TULAR ISU PANAS: BONGKAR KISAH SEBENAR ISU TANAH FELDA. WARTAWAN BERITA HARIAN
DIBAYAR?? (Baca sini )
Isu
tanah milik FELDA ‘berpindah hak milik’ tiba-tiba menjadi topik hangat.
‘Pendedahan besar’ wartawan BH, Che Wan Badrul Alias, bertarikh 21 Disember
2107, yang bertajuk ‘FELDA hilang hak
milik tanah Jalan Semarak’, membuatkan banyak pihak tiba-tiba berlagak hero.
Tajuk
kecil di muka depan akhbar nasional itu, ‘Tanah bernilai lebih RM200 juta yang
kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dipercayai
bertukar milik menerusi transaksi diragui sejak 2015’, membuatkan isu jadi
makin panas.
Bertitik-tolak
daripada pendedahan yang memetik sumber ini, banyak pihak ‘kepanasan’, termasuk
FELDA sendiri. Tak kurang juga yang menyerang pemaju utama KLVC, iaitu Synergy
Promenade Sdn Bhd (SPSB) dalam hal ini.
Sesiapa
pun pasti sudah mengagak, pemberi maklumat kisah begini pastinya orang dalam
organisasi itu sendiri.
Sangkaan
kita nyata tak meleset apabila sumber Utusan Malaysia memberitahu, ia adalah
komplot Datuk Muzzammil Mohd Noor, bekas Finacial Controller FELDA dan wartawan
dari BH itu, dengan satu matlamat, menjatuhkan FELDA sendiri!
Selepas
Datuk Muzzammil berasakan permainanya
‘menggegarkan’ FELDA berjaya, dia mahu ‘rakan konspirasinya’ ini, yang entah
berapa banyak habuan diberi, ‘dedahkan’ isu lain pula. Ini termasuklah projek
besar membabitkan CIDB dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Tetapi,
‘bangkai gajah’ tidak mudah disembunyikan. Boss di BH sudah bising apabila
dapat tahu pendedahan wartawan ini yang konon-kononnya eksklusif banyak tak
betulnya, panas punggunglah dia...tak berani jadi rakan komplot lagi.
Maka,
Utusan Malaysia jadi sasaran Datuk Muzzammil. Orang Utusan Malaysia sendiri
beritahu, yang Datuk Muzzammil telah mengadakan perbincangan dengan media arus
perdana ini pada 3 Januari lalu dan keesokan harinya, mengatur pertemuan ‘enam
mata’ antara dia, Utusan Malaysia dan pegawai tertinggi MKN, untuk berkomplot
dengannya ‘menjatuhkan’ organisasi kerajaan yang lain pula, sebagaimana dia dan
rakan komplotnya, wartawan BH ‘membunuh’ FELDA.
Mungkin
orang Utusan Malaysia ini cerdik sedikit berbanding wartawan BH, bukan isu
projek kerajaan dan vendor yang menimbulkan kemusykilan, tetapi motif Datuk
Muzzammil sendiri.
Jelas
dalam isu FELDA, projek yang dibangunkan atau pemaju yang dilantik, malah
pertukaran hak milik tanah bukan perkara yang salah di sisi undang-undang.
Tiada pun yang tersembunyi atau diragui
sebab semuanya diminitkan, diluluskan.
Utusan
Malaysia kata semua perjanjian, sebab-musabab segala rancangan yang dibuat
untuk projek itu, di bawah pengetahuan pihak berkaitan, baik Pengerusi FELDA,
ahli lembaga pengarah, malah Datuk Muzzammil sendiri, yang ketika itu bertindak
sebagai Financial Controller FELDA.
Apa
tugas dan tanggungjawab pemaju utama, apa hak dan kuasa pemaju, kenapa pindah
hak milik berlaku, semuanya di bawah pengetahuan FIC, malah FELDA sebagai badan
induk.
Tidak
ada sebarang isu transaksi yang diragui timbul, atau isu SPSB dan KLVC
sehinggakan pemiliknya ‘diserang’ kalau pendedahan ini telus, ‘genuine’ dan
tidak ada niat jahat atau paling tidak kalau wartawan BH ini bijak, faham
selok-belok perniagaan hartanah dan buat kerja dengan jujur, ikhlas, berhemah
serta penuh rasa tanggungjawab.
Sumber
kita, baik dari FELDA atau Utusan Malaysia sendiri mendedahkan, berdasarkan
perjanjian, SPSB adalah pemaju utama dan FELDA adalah pemilik tanah tersebut.
Dalam perjanjian itu juga jelas tertulis, sebagai pemaju utama, SPSB diberi kuasa
penuh untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan rancangan pembangunan di tanah
itu berjalan dengan lancar, termasuk menukar nama atau hak milik tanah.
Berdasarkan
maklumat sumber ini juga, pertukaran hak milik tanah itu berlaku apabila FELDA
mengubah pelan pembangunan daripada yang dipersetujui. Pertambahan blok bangunan menjejaskan aliran tunai projek dan pinjaman perlu
dilakukan. Tetapi, FELDA sebagai pemilik asal tanah tidak layak membuat
pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan disebabkan FELDA mempunyai hutang
tertunggak yang banyak dengan bank...RM480,000,00.00!
Apa
yang FELDA buat sampai hutang bertimbun banyak itu? Datuk Muzzammil yang jadi
Financial Controller FELDA dari tahun
2014-2015, takkan tak tahu?
Wartawan
BH beri modsl Kadir Jasin buat teori kons
Kalau
wartawan BH ini buat kerja elok-elok, selidik habis-habis, niat ikhlas,
amanah...pendedahan ‘berniat jahat’ ini pastinya tidak berlaku. Dia sepatutnya
kaji kesahihan maklumat juga kredibiliti sumber sebelum membuat laporan palsu.
Bukan
berlagak bagai ahli nujum membaca yang tersirat, tetapi setidak-tidaknya, hati
dan akal yang bersih mampu ‘melihat’ perkara baik dan buruk, benar juga salah.
Dia
sepatutnya mempersoalkan siapa Datuk Muzzammil, selain menapis maklumat yang
diterima.
Ini
bukan projek kecil-kecilan. Tanah pun bukan milik perseorangan tetapi FELDA,
organisasi besar yang membabitkan kepentingan kelompok Melayu terbesar di
negara ini.
Pembangunan
yang dirancang di situ juga boleh dikategorikan sebagai projek mega - bangunan
pejabat 68 tingkat meliputi 59 tingkat pejabat, dua tingkat podium pejabat
termasuk parkir, enam tingkat tempat letak kereta, dua tingkat parkir bawah
tanah, siap dengan taman atas bumbung dan helipad!
Dengan
akal dan pertimbangan waras, memang pelik sangatlah kalau orang FELDA atau
Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) yang melantik SPSB sebagai pemaju
utama di tanah ini, boleh dakwa tak tahu itu dan ini...siap cakap pindah milik
tanah kat situ diragui. Ada CEO, ada CFO, Lembaga Pengarah, orang undang-undang
pun ada....takkan semua buta hati, buta mata...makan gaji buta...buat kerja tak
ada usul periksa?
Kenapa
Datuk Muzzammil ini ‘beria-ia’ sangat
hendak dedahkan benda yang kononnya tak kena dengan projek besar dan
vendor? Ada benda yang diminta tak dapat atau dia ini jadi kuda tunggangan
pihak tertentu? Tapi lagaknya tak ubah seperti ‘musuh dalam selimut’, ibarat
‘bara dalam sekam’’, yang cuba menjejas imej organisasi kerajaan, termasuk
FELDA sendiri walaupun dia sendiri makan hidup ditanggung oleh FELDA, berlagak
hero membunuh vendor besar dalam projek kerajaan.
Tak
tahu sejauh mana permainan Datuk Muzzammil...kita tunggu dan lihat. Apa yang
pasti, wartawan BH ini sendiri nampaknya sudah seperti ‘pelarian di bumi
sendiri’. Nombor telefon yang dihubungi tidak berjawab. Nama dan gambar profil
Facebook pun dah bertukar.
Takut?
Kalau tak ada buat benda salah, kononnya menulis demi kepentingan warga FELDA
dan rakyat keseluruhannya, kenapa sampai macam itu sekali ‘bersembunyi’? Nampak
sangat macam ‘lontar batu sembunyi tangan’!!!
Nasihat
sikit kepada wartawan BH ini, tugas wartawan itu murni, memberi maklumat yang
benar kepada rakyat. Kalau hendak nafkah yang diberi kepada keluarga itu
diberkati, perkara yang dia sepatutnya buat adalah:
1.
Jangan menulis perkara yang tidak benar atau tidak tepat;
2.
Buat ‘research’ habis-habisan...selidik dari A sampai Z;
3.
Cari kebenaran bukan jadi ‘kuda tunggangan’;
4.
Ingat dosa dan pahala.
Tapi,
kalau mata dah tak mampu melihat, gelap dek ‘kemewahan’ disogok depan mata,
pastinya perkara 1 hingga 4 bukan lagi teras mencari keberkatan rezeki dan
kehidupan.
Namun,
jangan lupa satu perkara, lambat-laun kebenaran pasti mengatasi kebatilan.
#felda
#rasuah #siasat
FB
Isa Salleh
No comments:
Post a Comment