AMPANG: Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meningkatkan siasatan ke atas penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam aktiviti perniagaan tidak bermoral di Selangor.
Beliau
berkata berkata SPRM wajar meluaskan pencarian mereka kepada PBT yang
membiarkan penyalahgunaan lesen, seperti rumah urut haram dan pusat
judi haram, dijalankan di negeri itu.
“Saya
minta pihak berwajib menyiasat penglibatan PBT, bukan hanya kepada
polis, bomba dan penguatkuasa agensi lain,” katanya dalam satu
sidang media di pejabatnya hari ini.
Jamal
mengulas penangkapan 12 individu daripada pelbagai agensi
penguatkuasaan di Selangor oleh SPRM semalam.
Mereka
yang ditangkap terdiri daripada 2 pegawai polis berpangkat inspektor,
5 anggota polis, 4 anggota bomba dan seorang pegawai Majlis
Perbandaran Kajang.
SPRM
berkata suspek dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga
RM10,000 bagi setiap kedai urut yang dilindungi.
No comments:
Post a Comment