AIDCNews
– DAP kini melabel Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pejuang
‘Malaysian Malaysia’ (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia), visi
yang sama diperjuangkan penasihat parti itu, Lim Kit Siang sejak dari
tahun 1969.
Label
itu cuba dipotretkan oleh organ DAP, Roketkini selepas parti itu
dilanda pelbagai kritikan dalaman termasuk ahli mengumumkan keluar
parti, ekoran perubahan polisi DAP yang berkerjasama semula dengan Dr
Mahathir, musuh nombor satu DAP sebelum ini.
Lim
Kit Siang pernah melabel Dr Mahathir pemimpin korup di Malaysia
menerusi bukunya bertajuk ‘Skandal Kerugian Bank Negara Berjumlah
RM30 bilion Akibat Pertukaran Matawang Asing’ diterbitkan pada
1993, kini telah menukar pendirian bekerjasama politik dengan bekas
Perdana Menteri 22 tahun yang dilabel korup itu.
Perubahan
polisi Kit Siang daripada menentang kepada menyokong Dr Mahathir
telah menimbulkan kekeliruan di kalangan akar umbi parti itu.
Salah
satu alasan mereka yang keluar parti menuduh DAP kini telah lari
daripada pejuangan asal untuk memertabatkan konsep ‘Malaysian
Malaysia’ di negara ini.
Ekoran
protes dalaman DAP hingga mendorong ahli-ahli keluar parti, organ DAP
berusaha keras untuk menjustifikasi semula kewajaran Kit Siang
berkerjasama dengan Dr Mahathir.
“Kerjasama
Mahathir dan Kit Siang melalui Pakatan Harapan + Bersatu mungkin
bakal melahirkan semula usaha untuk mencapai wawasan Bangsa Malaysia,
iaitu mencapai kesejahteraan bagi semua kaum termasuk Melayu, dan
demi negara (nation),” rumus penulis Roketkini, Wan Hamidi Hamid
dalam rencana terbaharu bertajuk “Mengapa
Mahathir berkawan dengan Kit Siang?”
Kebijakan
penulis DAP meletakkan tajuk seumpama itu sudah menggambarkan Kit
Siang pemimpin nombor satu DAP sejak dari tahun 1969 merupakan
pemimpin yang lebih hebat berbanding dengan Dr Mahathir yang hanya
menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
No comments:
Post a Comment