Polemik naik dan turun harga minyak Malaysia berkumandang hampir setiap minggu di alam maya dan juga di alam fizikal. Kini formula baru akan diumumkan pada minggu hadapan dan berkemungkinan akan ditetapkan secara harian di masa yang akan datang bagi menentukan harga minyak untuk pasaran runcit Malaysia seperti yang diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah pada 04 Julai 2017. “Formula baru” yang dimaksudkan beliau masih lagi samar, samada menukar cara pengiraan, menambah komponen-komponen lain dalam pengiraan atau menukar kaedah pengiraan secara menyeluruh.
Sebelum kita melangkah kepada ke hadapan dengan “formula baru” mari kita sama-sama membuat analisis terhadap faktor yang mempengaruhi harga runcit petrol dan diesel di Malaysia dan juga komponen yang terlibat dalam pengiraan harga runcit minyak di Malaysia. Kita juga akan sama-sama membuat simulasi pengiraan berdasarkan komponen pengiraan yang akan diterangkan.
Sebagai permulaan, minyak mentah keluaran Malaysia adalah minyak mentah yang berkualiti tinggi yang di gelar sebagai Tapis crude oil dan hasil minyak mentah ini akan dieksport ke luar negara di mana harganya lebih tinggi kerana kandungan sulfurnya yang rendah dimana ia memerlukan proses penapisan yang kurang berbanding minyak mentah yang lain. Dengan itu untuk memenuhi pasaran dan juga permintaan dalam negara, syarikat-syarikat minyak seperti Petronas, Shell dan lain-lain akan mengimport minyak yang telah diproses/ditapis (refined oil) dari pasaran luar. Sebagai permulaan kita sudah mendapat satu fakta penting disini iaitu PENGIRAAN harga minyak di Malaysia dipengaruhi secara langsung oleh harga pasaran minyak yang telah diproses (refined oil) iaitu berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan bukannya dipengaruhi oleh pasaran harga minyak mentah (crude oil) sebagai contoh WTI crude ataupun Brent crude.
Apa itu Automatic Pricing Mechanism (APM)?
APM merupakan kaedah pengiraan ataupun formula yang digunakan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 1983 untuk menentukan harga runcit bagi petrol dan juga diesel. Terdapat beberapa komponen di dalam APM iaitu;
- Kos Produk – Mean of Platt Singapore (MOPS)
Untuk kos produk, ia akan merujuk kepada harga pasaran MOPS iaitu MOPS95 untuk RON95, MOPS97 untuk RON97 dan Gasoil untuk diesel. Kebanyakan negara-negara di rantau ini menggunakan MOPS sebagai harga rujukan dalam menentukan harga runcit minyak dalam negara, termasuklah Australia. Harga rujukan MOPS ini akan dikeluarkan dan dikemaskini oleh S&P Global Platts iaitu satu syarikat pembekal maklumat berkenaan komoditi dan juga tenaga. Penentuan harga dibuat berdasarkan purata harian untuk semua transaksi perdagangan produk yang berasaskan petroleum.
Perlu diingat harga pasaran ini adalah dalam kiraan barrel dan perlu ditukarkan ke dalam liter (1 barrel = 159 liter) dan satu lagi faktor yang mempengaruhi harga runcit petrol dan diesel adalah tukaran matawang USD kepada Ringgit kerana harga rujukan ini dalam matawang USD.
- Kos Alpha
Alpha merupakan perbezaan diantara harga yang dikeluarkan Platts dan harga belian sebenar oleh syarikat-syarikat minyak. Ia bermaksud syarikat minyak terpaksa menanggung kerugian jika harga yang ditetapkan Platts lebih tinggi dari harga belian atau sebaliknya. Ianya telah ditetapkan sebanyak 5 sen untuk petrol dan 4 sen seliter untuk diesel.
- Kos Operasi
Kos operasi merangkumi kos pengangkutan dan juga kos pemasaran. Seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ismail Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Perdagangan Dalam Negeri pada ketika itu dalam The New Strait Times pada 15 Feb 2009 “The rate is currently 9.54 sen (0.40 cents) per litre” maka kos operasi pada ketika itu adalah sebanyak 9.54 sen.
- Margin Keuntungan Syarikat Minyak dan Stesen Minyak
Margin keuntungan syarikat minyak telah ditetapkan sebanyak 5 sen untuk petrol dan 2.25 sen untuk diesel dan keuntungan stesen minyak pula sebanyak 12.19 sen untuk petrol dan 7 sen untuk diesel.
- Cukai Jualan
Mengikut Akta Cukai Jualan 1972, kerajaan boleh mengutip cukai maksimum sebanyak 58.62 sen seliter untuk petrol dan 19.64 sen seliter untuk diesel. Kini cukai jualan itu telah pun dihapuskan setelah GST diperkenalkan pada April 2014. Dengan penghapusan cukai jualan itu, RON95 dan diesel telah di kecualikan daripada cukai GST dan hanya RON97 yang dikenakan cukai GST sebanyak 6%.
**Kos-kos yang terlibat didalam komponen di atas di ambil melalui kenyataan akhbar oleh Datuk Ismail Ahmad pada tahun 2009 dan kos komponen terbaru mungkin telah pun berubah tetapi maklumat tersebut tidak diketahui umum kerana kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kiraan terbaru APM seperti kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Simulasi Pengiraan Harga Minyak RON95
Sekarang kita dah tahu apakah komponen dan faktor yang mempengaruhi harga petrol dan diesel di Malaysia, maka mari kita sama-sama cuba untuk membuat pengiraan harga petrol RON95 secara mingguan untuk harga runcit yang bermula pada 08.06.2017 (Khamis) menggunakan data dari 01.06.2017 (Khamis) sehingga 07.06.2017 (Rabu);
Formulanya adalah A + B, nampak sangat ringkas tetapi agak menjenuhkan juga;
A = Kos produk MOPS95 (Means of Platt Singapore 95)
B = Kos tetap (Alpha + Kos Operasi + Margin Syarikat Minyak + Margin Stesen Minyak)
Kita bermula dengan (B) dahulu, kosnya adalah TETAP sebanyak RM0.3173 seliter apabila dijumlahkan komponen-komponen yang terlibat seperti dibawah;
- Alpha = RM0.05
- Kos operasi = RM0.0954
- Margin Syarikat Minyak = RM0.05
- Margin Stesen Minyak = RM0.1219
Jumlah (A) iaitu kos produk pula dihitung bergantung kepada harga pasaran MOPS95 dan kos ini berubah mengikut harga pasaran dan juga tukaran matawang USD ke Ringgit. Untuk mengetahui harga pasaran MOPS95 boleh rujuk laman sesawang seperti dibawah;
http://www.cmegroup.com/trading/energy/refined-products/singapore-mogas-95-unleaded-platts-swap-futures.html
- Purata harga pasaran MOPS95 dari 01.06.2017 sehingga 07.06.2017 = USD62.629 / barrel
- Tukarkan barrel ke liter (1 barrel bersamaan 159 liter) = USD9957 / 159 = USD0.3939 / liter
- Tukarkan pula kepada purata tukaran matawang USDMYR dari 01.06.2017 sehingga 07.06.2017 = USD0.3939 x 4.2733 = RM1.6832 / liter.
Sumber tukaran matawang adalah dari bank negara Malaysia.
Maka (A) Kos produk MOPS95 = RM1.6832.
Maka A + B = RM1.6832 + RM0.3173 = RM2.0005 dan apabila dibundarkan akan mendapat RM2.00.
Harga rasmi yang diumumkan pula adalah RM2.05. Terdapat perbezaan sebanyak RM0.05. Dibawah merupakan graf simulasi yang dibuat untuk harga RON95 bulan Feb, Mac (bulanan) April, May dan Jun 2017 (mingguan);
Berdasarkan graf harga simulasi vs harga rasmi yang dibuat diatas, pola kenaikan dan penurunan harga minyak kedua-duanya dilihat selari dan ini membuktikan formula dan komponen yang terlibat dalam simulasi pengiraan APM ini adalah tepat dengan perbezaan sebanyak RM0.04 secara purata.
Kenapa terdapat perbezaan diantara harga simulasi dan harga rasmi? Perbezaan ini wujud kerana pengiraan APM ini dibuat berdasarkan pendedahan pengiraan yang dibuat oleh Datuk Ismail Ahmad pada 2009 (8 tahun lepas) dan pengiraan terkini tidak diketahui umum kerana tidak didedahkan oleh kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi melibatkan kos operasi dan juga margin keuntungan yang terkini. Berharap dengan penerangan dan simulasi pengiraan ini sedikit sebanyak dapat memberi kita pengetahuan terhadap pengiraan APM dalam menentukan harga runcit petrol dan diesel. Dengan pengetahuan pengiraan ini, berharap pembaca/pengguna juga dapat membuat jangkaan sendiri sekaligus memberi penjimatan setiap kali membuat perancangan untuk mengisi minyakitupun jika kerajaan masih mengekalkan kaedah pengiraan APM ini dalam menentukan harga runcit petrol dan diesel.
Selamat mencuba dan menilai semua.
Sumber:
- Ismail Ahmad (Feb 2009). “Setting the retail price for petrol and diesel”. The New Straits Times.
- Hamzah Zainudin (Feb 2017). “Kerajaan tak dedah formula kiraan harga minyak”. Berita Harian.
- CME Group. https://www.cmegroup.com/
- Bank Negara Malaysia. http://www.bnm.gov.my/
Cr. The Patriot
Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman swasta? Adakah anda memerlukan pinjaman segera? Adakah anda mempunyai kredit yang buruk? Adakah bank anda gagal? Saya boleh membantu anda mendapatkan pinjaman. Tiada jaminan diperlukan.
ReplyDeleteSaya seorang pelabur swasta yang mengkhusus dalam menyediakan semua jenis dana pelaburan, termasuk dana bersama, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman hartanah, kombinasi pinjaman, pinjaman penyatuan, pinjaman komersial dan Tiada penipuan, lebih lagi.
Tiada permainan, perniagaan sahaja
Jumlah Pinjaman: Minimum $ 1,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum $ 50,000,000.00 Dan nilai mata wang lain
Kadar faedah pinjaman: 2%
Kawasan pinjaman: di seluruh dunia
Tempoh maksimum: sehingga 25 tahun
Tiada penalti prabayar
Pembiayaan segera selepas dokumentasi dan kelulusan yang betul.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui mesej melalui e-mel peribadi kami di gloryloanfirm@gmail.com