Thursday, January 11, 2018

Penyokong Pakatan Kena Bodoh Lagi, Calon PM Kau Kata Tol Paling Murah!!!





“TERMURAH di dunia”, itu penjelasan Mahathir tentang kadar tol di Malaysia yang diperkenalkannya dulu.  Dulu kalau cakap macam ini, mampus kena troll dek penyokong Pakatan tapi sebab kali ini datang dari Pengerusi sendiri, masa kami pulaklah.

Semua penyokong Pakatan boleh menganga dengan muka bodoh gitu setelah satu persatu janji populis Pakatan tersebut sejak sekian lama, “dibatalkan” Mahathir – sebelum ini janji  untuk hapus hutang PTPTN pun menjadi sejarah bila tak disebut dalam belanjawan bayangan mereka.  Dulu bukan maim beriman betul dengan janji tol dan hutang PTPTN hapus ni, sekarang boleh lupakan saja.

Tol, antara banyak projek infrastruktur rakyat yang dikronikan semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu, selain tenaga elektrik, MAS dan lain-lain – tidak hairan kenapa dia mempertahankannya sekarang sekalipun berlawanan dengan pendirian pembangkang zaman berzaman.

Jadi jangan terkejut kalau Mahathir bakal mengembalikan semula projek-projek ini kepada kroninya balik semula dan kita akan ada isu yang sama seperti dulu.  Pentadbiran Datuk Sri Najib Tun Razak dah stuktur baik punya tol ni sampai beberapa konsesi tol boleh ditamatkan sekarang (sebelum tarikh matang), datang Mahathir, bakal kembalikan keadaan seperti sedia kala.  Padanlah muka.

Rakyat nampak apa?  Ini masa rakyat nampak pembangkang, DAP, PKR, Pribumi dan PAN ini sebagai penipu.  Yang selama ini dia cakap tol membebankan rakyat tu sebenarnya politik saja, sebab nak dapat undi, bukan betul-betul membebankan.  Kenyataan Mahathir adalah buktinya.  Bukan setakat murah saja, Mahathir turut kata tol perlu untuk selenggara lebuh raya.

Tak faham lagi? Maksudnya tol tak akan hapuslah kalau Pakatran perintah pun.

Semua ini bagus untuk BN sebab Mahathir bukan setakat Pengerusi Pakatan – pertubuhan yang tidak didaftarkan tapi juga rasmi sebagai bakal Perdana Menteri kalau mereka jadi kerajaan.  Mahathir ini bala kepada Pakatan, rahmat kepada kita.  Dengan semua bolak balik, habis janji populis Pakatan dineutralkannya, maka boleh dikatakan du dua belah kaki BN sudah ke arah mengekalkan Putrajaya dalam PRU14 yang akan datang.

Tak susah nak lawan Mahathir, guna balik cakap dia saja, selesailah.


MyKmu

No comments:

Post a Comment