Hasrat
pakatan pembangkang untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
tidak akan tercapai dan hanya tinggal angan-angan jika mereka hanya meletakkan
harapan untuk memenangi Parlimen Gelang Patah.
Malahan
harapan itu dianggap satu cubaan bunuh diri" pembangkang di
negeri yang sekian lama menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) termasuk di
Gelang Patah.
Apabila
saat-saat Nuor brahim umumkan Otai Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah,
ramai pengikut Pakatan Pembangkang bergembira sehingga seperti lupa diri, mereka
anggap pertandingan kali ini mesti boleh menang; di mana pihak media cetak juga
secara amnya memang memberi tumpuan kepada Lim Kit Siang, diramalkan memang Lim
Kit Siang boleh menang sepenuhnya.
Walaupun
pembangkang meletakkan ahli politik veteran dan popular seperti Lim Kit Siang
untuk bertanding di kawasan itu, namun ia bukan jaminan bahawa mereka mampu menawan
seluruh Johor.
Sebelum ini
kerusi tersebut menjadi punca sengketa DAP-PKR apabila Pengerusi PKR negeri,
Dr. Chua Jui Meng berhasrat untuk bertanding di Parlimen berkenaan tetapi
ditentang oleh Pengerusi DAP Johor yang juga ADUN Skudai, Dr. Boo Cheng Hau.
Menawan
Parlimen Gelang Patah tidak akan membuktikan bahawa pembangkang telah menawan
Johor. Ini merupakan strategi pakatan pembangkang untuk menarik perhatian
pengundi Cina di kawasan itu sahaja dengan meletakkan calon-calon popular.Gelang
Patah tidak akan jatuh ke tangan pakatan pembangkang memandangkan parti itu
tidak mempunyai rekod kejayaan dan pengalaman di kawasan itu.Tidak nampak walau
satu jasa pun pembangkang di Parlimen Gelang Patah.
Untuk rekod,
pada pilihan raya umum lalu calon BN, Tan Ah Eng mempertahankan kerusi yang
dimenanginya dengan menewaskan Dr. Zaliha Mustafa dari Parti Keadilan Rakyat
(PKR) majoriti 8,851 walaupun berlaku tsunami politik" manakala 2004
menang dengan kelebihan 31,666 undi.
Apatah
lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN
bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang. Baca sini
Tetapi cuba kita senyap seketika dan halusi lagi, pertandingan kali ini, MCA tidak semestinya tewas. Di dalam politik macam-macam boleh jadi, lebih-lebih lagi Lim Kit Siang bukan tuhan, dalam setengah Abad beliau bertarung, bukankah banyak liku dan ranjau yang telah beliau lalui, beliau pernah tewas sebanyak 5 kali:
Pada tahun
1968 beliau telah tewas di pilihan raya kecil DUN Serdang, pada tahun 1982
telah tewas di DUN Bandar Hilir Melaka, pada tahun 1995 tewas di DUN Tanjung
Bungah Pulau Pinang, pada tahun 1999 kalah kedua-dua kerusi di Pulau Pinang
yang memalukan, beliau bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Bukit Bendera,
malah dia juga tewas di kerusi DUN Kebun Bunga Pulau Pinang, Zhang Shi Teng
(terjemahan Mandarin) dari MCA kalahkan beliau dengan majoriti 26,405 undi;
pada tahun 2004 muka baru dari MCA Tan Ah Eng telah tewaskan beliau dengan
majoriti 31,666 undi, pada tahun 2008 apabila berlaku angin bantahan di mana
Tan Ah Eng masih menang 8,851 undi di Gelang Patah, dari rekod-rekod ini
menunjukkan, MCA sudah bertapak kuat di Gelang Patah, bukan semudah itu DAP
mahu ditewaskan MCA dengan sewenang-wenangnya.
Selama 18
tahun ini, Gelang Patah hanya diwakili oleh 2 tokoh MCA sebagai ahli Parlimen
di situ. Perkhidmatan mereka memang telah diikitraf ramai, kedua-dua tokoh ini
mesra rakyat, dalam media cetak akhbar mereka dapat sanjungan nama buaian,
bermakna MCA mempunyai kekuatan dan sokongan tiket undi tertentu di Gelang
Patah.
Kita harap 90% pengundi Melayu yang berjumlah hampir 35.000 orang di Gelang Patah akan solid memberikan undi kepada calon MCA. Jangan lupa 90% juga daripada pengundi India yang berjumlah 10,000 orang tersebut akan turut memberikan undi kepada calon MCA.
Pembangkang
sudah semestinya akan menggunakan isu-isu dan sentimen berkaitan perkauman
untuk meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan kerana itulah senjata yang
sering digunakan mereka setiap kali pilihan raya diadakan.
Mereka lupa,
situasi pilihan raya umum 2008 amat berbeza berbanding tahun ini kerana
pengundi kini semakin bijak menilai. Sentimen perkauman semata-mata tidak akan
membawa apa-apa makna kepada pengundi sebaliknya yang menjadi hal penting
adalah isu-isu keseluruhan termasuk pembangunan.
No comments:
Post a Comment