Saturday, March 4, 2017

Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang - Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC)




KompleksBersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex- PIPC) mengandungi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dan kemudahan sampingan yang lain seperti Terminal Regasifikasi LNG Pengerang, Unit Pemisahan Udara, Projek Pembekalan Bekalan Air Mentah (Pamer) Tangki Produk dan Minyak Mentah serta kemudahan perkongsian dan pemusatan utiliti.

Manakala di dalam projek RAPID ini membabitkan pembinaan kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin (melalui proses yang dikenali sebagai “cracking”) setahun dan sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia 



Projek ini juga mengandungi projek pembinaan terminal laut dalam, terminal regasifikasi (penukaran cecair kepada gas), terminal LNG, projek unit pengasing udara, projek pembekalan air mentah dan lain-lain.


Saudi Aramco tidak membeli Petronas, PIPC atau keseluruhan RAPID seperti mana yang dituduh pembangkang dan macai-macai yang sealiran dengannya.

Apa yang Saudi Aramco beli RM31 bilion ialah 50% dalam projek-projek penapisan dan minyak mentah di RAPID sahaja - yang hanya sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex - PIPC). Pelaburan Aramco ini hanya akan selesai dan boleh berjalan pada tahun 2019.

boxes

Di bawah kerjasama strategik itu, Saudi Aramco akan membekalkan sehingga 70% daripada keperluan bahan mentah iaitu minyak mentah untuk penapisan di RAPID, manakala gas asli, tenaga dan utiliti-utiliti lain akan disediakan oleh Petronas.

Pelaburan begini bukan baru kepada Saudi Aramco kerana mereka telah melakukan pelaburan yang sama di kilang-kilang penapisan di seluruh dunia supaya mereka boleh membekalkan minyak mentah mereka ke kilang penapisan minyak.

Petronas juga akan mendapat banyak manfaat kerana akan memberi jaminan bekalan minyak mentah untuk Malaysia kerana kita bukan pengeluar minyak mentah terbesar dunia.

Projek PIPC memberi banyak kelebihan jika  dibandingkan dengan  negara jiran terdekat kita iaitu Singapura kerana kita mempunyai keluasan tanah yang besar dan kapasiti penapisan yang lebih banyak.

Singapura adalah pusat pemprosesan dan hab perdagangan minyak yang terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia semenjak berdekad yang lalu setelah mereka memanafaatkan bekas Pengkalan Tentera Laut British yang ditinggalkan dahulu. Sedangkan Singapura tidak mempunyai setitis minyak sendiri pun, menariknya minyak dan gas tersebut adalah sebahagianya datang dari Malaysia. 

Perdana Menteri DS Najib telah nampak perkara ini yang bakal memberi kekayaan dan keuntungan kepada Malaysia selain memproses minyak mentah dari negara luar, kita juga mampu memproses minyak mentah kita sendiri yang dikeluarkan oleh Petronas.

Ia bukan seperti membina KLCC, KL Tower serta projek-projek mega lain seperti jambatan bengkok atau Sepang circuit yang memberi kekayaan kepada kroni-kroni, sebaliknya mengambil alih mahkota minyak Singapura yang sepatutnya menjadi keutamaan nombor satu Malaysia.

Dengan adanya Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (PIPC) yang mengandungi RAPID serta kemudahan-kemudahan sampingan lain, maka kekayaan yang selama ini dilambak di Singapura akan kembali menjadi milik kita dan menawarkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Malaysia bakal menjadi pengeksport bersih produk minyak bertapis dan bukannya pengimport bersih yang telah memberi keuntungan kepada orang lain hasil dari perbelanjaan negara kita. Cukup, cukup sudahlah selama berpuluh tahun kepimpinan negara membenarkan Singapura mengaut keuntungan berbilion setahun hasil dari minyak negara kita.




No comments:

Post a Comment