Dalam
ceramah-ceramah di sana sini, Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming
menyatakan Malaysia akan muflis dan Rakyat hidup susah dan melarat. Namun
beliau sendiri mampu membeli kereta baru BMW X5 yang berharga hampir RM400,000.
Tahniah kepada YB DAP kerana mampu mengumpulkan koleksi-koleksi kereta mewahnya
dengan plat pendaftaran ‘1123’. Tidak pasti berapa harga untuk membida nombor
berkenaan.
Walaupun
beliau terus menjual air liur di dalam ceramah-ceramah bahawa Malaysia sedang
dalam krisis, bakal muflis, menjadi negara yang gagal dan Rakyat Malaysia semua
makan rumput dan pasir, beliau sendiri mampu mengumpul deretan kereta mewah
seperti Toyota Estima MPV dan Volvo 4WD dengan plat nombor yang sama iaitu
'1123' untuk diletakkan di dalam 'Rumah Putih'nya di Ipoh.
Sudah
tentu pada masa akan datang, beliau akan terus menggambarkan dirinya sebagai
seorang yang teraniaya dan ditindas oleh pihak berkuasa sedangkan beliau hidup
di dalam agam yang mewah dan memandu kenderaan-kenderaan yang mewah dan penuh
gaya. Lihatlah
contoh-contoh di bawah bagaimana seorang peguam yang juga pengubal
undang-undang di parlimen, tidak mengikuti undang-undang jalanraya yang sedia
ada.
Cuma kita harapkan YB DAP berkenaan tidak lupa membayar saman-saman
kenderaan-kenderaan mewahnya.
No comments:
Post a Comment