Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, April 12, 2013

Hasrat pembangkang tawan Johor hanya angan-angan


Hasrat pakatan pembangkang untuk menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak akan tercapai dan hanya tinggal angan-angan jika mereka hanya meletakkan harapan untuk memenangi Parlimen Gelang Patah.

Malahan harapan itu dianggap satu cubaan bunuh diri" pembangkang di negeri yang sekian lama menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) termasuk di Gelang Patah.

Apabila saat-saat  Nuor brahim umumkan Otai Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, ramai pengikut Pakatan Pembangkang bergembira sehingga seperti lupa diri, mereka anggap pertandingan kali ini mesti boleh menang; di mana pihak media cetak juga secara amnya memang memberi tumpuan kepada Lim Kit Siang, diramalkan memang Lim Kit Siang boleh menang sepenuhnya.

Walaupun pembangkang meletakkan ahli politik veteran dan popular seperti Lim Kit Siang untuk bertanding di kawasan itu, namun ia bukan jaminan bahawa mereka mampu menawan seluruh Johor.

Sebelum ini kerusi tersebut menjadi punca sengketa DAP-PKR apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Chua Jui Meng berhasrat untuk bertanding di Parlimen berkenaan tetapi ditentang oleh Pengerusi DAP Johor yang juga ADUN Skudai, Dr. Boo Cheng Hau.

Menawan Parlimen Gelang Patah tidak akan membuktikan bahawa pembangkang telah menawan Johor. Ini merupakan strategi pakatan pembangkang untuk menarik perhatian pengundi Cina di kawasan itu sahaja dengan meletakkan calon-calon popular.’Gelang Patah tidak akan jatuh ke tangan pakatan pembangkang memandangkan parti itu tidak mempunyai rekod kejayaan dan pengalaman di kawasan itu.Tidak nampak walau satu jasa pun pembangkang di Parlimen Gelang Patah.

Untuk rekod, pada pilihan raya umum lalu calon BN, Tan Ah Eng mempertahankan kerusi yang dimenanginya dengan menewaskan Dr. Zaliha Mustafa dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) majoriti 8,851 walaupun berlaku tsunami politik" manakala 2004 menang dengan kelebihan 31,666 undi.

 
Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang. Baca sini

Tetapi cuba kita senyap seketika dan halusi lagi, pertandingan kali ini, MCA tidak semestinya tewas. Di dalam politik macam-macam boleh jadi, lebih-lebih lagi Lim Kit Siang bukan tuhan, dalam setengah Abad beliau bertarung, bukankah banyak liku dan ranjau yang telah beliau lalui, beliau pernah tewas sebanyak 5 kali:


Pada tahun 1968 beliau telah tewas di pilihan raya kecil DUN Serdang, pada tahun 1982 telah tewas di DUN Bandar Hilir Melaka, pada tahun 1995 tewas di DUN Tanjung Bungah Pulau Pinang, pada tahun 1999 kalah kedua-dua kerusi di Pulau Pinang yang memalukan, beliau bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Bukit Bendera, malah dia juga tewas di kerusi DUN Kebun Bunga Pulau Pinang, Zhang Shi Teng (terjemahan Mandarin) dari MCA kalahkan beliau dengan majoriti 26,405 undi; pada tahun 2004 muka baru dari MCA Tan Ah Eng telah tewaskan beliau dengan majoriti 31,666 undi, pada tahun 2008 apabila berlaku angin bantahan di mana Tan Ah Eng masih menang 8,851 undi di Gelang Patah, dari rekod-rekod ini menunjukkan, MCA sudah bertapak kuat di Gelang Patah, bukan semudah itu DAP mahu ditewaskan MCA dengan sewenang-wenangnya.



Selama 18 tahun ini, Gelang Patah hanya diwakili oleh 2 tokoh MCA sebagai ahli Parlimen di situ. Perkhidmatan mereka memang telah diikitraf ramai, kedua-dua tokoh ini mesra rakyat, dalam media cetak akhbar mereka dapat sanjungan nama buaian, bermakna MCA mempunyai kekuatan dan sokongan tiket undi tertentu di Gelang Patah.

Kita harap 90% pengundi Melayu yang berjumlah hampir 35.000 orang di Gelang Patah akan solid memberikan undi kepada calon MCA. Jangan lupa 90% juga daripada pengundi India yang berjumlah 10,000 orang tersebut akan turut memberikan undi kepada calon MCA.

Pembangkang sudah semestinya akan menggunakan isu-isu dan sentimen berkaitan perkauman untuk meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan kerana itulah senjata yang sering digunakan mereka setiap kali pilihan raya diadakan.

Mereka lupa, situasi pilihan raya umum 2008 amat berbeza berbanding tahun ini kerana pengundi kini semakin bijak menilai. Sentimen perkauman semata-mata tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengundi sebaliknya yang menjadi hal penting adalah isu-isu keseluruhan termasuk pembangunan.





No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.