JIHAD BUKAN KEGANASAN
Dari Ibn `Abbas katanya: Rasulullah s.a.w apabila menghantar
tenteranya maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama
Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu
melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan
kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”.
(Riwayat Ahmad)
Temubual dengan bapa Ibrahim Libya: UMB-TV
Peristiwa Memali telah terpahat dalam sejarah orang-orang Melayu khasnya di negeri Kedah. Selama ini kita hanya disogokkan dengan cerita-cerita palsu Pas. Ada kemungkinan dikalangan orang-orang kampung Memali didalangi oleh puak-puak yang mengikut ajaran Syiah?
Video part one dari UMB News. Peritiwa yang kita tahu
selama ini hanya dimomokkan oleh Pas sahaja Sebaliknya fakta yang sebenar
disorokkan oleh Pas yang kemungkinan besar didalangi ajaran Syiah. Jika
ditonton sepenuhnya video ini, ia seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dikalangan
orang-orang kampung Memali seolah-olah telah dirasuk.
Jika mempertimbangkan hal ini dengan cermat, mereka
orang-orang kampong harus mengakui bahawa kejadian seperti kaum wanita yang membuat
kekecohan itu faham akan risiko yang bakal ditanggung. Kaum wanita dan
kanak-kanak sewajarnya tidak diheret dalam tragedi tersebut. Tetapi dalam
insiden Memali ini, wanita dan kanak-kanak dijadikan perisai dibahagian
hadapan.
Di dalam video tersebut juga kita dapat melihat dengan jelas
pihak polis bertindak dengan tenang untuk menyuraikan orang-orang kampung,
namun mereka yang memulakan tindakan agresif serta menganggu pihak polis.
‘Amanat Haji Hadi' yang kononnya mahu menubuhkan negara
Islam benar-benar mempengaruhi orang-orang kampong yang didalangi Allayarham
Ibrahim Libya. Syahid yang dilaung-laungkan oleh Hadi waktu itu benar-benar
menusuk kalbu mereka sehingga bersedia untuk mati syahid. Namun apakah ‘STATUS”syahid mereka sehingga
kini apabila Pas menukar perjuangannya kearah negara kebajikan?
Dalam perjuangan politik Pas sebenarnya tiada pengertian
syahid, jihad atau perjuangan Islam yang sebenar. Ia hanyalah rerotik untuk mendapatkan kuasa
sahaja. Putar-belit kerjasama dengan Dap dan akan laksanakan Islam apabila
sudah berkuasa hanya TEMBERANG semata. Dimata orang-orang kampong Pas menjerit
hudud di sana sini sedangkan apabila bersama Dap, “ hudud terkandung sebanyak
0.001 peratus dari keseluruhan syariah”. ~ Klik Sini ~
Dalam menghadapi PRU ke 13 ini, Pas telah mengugurkan hudud
dan negara Islam semata-mata untuk bersama Dap. Dimana lagi Islam Pas kalau apa
yang diperjuangkan dulu sanggup dibuang atas arahan Dap?
Lihatlah dunia !!!
No comments :
Post a Comment