
Menteri, Tun Mahathir mempunyai kepentingan besar dalam projek KLIA
dan beberapa projek mega yang lain.
■
Zaleha
Mohd. Ali (ipar Tun Mahathir) dianugerahkan kontrak 'supply' dan
pembinaan KLIA dengan mengaut untung "atas angin".
Sementara kontrak SUKOM diberi kepada General bersara Hashim Mohd.
Ali (juga ipar Tun Mahathir) sebagai sumber untuk menjarah kekayaan.
Kedua2 mereka tiada kepakaran dalam urusan dibidang itu.
■
Pada
28hb September 1998 dalam akhbar NSTP sewaktu menjawab tuduhan DSAI
terhadap Tun Mahathir, Timbalan Menteri di JPM pada waktu itu Datuk
Fauzi Abdul Rahman memaklumkan bahawa DSAI telah anugerahkan projek2
kepada kroni2nya ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.
■
Kedudukan
DSAI juga sebagai Pengerusi JK Kabinet Mengenai Kemudahan Awam dan JK
Kabinet Mengenai KLIA, di mana beliau mempunyai kuasa sepenuh
terhadap urusan pemberian kontrak.
■
Pengerusi
Institut Kajian Dasar ketika itu Datuk Kamaruddin Jaafar adalah kroni
tegar DSAI, diberi 6kontrak utama projek KLIA melalui syarikat
Lankhorst Pancabumi Contractors Sdn Bhd, iaitu anaksyarikat Lankhorst
Bhd di mana Datuk Kamaruddin Jaafar adalah Pengerusi Eksekutif. 6
pakej ditawarkan kepada Lankhorst Pancabumi dalam projek KLIA iaitu
I.
Pembinaan Terminal Bunga Raya
ii. Pembinaan Balai Bomba
iii. Pembinaan Balai Polis
iv. Kemudahan kuarantin
v. Bangunan FAMA
vi. Landasan kapal terbang.
ii. Pembinaan Balai Bomba
iii. Pembinaan Balai Polis
iv. Kemudahan kuarantin
v. Bangunan FAMA
vi. Landasan kapal terbang.
■
Malaysian
Resources Corporation Berhad (MRCB) diberi beberapa kontrak projek di
KLIA.Satu konsortium membabitkan MRCB, Adranz dan Mudajaya
Corporation diberi kontrak
I.
Membina Sistem Landasan Transit di lapangan terbang KLIA.
■
Kroni2
DSAI mempunyai kepentingan dalam projek2
besar seperti;
besar seperti;
i. Membina KL Sentral bernilai RM4 bilion (MRCB),
ii. Express Rail Link bernilai antara RM3 bilion dan RM4 bilion (Dr Abdul Rahim Ghouse).
iii. KL Linear City bernilai RM10 bilion (Datuk Kamaruddin Jaafar).
Projek2
lain ialah;
i. Transit Pengangkut Penumpang KL (Datuk Kamaruddin Jaafar).
ii. SabahShipyard Sdn Bhd (Datuk Kamaruddin Jaafar)
iii. Projek IPP Segari bernilai RM4 bilion yangdianggap terbesar di negara ini (MRCB).
iv. Projek Laluan Ekspres Ipoh-Lumutbernilai RM1 bilion (MRCB).
v. Projek IPP Melawa di Sabah bernilai RM120 juta
(Realmild Sdn Bhd) dan
v. Perkhidmatan Sokongan Hospital (Realmild Sdn Bhd).
i. Transit Pengangkut Penumpang KL (Datuk Kamaruddin Jaafar).
ii. SabahShipyard Sdn Bhd (Datuk Kamaruddin Jaafar)
iii. Projek IPP Segari bernilai RM4 bilion yangdianggap terbesar di negara ini (MRCB).
iv. Projek Laluan Ekspres Ipoh-Lumutbernilai RM1 bilion (MRCB).
v. Projek IPP Melawa di Sabah bernilai RM120 juta
(Realmild Sdn Bhd) dan
v. Perkhidmatan Sokongan Hospital (Realmild Sdn Bhd).
■
Bapa
DSAI iaitu Datuk Ibrahim Abdul Rahman adalah Pengerusi Industrial
Oxygen Incorporated Berhad ditawarkan kontrak projek pembangunan
semulaHospital Permai di Johor Bahru.
■
Tetapi
DSAI menafikan mempunyai kepentingan di dalam MRCB namun begitu
beliau mengaku Datuk Kamaruddin Jaafar adalah kroninya. Dalam sidang
media pada 10hb November 1998, DSAI memberitahu bahawa syarikat media
dan infrastruktur, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)
dikuasai kepentingan oleh Realmild (M) Sdn Bhd. Manakala
Realmild pula menguasai MRCB melalui pegangan saham 30% oleh;
- DATUK A.KADIR JASIN Bekas group editor New Straits Times Sdn Bhd
2. Datuk Khalid Ahmad
Bekas Pengarah Urusan NSTP dan Pengarah Urusan TV3.
3. Datuk A.Nazri Abdullah
Bekas group editor Berita Harian Sdn Bhd;
4. Mohd Noor Mutalib
Bekas Pengurus Besar Senior Kumpulan NSTP (production and circulation)
■
Selebihnya
70% saham dipegang oleh Tun Mahathir sebagai pemegang amanah selaku
Presiden UMNO.
■
Pada
tahun 1999, dalam perakuan bersumpah di mahkamah tinggi KL, DSAI
mengesahkan bahawa pemegang saham terbesar Realmild (M) Sdn Bhd
sebanyak 70% adalah atas nama Tun Dr Mahathir sendiri.
■
Selepas
pendedahan tersebut, Tun Mahathir segera meminta DS Abdul Rahman
Maidin mengambil alih saham tersebut (sebagai pemilik baru Realmild
dengan pegangan saham 20%), dan ketika itu baru disebut sebagai milik
UMNO.
■
Perkara
ini terbongkar semula dalam keterangan DS Abdul Rahman Maidin dan
Datuk Nazri Abdullah dalam prosiding mahkamah pada 2hb September 2010
dalam kes 'SAMAN Datuk Khalid Ahmad terhadap DS Abdul Rahman Maidin
(beneficial owner)'.
■
Realmild
(M) Sdn Bhd merupakan syarikat RM2, ditubuhkan pada tahun 1991 telah
menguasai majoriti saham dalam Malaysia Resources Corporation Bhd
(MRCB).
■
Pengakuan
tersebut dibuat oleh DS Ahmad Nazri Abdullah salah seorang daripada
ahli Lembaga Pengarah yang terlibat menubuhkan Realmild dan juga
terlibat ketika membeli konglomerat media News Straits Times Press
(M) Bhd itu daripada RENONG Bhd.
■
Perbicaraan
mengenai tuntutan saman tersebut telah diadakan pada 2hb September
2010 dan 30hb October 2010 di mahkamah tinggi KL di depan hakim Datuk
Mary Lim. Datuk Ahmad Nazri, bekas pengarah Realmild memberitahu
mahkamah, yang beliau memegang 80% saham Realmild (M) Sdn Bhd. Ianya
termasuk 70% pegangan sahamnya (deposition) bagi pihak pemegang
amanah iaitu Tun Dr Mahathir. Perjanjian pegangan saham tersebut
disediakan oleh syarikat guaman Amin & Co di mana Tun Dr
Mahathir, DSAI dan beliau diberi satu salinan perjanjian sebagai
rujukan peribadi.
■
Kepada
Tun Mahathir: Sila kembalikan Wang UMNO kepada UMNO! Pengundi dan
ahli UMNO tidak benarkan wang UMNO digunakan untuk parti PPBM.
■
Bank
of Commerce dikuasai oleh Tun Mahathir melalui MRCB dan Tun Daim
melalui RENONG Bhd. Akhirnya mereka mengambil alih Bank Bumiputra.
Kepentingan Tun Daim lainnya ialah dalam International Bank of
Malaysia dan melalui proksinya dalam Multi-Purpose Bank sebelum
langkah2 penyelamat dan penggabungan bank2 dibuat.
Tulisan
Rozmi Mokhtar
Rozmi Mokhtar
No comments:
Post a Comment