Exco
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zulaiha Sidek mengumumkan
peletakan jawatan beliau, semalam.
Zulaiha
yang juga Ketua Srikandi Penaja Bahagian Batu Gajah itu berkata, keputusan
tersebut dibuat kerana sudah hilang kepercayaan terhadap PPBM Perak yang kini
bergolak.
“Keputusan
ini adalah atas desakan diri sendiri sebagai tanda sudah muak dengan kemelut
dan pergolakan dalaman parti,” katanya dipetik Utusan Online.
Beliau
mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di Ipoh, Selasa.
Turut
mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng,
Aflatuniah Md Norani.
Bulan
lalu pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti kerana
mendakwa wujud budaya ‘kasta’ dalam parti selain kecewa dengan hala tuju parti
yang dilihat terpesong.-
SUMBER
No comments:
Post a Comment