Butterworth
: Bernama melaporkan seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta
yang dipandu seorang remaja perempuan dilaporkan memandu melawan arus di KM 134, Lebuhraya PLUS di seberang Perai Tengah awal pagi tadi.
Susulan
kejadian jam 7.50 pagi ke arah utara itu yang berlaku berhampiran
susur masuk k Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26 maut
ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Allahyarham dikatakan baru tiga bulan mendirikan rumahtangga dan
menurut sahabatnya, isteri arwah sedang mengandung anak sulung
mereka.
Pihak
polis percaya remaja berusia 19 tahun itu yang memandu kereta proton
Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.
Remaja
terbabit mendapat kecaman netizen gara-gara diri nya memandu secara
merbahaya dan beliau hanya mengalami kecederaan ringan, sepertimana
gambar beliau ditempat kejadian.
Difahamkan sebelum memandu melawan arus remaja wanita ini dikatakan telah terlibat dalam kemalangan dengan beberapa buah kenderaan
lain berhampiran plaza tol, dan berpatah balik dengan melawan arus.
“Dalam kejadian tersebut kereta yang dipandu secara melawan arus dari sungai Dua
menghala ke Butterworth telah melanggar bahagian hadapan kereta Perodua
Kelisa dipandu Allahyarham Mohamad Fandi.
“ Ekoran
kejadian itu menyebab kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke
sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum berpusing
beberapa kali dan melanggar dua buah kereta serta sebuah van kilang”,
kata Ketua Polis Daerah seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik
Ros Azhan Nik Abdul Hamid.
Allahyarham Fandi berasal dari Sungai Petani, Kedah dalam perjalanan pulang ke
rumahnya selepas habis bekerja di sebuah kilang di Perai.
Polis
menahan serta mengambil sampel darah wanita itu untuk ujian lanjut,
kata Nik Ros Azhan.
Beliau berkata kemalangan yang berlaku ketika orang ramai bergegas ke tempat kerja menyebabkan kesesakan teruk sejauh 5km di kedua-dua arah lebuh raya.
No comments:
Post a Comment