Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, January 20, 2013

ADAKAH PAS AKAN BUAT U TURN LAGI???


Isu Kalimah Allah masih belum muktamad dalam  Pakatan Rakyat. Ramai khalayak berpendapat apabila Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan tidak membolehkan terjemahan perkataan God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada kalimah Allah kerana salah dari segi makna.

Ada sesuatu yang pelik mengenai kenyataan rasmi tersebut apabila menyebut tak boleh digunakan dan tak boleh terjemah. Perkara ini tak dapat diperolehi penjelasan kerana semua ahli Majlis Syura lari ikut pintu belakang.


Hanya Nik Aziz sebagai Mursyidul Am saja yang memberi kenyataan. Media-media melaporkan pertukaran pendirian Nik Aziz balik mengatakan kaum bukan Islam tidak boleh guna kalimah Allah.

Pendiran ini adalah pertukaran pendirian sebelum ini yang membenarkan. Sebelum itu, sebaik isu ini ditimbulkan oleh kenyataan Lim Guan Eng pada hari Krismis, dia mengatakan tidak boleh.

Pada tahun 2010, Nik Aziz kata boleh guna dan ini menjadi pendirian bersama oleh Pakatan Rakyat.

"Namun, Setiausaha Agung kesayangan DAP itu diam membisu kerana telah masuk ke dalam perangkap yang dipasangnya sendiri." Persoalannya adakah setelah perangkap yang dipasang Lim Guan Eng itu tidak mengena maka beliau mengarahkan pihak lain pula untuk bersuara atas ketidakpuastinya itu.




Dalam pada itu tiba-tiba sahaja ada pihak di dalam DAP yang tidak puas hati dalam isu ini. Jika dilihat kepada individu ini beliau bukanlah seorang penganut kristian malah bukan penganut kristian tegar disebabkan nama beliau tidak mempunyai  ciri-ciri nama seorang penganut kristian.

Orang ini yang mahukan supaya Majlis Syura PAS menarik kembali pendirian mereka berhubung isu kalimah Allah. Beliau sememangnya dikenali sentiasa mencari masalah dengan Islam. Dalam isu hudud, beliaulah yang paling lantang bersuara menentang. Manakala dalam isu Kalimah Allah ni, beliau juga  nampaknya ingin menjadi seorang penentang utama.

Mungkinkah orang ini bersaorangan di dalam DAP bilamana beliau mengharapkan sokongan daripada kaum Cina yang majoritinya beragama kristian di dalam DAP. Justeru untuk menyelamatkan diri beliau dalam DAP, beliau terpaksa menjadi jurucakap atau jurubantah  berhubung isu-isu yang  berkaitan dengan Islam. Maka adalah jelas yang pemimpin OKU  ini telah rela diperkudakan dalam usaha menyelamatkan karier politik beliau di dalam DAP.

Kita lihat apakah pendirian Majlis Syura Ulama PAS kali ini apabila mendapat gesaan daripada pemimpin veteran itu. Jika mengikut trend terdahulu, berkemungkinan besar PAS akan membuat U-turn dan tunduk kepada gesaan pemimpin ini yang sudah tidak berupaya tetapi lantang bersuara.






> megat panjialam 20/01/2013 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.