AIDCNews –
11/04/13 – Dakwaan wujudnya surat palsu dari ulama tersohor Dr Yusof
Al-Qardhawi yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar
Ibrahim menggambarkan bahawa Ketua Pembangkang itu terdesak untuk mendapatkan
sokongan orang Melayu, kata Presiden JATI Datuk Hasan Ali
Dr Hasan
dilaporkan Antarapos menegaskan, Anwar yang kini dihimpit kedegilan Pas untuk
mengiktiraf beliau sebagai Perdana Menteri jika sekiranya Pakatan Rakyat
berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurutnya,
kerana penolakan Pas itu, Anwar sanggup melakukan apa juga strategi untuk
mencapai hasratnya, dan dengan menggunakan nama tokoh ulama tersebut diharap
dapat menjawab tuduhan salah laku moral.
Namun,
sehingga kini kepimpinan Pas masih belum tunduk kepada sebarang tekanan untuk
mengiktiraf Anwar sekali pun DAP telah beberapa kali berbuat demikian, kata
Hasan.
“Dia
merasakan DAP memberikan sokongan kepadanya, dia juga mahu Pas untuk mendapat
sokongan undi Melayu Islam. Tekanannya Pas tidak menerimanya sebagai Perdana
Menteri itu yang menolak beliau bertindak demikian.
“Anwar
ditekan. Anwar mendapat berbagai-bagai tentangan yang memeningkan kepala dia
dan dia tidak tahu mahu meletakkan dirinya sekarang dan saya rasa mereka diburu
dengan rasa tidak yakin dan sebagainya,” katanya pada sidang media hari ini.
Isu surat Dr
Yusof didedahkan oleh bekas ahli PKR, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa
telah menerima salinan surat berkenaan pada 2 Mac lalu yang telah diterjemahkan
dalam bahasa Melayu.
Kandungan
surat tersebut antaranya mendakwa ulama itu menyatakan sokongan kepada Anwar
untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya
membentuk kerajaan.
Pada tahun
lalu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, Dr. Yusuf
Al-Qardhawi menolak mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan LGBT (lesbian,
gay, biseksual dan transgender) diangkat menjadi ketua negara.
“Paling-paling
rendah penentangan melalui hati yang dilakukan orang Islam adalah paling
minima….Tidak dibenarkan kita duduk satu majlis dengan dia.. apatah lagi kalau
nak angkat jadi ketua..tak boleh.
“Tidak boleh
kita menyatakan sokongan kepada mereka..tidak boleh makan bersama mereka..tidak
boleh minum bersama mereka.
“Ini
pandangan Syeikh Yusof Al Qaradawi..kepada semualah yang banyak merujuk kepada
Syeikh Yusof Qardhawi..saya harap baca kenyataan ini..Jangan ambil pandangan
Yusof Qardhawi atau ulama-ulama lain, cetusan-cetusan tertentu, untuk
mengiakan, menjustifikasi perbuatan kita sahaja, tetapi perkara yang menyentuh
dasar-dasar Fiqh Islam itu ditinggalkan begitu sahaja,” katanya ketika
menyampaikan kertas kerja bertajuk “Seks Songsang: Perspektif Syari’ah” pada
Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur, 22 April 2012.
Baca seterusnya di sini
No comments:
Post a Comment