Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah
Zainudin berkata hukuman yang diperuntukkan di bawah akta itu ialah
denda maksimum RM500,000 bagi syarikat sementara dan denda maksimum
RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi individu.
“Pengumuman
mengenai penetapan harga petrol dan diesel akan dibuat di TV1 pukul 8
malam esok dan akta itu akan pastikan semua syarikat dan pengusaha
stesen minyak mesti ikuti arahan diberikan pada mereka,” katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis
penutupan Seminar Kepimpinan Pegawai Ehwal Koperasi 2017 di sini
hari, ini. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd
(Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Katanya
melalui beberapa siri perbincangan bersama syarikat dan pengusaha
stesen minyak sebelum ini, mereka telah menyatakan persetujuan untuk
menambah baik mekanisme berkenaan.
Pada
minggu lepas, Hamzah mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel
secara mingguan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat
kuasa selepas 12 malam.
Kerajaan
sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan
terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik
(APM) yang telah ditetapkan sejak 1983.
Penetapan
harga secara pengapungan terkawal bulanan itu bermula Disember 2014.
— Bernama
No comments:
Post a Comment