Walaupun
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk
Dr Haron Din berhubung dengan isu kalimah Allah, namun perjumpaan itu bukan
sahaja tidak berjaya ‘mendiamkan’ Ketua Pembangkang, malah beliau semakin
agresif menjadi isu itu sebagai bahan kempen politik di Sabah dan Sarawak.
Dr Haron Din
merupakan tokoh Pas yang konsisten menentang pemberian kalimah Allah kepada
penganut Kristian sejak dari tahun 2010.
Terbaru,
blog dkmsabah mendedahkan Anwar terus berkempen menggunakan isu kalimah Allah
ketika berucap di Putera Ballroom Kota Kinabalu sempena dengan Majlis Makan
Malam Tahun Baru Cina 2013 anjuran PKR Sabah, 10 Feb.
“Apa dia
kenyataan yang kita lulus. Kita lulus kenyataan … Tuan Guru Hadi Awang,
kenyataan dia sebagai Presiden Pas. Jadi kita kata boleh pakai kalimah
Allah,”kata Anwar.
Anwar
mendakwa Pas bersetuju membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian
dengan syarat tidak disalahgunakan.
Pendapat
Anwar itu bercanggah dengan pendapat Peguam Kanan Persekutuan, Naser Disa yang
berkata penyalahgunaan kalimah Allah bermula sebaik sahaja kalimah itu
dibenarkan kepada penganut kristian kerana ia adalah hak eksklusif umat Islam
di Malaysia.
Naser Disa
merupakan salah seorang Peguam Kanan Persekutuan dari Jabatan Peguam Negara
yang mewakili Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan
Malaysia sebagai Responden Kedua dalam kes tuntutan kalimah Allah oleh Tan Sri
Murphy Pakiam, Tirtular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur pada tahun 2009.
“Isu
penyalahgunaan nama Allah ini, sebenarnya sudah pun termaktub di dalam
undang-undang, tak boleh. Dah selesai dah. Settle dah, bukan polemik nak
bincang-bincang lagi, bukan. Semua dah settle undang-undang (dah buat
keputusan), tak boleh,”katanya.
No comments:
Post a Comment