Dalam
satu Forum Fiqh oleh empat orang mufti negeri, dimana antara yang menarik
adalah mengenai perbezaan antara perkataan “Tabayyanu (selidiki)” dan
“Tathabbatu (sahkan)”.
Dalam
dunia maklumat terbuka luas, apatah lagi pertembungan ideologi yang sengit dan godaan
dunia berbagai, banyak berlaku fitnah terancang maupun tak terancang, tersebar
luas dalam masyarakat, tanpa sekatan. Ia bertujuan mempengaruhi manusia, ke
arah mencapai objektif kesumat yang diimpikan oleh hawa nafsu dan kepentingan
dunia.
Jika
zaman dulu banyak maklumat ditapis oleh media, sebelum sampai kepada kita. Hari
ini, apabila semua manusia ada media di tangan masing-masing, maka yang tinggal
untuk menapis berita hanyalah kebersihan jiwa, ikatan hati dan prinsip
“Tabayyun”.
Kerana
itu prinsip Tabayyun, sangat penting dihayati oleh kita, berdasarkan firman
Allah swt :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini), dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya), sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan”.
Sebab
turun ayat adalah mengenai suatu kaum Muslimin hendak menyambut amil Zakat dari
Nabi saw dengan mengadakan majlis tarian pedang. Lalu berita tiba ke Madinah,
menyatakan mereka enggan bayar Zakat, dan bersiap dengan pedang untuk memerangi
amil Zakat yang datang ke kampung mereka.
Oleh
itu “orang fasik” di dalam ayat tidak semestinya seorang pembohong atau
penjahat. Ia boleh berlaku pada semua orang termasuk orang yang saleh. Ia boleh
lahir dari niat jahat atau tanpa niat. Maka ia melibatkan semua orang.
Kerana
itu Allah swt menyebut perkataan “Tabayyun” (selidiki berita), dan bukan
“Tathabbatu” (sahkan berita).
“Tathabbatu
(تثبت)” bermakna “sahkan” sesuatu
berita. Ini tidak memadai. Tadi, Mufti Wilayah Persekutuan berkata pernah orang
menyebarkan foto beliau masuk rumahnya pada hari Jumaat jam 1.15 pm (waktu
jemaah sedang Solat Jumaat). Ini boleh memberi tanggapan kepada masyarakat,
beliau tidak ponteng solat Jumaat pada saat itu”.
Adapun
perkataan “Tabayyanu (تبين) bermakna “selidiki dan
pastikan”, ia bermakna memahami juga nawaya (niat-niat) maklumat itu sendiri.
Berkemungkinan Mufti di saat itu baru sampai dari pemusafiran atau
takwil-takwil (penjelasan-penjelasan) lain.
Jika
Umat Islam umum diseru mengamalkan prinsip “Tabayyun”, maka seruan kepada para
Duat (pendakwah) di jalan Allah adalah lebih-lebih lagi. Ini adalah kerana
mereka adalah contoh teladan penghayatan Islam kepada masyarakat. Duat mesti
mempunyai unsur kebal, tapisan maklumatnya tebal, tidak mudah mengiyakan
sebarang tuduhan dan memiliki pertimbangan yang seimbang hasil dari prinsip
“Tabayyun” yang tertanam kukuh di dalam lubuk jiwanya.
Moga
Allah swt merahmati para Mufti negeri-negeri, memberi TaufiqNya kepada mereka
untuk memandu Umat Islam dengan ilmu, pengalaman dan hikmat yang mereka miliki.
Ameen.
Us.
Abdul Halim Abdullah
INTERNATIONAL
FIQH CONFERENCE
Masjid
Tg Ampuan Jemaah
Bukit
Jelutong, Shah Alam.
No comments:
Post a Comment