Friday, March 17, 2017

Rosmah Mansor Pegang Penaung PERMATA Salah, Betty Chew Pegang Lembaga Pengarah Hartanah Boleh? Dajal Kiasu Punya DAP


Berkatalah seorang Ketua Menteri di sebuah negeri di Utara tanahair yang dipetik Free Malaysia Today, baca di sini,
"Although I am not a water expert, I am holding this position because I am CM. The CM post comes from the people’s vote. Rosmah’s post was not determined by polls. Please do not talk about that when she is just the PM’s wife. You have the position by marriage. And hence you are the patron. So, please do not drag me into this issue."
Joseph Lim Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pegawai Khas isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menamakannya sebagai orang yang tidak layak kalau berdasarkan kepada kelulusan, latarbelakang pendidikan mahupun kelayakan untuk menjadi Pengerusi PBAPP selepas ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin mempertikaikan kelayakan Rosmah Mansor sebagai Penaung PERMATA.

Pertama, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang bukan dipilih oleh Rakyat. Rakyat Pulau Pinang hanya memilih beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih. Kedudukan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP sejak 2004 dan anak kepada 'diktator' di dalam DAP memungkinkan beliau menjawat jawatan tersebut.

Kedua, membandingkan DS Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri dan dengan kedudukan tersebut DS Rosmah Mansor menjawat jawatan Penaung PERMATA mungkin ada betulnya. Namun apa kesalahan dengan memikul tanggungjawab tersebut? Mungkin Lim Guan Eng terlupa tentang isterinya Betty Chew. Betty Chew adalah ADUN Kota Laksamana di Melaka dan Melaka dan Pulau Pinang bukanlah negeri yang sama (untuk pengetahuan macai DAP yang bengap).

Barangkali Joseph Lim Guan Eng boleh memberikan sebab yang sama, mengapa isterinya Betty Chew terlibat dalam sektor hartanah dan konsultansi hartanah di Pulau Pinang yang turut melibatkan Phang Li Koon sebagai rakan kongsi terutama dalam syarikat yang bernama Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd. Baca di sini. Macai DAP kenal tak siapa perempuan Phang Li Khoon ini? Untuk rekod, Phang Li Khoon adalah tertuduh yang telah turut didakwa dalam dua kes rasuah bersama-sama Joseph Lim Guan Eng. Ingat tak macai?


Begitu juga dengan perlantikan Betty Chew oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang untuk mengetuai jawatankuasa hartanah menerusi kaitan rapat antara Joseph Lim Guan Eng dengan Tan Sri Tan Kok Ping. Baca di sini. Bukankah kedudukan Betty Chew ini juga seperti kata Joseph Lim Guan Eng, "position by marriage"?






No comments:

Post a Comment