AIDCNews – Pakatan Harapan (PH) menolak cadangan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan nama gabungan pembangkang itu ditukar kepada Barisan Rakyat.
Presiden
Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu berkata nama gabungan
pembangkang kekal PH dan akan didaftarkan kepada Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat.
“Kami
dari Pakatan Harapan hari ini bermesyuarat dengan rasminya bersama
parti bersatu (PPBM), yang hadir sebagai anggota penuh dalam Pakatan
Harapan.
“Selepas
ini, empat parti ini (DAP, PKR, PAN dan PPBM) akan terus
bermesyuarat, berbincang terutama sekali untuk menghadapi pilihan
raya yang akan datang.
“Kami
juga telah membuat keputusan untuk mendaftar Pakatan Harapan di mana
18 orang pimpinan tertinggi, nama mereka dimasukkan untuk mendaftar
Pakatan Harapan sebagai satu pakatan untuk hadapi pilihan raya yang
akan datang. Itu keputusan yang kita buat hari ini,” katanya kepada
wartawan selepas mesyuarat semalam.
Sebelum
ini, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mencadangkan mencadangkan
Pakatan Harapan ditukar nama kepada Barisan Rakyat, gabungan
berteraskan kepimpinan Melayu, bagi menghadapi Barisan Nasional (BN)
dengan lebih mantap.
No comments:
Post a Comment