Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengkritik Muhyiddin dengan mengatakan PH tidak mempunyai mana-mana parti yang dominan dan menegaskan tiada konsep ‘abang sulung’ atau ‘adik bongsu’ dalam parti pembangkang.
“Tiada abang sulung atau adik bongsu dalam PH. Kita gabungan politik yang ada parti ada kekuatan sama. Tiada yang dominan,” kata Loke dalam sidang media di Parlimen semalam.
Anthony
berkata perkara itu membezakan antara PH dengan BN dan mereka tidak
berhasrat untuk meniru pendekatan sama seperti BN.
“Itu
perbezaan ketara antara PH dan BN, bukan kita nak tiru pendekatan
BN,” ujarnya.
Dalam
pada itu, Loke juga membidas Muhyiddin yang seolah-olah cuba membawa
cara UMNO dalam PH kerana hakikatnya kekuatan parti dalam PH adalah
sama rata dan saling memerlukan.
“Apa
yang buat PH kuat adalah kerana kita parti yang sama kuat dan peranan
sama rata.
“Rakyat
MALAYSIA tak mahu wujud lagi satu UMNO dalam PH. Kami terbuka untuk
sebarang cadangan. Tak semua cadangan PPBM akan kita setuju,”
katanya.
Terdahulu,
Muhyiddin dalam ceramahnya di Kota Kiri, Padang Rengas, pada Sabtu
lalu mencadangkan supaya PH dipelopori oleh parti yang berteraskan
Melayu bagi mewujudkan keyakinan rakyat untuk melawan BN.
Kata
Muhyiddin, gerakan yang akan dipelopori oleh pembangkang mestilah
organisasi yang diketuai Melayu, majoritinya Melayu tetapi
parti-parti lain yang bergabung dalam PH akan menjadi sebahagian
daripadanya.
Muhyiddin
juga mencadangkan gabungan pembangkang dinamakan “Barisan Rakyat”
bagi menentang BN.
No comments:
Post a Comment